Khas untuk Peneroka Felda dan Generasi Kedua

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang melalui Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN Pahang akan menganjurkan Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda pada 20hb Februari 2010 bertempat di Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang.

Konvensyen ini merupakan program ulung oleh Parti Keadilan Rakyat memandangkan bahawa peneroka-peneroka Felda di seluruh Negara dan Generasi Kedua Felda sedang berhadapan dengan masalah-masalah berat yang mesti dicarikan jalan penyelesaian segera dan sebagai suatu penentuan dasar apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, insyaAllah.

Pendaftaran akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Memandangkan bahawa tempat adalah terhad kepada hanya 1800 orang peserta sahaja, hanya mereka yang berdaftar awal ke jumlah 1800 orang sahaja akan diterima sebagai peserta yang akan diberikan kupon dan tag, manakala yang lain-lain masih boleh hadir di luar Dewan, dan masih boleh mengikuti perjalanan Konvensyen tersebut.

Konvensyen ini akan dirasmikan oleh Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR.

3 Kertas Kerja akan dibincangkan iaitu oleh :-

1. Senator Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN [dasar Felda yang akan dibawa oleh pemerintahan Pakatan Rakyat]

2. Sdr Mazlan Aliman, Presiden ANAK [masalah dan penyelesaiannya mengenai Generasi Kedua]

3. Sdr Wan Rohimi bin Wan Daud Peguam yang mengendalikan kes 354 Peneroka Felda Kemahang, Kelantan dan membicarakan Tuntutan Peneroka Felda Kemahang sebagai "case study".]

Manakala, di sebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana oleh:-

Dato Seri Anwar Ibrahim,
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
Dato Fauzi Abd Rahman,
Dato Zaid Ibrahim,
Dato Chua Jui Meng
YB V Sivakumar.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Haj Suhaimi Said: 019 988 2155 atau Sdr Ahmad Nizam: 019 955 4246

Haji Suhaimi Said,
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN Pahang dan Pusat.

0 komen: