Rahsia

Sebagai seorang peguam, aku dibayar untuk simpan rahsia orang. Semuanya 'private & confidential'.

Tu belum masuk rahsia-rahsia organisasi. Rahsia politik. Rahsia keluarga. Rahsia kawan-kawan.

Habis siapa nak tolong simpankan rahsia aku?

Nasib baik, ada 2-3 orang kawan yang sudi jadi Penyimpan Mohor2 Besar aku. Dan mereka muncul lebih kerap daripada pakcik pakai songkok yang tengok anak bulan tu. Walaupun kerapkali aku tengok muka mereka berkerut-kerut bila aku bercerita, tapi mereka mendengar juga. Terima kasih.

Bila fikir tentang rahsia, aku teringat tentang sebuah cerita yang aku pernah baca masa kecil, tapi tatau asal usulnya.

Zaman dahulukala, ada seorang tukang gunting rambut diraja yang bertugas di istana. Raja suka bercerita padanya. Mula2 cerita biasa, lepas tu cerita keluarga, lama2 cerita kerajaan pon diluahkannya juga.

Si tukang gunting dah tak tahan. Banyak betul rahsia kerajaan yang disimpannya. Nak diceritakan pada orang, takut kena potong kepala. Jadi dia simpan, sampai dapat migrain.

Satu hari si tukang gunting rambut dapat satu idea. Dia keluar dari istana, jalan jauh-jauh, sampai ke sebuah padang yang luas. Bila takde orang, si tukang gunting rambut pun korek sebuah lubang di padang tersebut. Dalam-dalam. Kemudian, dia ceritakan semua rahsia yang terpendam dalam lubang tadi.

Selepas habis semua rahsia diluahkan, si tukang gunting rambut timbus semula lubang tersebut. Kepalanya pun jadi ringan. Dia pulang ke istana dengan gembira.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu dan bulan pun berganti bulan. Tanah padang yang dikorek, dah lama rata. Dah tumbuh rumput. Rumput dah panjang, jadi lalang. Lama-lama jadi semak.

Orang-orang kampung di sekeliling padang mula bercakap. Rumput dan lalang di padang tu, lebih panjang daripada biasa. Lebih-lebih agi yang disekitar lubang yang dikorek tu. Tapi tak seorang pun yang tahu tentang si tukang gunting rambut.

Sehinggalah pada satu hari... angin monsun melanda negeri. Setiap hari berangin. Sedap. Tapi angin yang kali ni lain macam sikit. Kalau kau berada di tempat yang sunyi, cuba kau dengar betul-betul sepoian angin tu. Angin yang melalui padang lalang tempat si tukang gunting rambut meluahkan rahsia, membawa sekali rahsia itu ke mana sahaja ia pergi. Dan bila angin itu sampai di telinga kau, kau akan dengar rahsia tersebut.

Akhirnya, rahsia sudah tak menjadi rahsia. Semua orang tahu skandal dalam negara. Orang bercakap, dan akhirnya sampai ke telinga sang raja. Murka baginda.

Apa yang terjadi kepada si tukang gunting rambut selepas itu?

Entahlah, aku tak ingat.

8 komen:

Unknown berkata...

Rasanya tukang potong rambut tu pindah negeri dan seek asylum from prosecution. kesian dia. bukan salah dia pun. siapa suruh cerita.

kulupSakah berkata...

ada mcm2 version pa! yg aku dengar sejak kecik versi 18sx

Hanggokan berkata...

kahkahkah!

OrangGilak berkata...

sherrie: tapi UN cover ke permohonan suaka yang boleh kena dakwa bawah OSA?
fendi:huh?

rahmat haron berkata...

kalau tak ada angin...takkan semak lalang bergoyang...he he he

OrangGilak berkata...

rahmat: tu dah mula la tu

chi too berkata...

wah...metafora sungguh...

Nikeda berkata...

ahahaha... aku tau cerita ni tp ending da lupa...