Tadi aku ke Mahkamah. Kes pertikaian perniagaan. Kedua-dua pihak mahu selesai luar Mahkamah, jadi aku dan peguam pihak lagi satu pergi jumpa Hakim di dalam kamar beliau.
Hakim yang bijaksana nan seorang ni, memang agak peramah orangnya. Jadi selepas selesai urusan kerja, kami bertiga berborak sebentar. Kami bercakap tentang perjalanan prosiding kehakiman yang agak pantas sekarang ni. D-Track lah, T-Track lah dan macam2 lagi. Menurut Hakim yang bijaksana, sistem serupa ini akan diperkenalkan di Mahkamah-mahkamah Rendah tak lama lagi.
Lepas tu, Hakim menyentuh tentang kerja yang bertimbun2. "Tak kiralah peguam ke, hakim ke, kita kena jaga kesihatan" kata Hakim ni. Lepas tu beliau bercakap tentang sakit kepala, sakit otak, pendarahan dalaman, tekanan, Michael Jackson dan Yasmin Ahmad. "Lebih-lebih lagi kerja macam kita ni, bukannya kita boleh kongsi masalah dan rahsia dengan orang", tambahnya.
Hakim ni juga bercerita bahawa ketika beliau muda, dalam keadaan tertekan dan tidak boleh berkongsi masalah dengan orang lain, beliau akan memilih untuk berjalan kaki. Dari satu perhentian ke perhentian yang lain, beliau akan 'bercakap' dengan alam. Dengan pokok, rumput, bunga dan batu. "Bila dah sampai ke destinasi, kepala saya akan jadi ringan", katanya.
Mungkin dah tiba masanya aku mempertimbangkan kerjaya alternatif.
p/s: Malam nanti aku karang cerita hari pengumuman calon Bagan Pinang. Sekarang, aku kena pergi jadi peguam yang penuh rahsia dan separuh sewel.

5 komen:
tak payahla cari kerja alternatif...nanti sapa pulak nak tlg org mcm kami ni...
Hakim tu zaman dia tak ada la blog dan FB ni..so..gunakanlah blog dengan facebook utk lepaskan perasaan:))...gunakan sebaiknya..
ok..tunggu your next entry...:))
atau boleh cerita dekat penyimpan mohor besar kerajaan?
atau secara alternatifnya, boleh cerita di blog, tapi gunakan gantinama seperti
-Negara M (bukan Malaysia)
-Peguam P (bukan peguam puspa)
-YA Hakim WP (bukan Wahab Patail)
-Peguam Negara GP (bukan ghani patail)
rahsia jugak...
kerja alternatif? welcome to GK
Jadi ada seorang Hakim di Malaysia ini yang bercakap seorang diri kepada pokok dalam masa lapangnya! Dunno whether to feel relieved or worried ;)
Catat Ulasan