Suara Rakyat Malaysia

Hari Khamis lepas, ada sidang media ulangtahun ke-20 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Aku hadir memberikan sokongan. SUARAM ada 8 orang ahli sekretariat dan 10 orang koordinator. Mengenai SUARAM, ia ditubuhkan oleh beberapa orang aktivis hak asasi manusia dan bekas tahanan ISA selepas peristiwa 'Operasi Lalang' pada tahun 1989 yang mana lebih 100 orang telah ditahan dan disumbatkan ke dalam ISA. Sejak daripada itu, SUARAM sangat lantang dalam isu2 yang melibatkan hak-hak sivil dan politik. SUARAM juga adalah salah satu badan sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mengenang kembali penglibatan aku bersama SUARAM, ialah ketika aku masih berada di tahun pertama universiti dahulu. Waktu tu tengah bosan, cuti semester 3 bulan. Ada seorang kawan aku namanya Yueh Jiin, ajak buat kerja2 sukarela di mana2 NGO yang memperjuangkan hak asasi. Kami pun ber'yahoo' dan ber'google' dan akhirnya sampai di laman web SUARAM. Kami telefon dan kata nak buat kerja sukarela. Mereka suruh kami datang ke pejabat di PJ.

Esoknya, Yueh Jiin dan aku naik komuter dari rumah kami di Subang ke stesen Petaling. Jalan kaki 10 minit je, dan sampai pejabat SUARAM. Yang menemuduga kami pada waktu itu ialah bekas Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel. Cynthia kata, memandangkan kami ni pelajar undang2, apa kata buat 'attachment' terus kat situ. Lagipun, mereka akan bagi duit tambang dan elaun makan. Kami pun kata 'ok'.

Sehari di SUARAM, aku diperkenalkan dengan koordinator2 SUARAM yang lain. Waktu tu koordinator2 SUARAM ialah Yap Swee Seng, Eric Paulsen, Arul (kini setiausaha agung PSM) dan Lih Kang (kini ADUN Teja, Perak). Mereka ni semua sangat cool dan ajar aku banyak perkara. Tapi aku agak takut dengan Eric, sebab dia selalu nak bagi pop kuiz. Tiap2 hari, Eric akan beri kami satu buku untuk dibaca dan kena dihabiskan dalam sehari. Lepas tu, masa waktu minum petang (yang sepatutnya adalah waktu gembira), dia akan tanya soalan2 "apa yang berlaku pada 1989? apa itu GAM? Senaraikan 30 artikel2 UDHR" dan banyak lagi. Takut gila. Selain daripada itu, Eric juga selalu suruh kami baca dan gunting keratan suratkhabar berkenaan hak asasi setiap hari. Bosan ah. Jadi aku selalu lari ikut Arul. Arul best. Dia selalu pegi balai polis dan mahkamah untuk kes2 yang melibatkan kematian dalam tahanan (ooops.. adakah itu juga sebab kenapa aku 'suka' pegi balai polis sehingga sekarang? hahahaa).

Lepas tamat tempoh 'attachment', Yueh Jiin dan aku masih lagi berhubungan dengan SUARAM. Kadang2, kami tolong SUARAM buat 'watching brief' di Mahkamah, kemudian buat laporan di laman web SUARAM. Kami juga banyak buat kawan dengan NGO2 yang lain dan cuba memahami perjuangan masing2. Kini, aku ialah salah seorang ahli sekretariat SUARAM :)

Apa yang aku perhatikan sepanjang terlibat di dalam bidang ini ialah, perjuangan hak asasi bukanlah satu kerja yang mudah. Kita akan terdedah dengan macam2 perkara. Kena intip, kena ugut, kena tangkap, kena kutuk dan sebagainya. Sebab itu, adalah penting untuk kita memahami dan memberi sepenuh kepercayaan kepada diri sendiri dan subjek yang kita perjuangkan sebelum kita pergi ke depan dan berjuang. Kalau tak, kita akan rasa takut dan cepat bosan dan kadang2, akan tinggalkan terus perjuangan ni, seperti yang aku lihat telah banyak terjadi kepada aktivis2 muda semasa aku belajar dahulu.

Kini, SUARAM telah berusia 20 tahun. Percayalah, ia bukan satu perjalanan yang mudah, tapi SUARAM berjaya mengharunginya dengan gaya yang sangat cool (cewah). Dan untuk itu, kami pun bercadang untuk membuat satu majlis makan malam besar-besaran, gilang gemilang dan terbilang. Tapi, oleh kerana SUARAM adalah satu NGO yang tak berapa kaya (pejabat pun kat atas kedai dobi okay), dan tak seglemer Mawi yang ditaja beratus-ratus orang, kami akhirnya terpaksa bersetuju dengan lokasi majlis makan malam yang mengikut bajet, iaitu Dewan Sivik MBPJ.

Butir-butir majlis makan malam adalah seperti di poster di bawah:-




Oh ada satu info yang takde dalam poster. Tiket semeja ialah minima RM500 (kalau nak bagi lebih pun boleh) untuk sepuluh meja. Tapi kalau korang takde ramai kawan, boleh la beli tempat duduk je. Satu tempat duduk ialah rm50. Kalau datang dengan pasangan, belilah dua RM100. Lain-lain info, sila klik sini.

Selain daripada makan dengan gembira dan berkenalan dengan para aktivis, kalian juga akan dihiburkan oleh penyanyi lagu2 rakyat, Meor dan juga pemenang AIM, Shanon Shah. Khabarnya, sekumpulan anak muda juga akan membuat persembahan teater berkenaan hak asasi :)

Lagi, pada malam itu, SUARAM akan mengumumkan pemenang pertandingan mereka t-shirt SUARAM. Korang berminat nak sertai pertandingan ni? sila lihat poster di bawah:-


psst 14 oktober tu harijadi aku (hehe tak malu!)

Sila klik sini untuk syarat2 penyertaan.

Selain daripada itu, kami juga akan mengumumkan pemenang anugerah hak asasi bagi tahun ini. Anugerah ini adalah acara tahunan SUARAM. Antara pemenang-pemenang terdahulu ialah penduduk kampung Bukit Jelutong, kumpulan pelarian Chin (Burma), komuniti Penan di Ulu Beram dan HINDRAF.

Oh ya, percalonan bagi pemenang anugerah hak asasi bagi tahun ini masih terbuka sehingga 15 November ini. Sila klik sini dan sini untuk syarat2 percalonan.

Waah panjang betul entry aku kali ni (buat-buat terkejut :o) Baiklah kawan2, aku nak pergi servis kereta, balik rumah ayah dan tolong apa2 yang patut.

Sementara korang baca belog aku sambil anyam ketupat, janganlah lupa kepada nasib orang2 tertindas di luar sana, seperti tahanan dan bekas tahanan ISA yang masih belum pulih mental mereka sepenuhnya akibat diseksa, penduduk-penduduk kampung yang baru diroboh rumahnya, golongan2 minoriti yang dinafikan haknya, orang-orang asli yang diambil tanahnya, peneroka2 FELDA yang ditipu gerannya dan pembayar2 cukai yang disalahgunakan wangnya.

Selamat Hari Raya semua.

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

Selamat hr raya,maaf zahir batin.

Hmm,antara sebab utama aku berenti keja Lhdn (selain bosan nak mampus dh)adalah pasal aku pnat2 kutip duit,sita umah org,tp duit yg byk2 kutip tah ke mana hala.

Mas