Teater Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuahnya

Malam tadi aku pegi menonton teater PGL di Istana Budaya. Tiket PGL ni kawan aku, Sara dah beli sejak bulan Ogos/September tahun lepas jadi kami dapat tiket yang paling murah dan paling depan di tingkat paling atas (yer.. yer... saya adalah seorang loyar yang kedekut).

Memang agak menarik la ceritanya. Cerita cinta antara laksamana Hang Tuah dan Puteri Majapahit. Lebih menarik bila ada abg Petong sebagai salah seorang penari. Abg Petong ni senior aku masa di univ. Dia mmg sangat minat dengan bidang teater ni sampai sanggup berhenti sekejap sebagai loyar semata-mata untuk tumpukan perhatian pada sesi latihan PGL ni. Cayalah :)

Akan tetapi, walaupun PGL ni tampak menarik dengan persembahan yang mantap, prop2 yang besar dan mahal, susunan musik yang merdu, tapi hati aku menonton teater PGL ni dengan sinis dan skeptikal. Sebabnya? aku tak suka watak Hang Tuah. BUKAN tak suka Stephen Rahman ok, dia kacak dan pandai nyanyi. Tapi, hanya Hang Tuah. Sultan Melaka tu tak payah cakap lah kan , @#$@$%!

Kenapa aku tak suka Hang Tuah? pertama, dia kaki perempuan. Seingat aku dalam kitab Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang, Hang Tuah ni dah ada 2 bini. Anak, kalau tak silap dah ada 4. Anak perempuannya daripada bini kedua (nama tak ingat) telah diberikan kepada Sultan Melaka untuk dijadikan gundik.

Kenapa setiap kali dia kena pegi pick-up pompan untuk Sultan, pompan2 tu akan jatuh cinta dengan dia haa? PGL, Tun Teja (walaupun ada yg kata peristiwa Tun Teja tu bukan dengan Hang Tuah, tapi dengan anak lelaki Hang Tuah iaitu Hang Nadim. Ceh. Anak beranak sama je kaki pompan) dan lain2 lagi. Walaupun takde dalam mana2 kitab hikayat, aku suspect yang Hang Tuah ni dah flirt habis2an dan pegang2 pompan2 ni masa dorang dalam kapal on d way ke Melaka. Ye lah.. pelayaran dengan kapal kan ambil masa berbulan2 lamanya, mestilah gersang!

Kedua, aku stress bila tgk PGL ni kerana semata2 untuk menonjolkan 'kemuliaan' dan 'keagungan' cinta PGL dan Hang Tuah, mereka sanggup mengenepikan beberapa watak perempuan yang aku rasa sedang sangatlah sengsara dan merana bila Hang Tuah ni bercinta dengan PGL. Paling utama, mestilah isteri2 dan anak2 dia kan? Cis manalah dorang nak letak muka bila satu Melaka dah tahu yang suami dorang bercinta dengan Puteri Majapahit yang seksi tu. (Tu lah, kahwin lagi dengan lelaki berpangkat Datuk Laksamana, memanglah ada harapan nak berpoligami!)

Ketiga, mana pegi watak permaisuri Melaka pada masa materia? Takkanlah dia sedap2 tidur je masa leher puteranya nak dikelar oleh suaminya yang kejam tu? (Oh ya... permaisuri pon ex-gf Hang Tuah khabarnya).

Hang Tuah memang tak gentleman. Aku memang dah tak respect dengan Hang Tuah semenjak aku dapat tahu cara sebenar dia mengalahkan Hang Jebat (Ada yang kata Hang Kasturi sebenarnya) ketika mereka bertarung selepas Hang Jebat menakluk istana Takeshi. Eh! istana Melaka.

Masa tu, Hang Tuah baru je dilepaskan oleh Bendahara yang menyembunyikannya di dalam hutan selepas Sultan Melaka bagi perintah supaya Hang Tuah dihukum bunuh (sebab hukuman bunuh? macam biasalah, Sultan dapat tahu yang Hang Tuah potong line dia untuk mengurat seorang pompan yang cun waktu tu. Walaupun ada yang kata Hang Tuah difitnah, tapi aku syak ianya betul berdasarkan rekod2 kegatalan Hang Tuah sebelum itu).

Ketika disembunyikan di dalam hutan, Bendahara telah memasung Hang Tuah (kepala dan tangan diikat) supaya Hang Tuah tak melarikan diri dan dijumpai orang. Jadi, secara logiknya, sebaik sahaja Hang Tuah dilepaskan oleh Bendahara supaya pergi berlawan dengan Hang Jebat, mestilah keadaan badan dia tak stabil kan? Ye la, kan dah lama kena pasung.

Maka terhuyung hayanglah si Hang Tuah ini menuju ke istana Melaka. Selepas habis sesi perang mulut dengan Hang Jebat di tangga pintu masuk istana, maka Hang Jebat pun membenarkan Hang Tuah masuk. Lepas tu, mereka berlawan.

Memandangkan Hang Tuah masih terhuyung hayang masa tu, maka kerisnya asyik tertusuk di dinding ajer. Jadi dia pon cakaplah dgn Hang Jebat- "Wei, kalo ko gentleman, ko tak akan menikam aku ketika kerisku tertusuk di dinding. marilah berlawan secara adil". Hang Jebat yang macho dan adil pon kata "OK". Maka berlawanlah mereka begitu. Setiap kali keris Hang Tuah tertusuk ke dinding, Hang Jebat akan tunggu sampai keris dicabut semula pastu lawan balik.

Nak dijadikan cerita, sekali tu keris Hang Jebat pula yang tertusuk di dinding. Hang Tuah pon mengambil kesempatan tu dan tikam Hang Jebat dari belakang. 2 kali. Adegan seterusnya, walaupun takde dalam buku hikayat, tapi aku percaya yang Hang Jebat kata "Tak guna. Cakap tak serupa bikin" kepada Hang Tuah sebelum mati.

Jadi, itu sebablah hati aku agak berbelah bagi menonton cinta agung si Hang Tuah ni malam tadi. Sebab, as a person, dia ni tak lah mulia sangat. Perangai buruk nak mampus. Kalau ko dah tau orang tu berperangai buruk, ko nak ke simpati kat dia habis-habisan bila dia berada di dalam keadaan yang sangat kasihan? "Be professional dan ingat arah tuju kita", titah Sultan Melaka kepada Tun Sri Lanang (yang ni aku reka je).

Sekian.


5 komen:

Tanpa Nama berkata...

tambah pulak..sebenarnya si bendahara tu sebenarnya menderhaka lah kat sultan sebab tak ikut arahan utuk bunuh hang tuah gatal tu..so jadi hang tuah ni sebenarnya bukan gatal tapi bodoh ..sebab nak jadi loyal walapun penderhakaan yang membawa kepada keselamatan belaiu!! cis..memang aku takkan pegi tengok pgl..walapun free
heh heh heh

Tanpa Nama berkata...

so sebenarnya penderhakaan yang asal oleh bendahara iaitu dengan tidak bunuh hang tuah tu lah yang membawa kepada keselamatan sultan yang ngok tu..hisshh..bodoh punye cerite..nasi baik tak buang duit aku..lagi satu tiara tu mcm laki2..heh heh

OrangGilak berkata...

Hang Tuah tu mmg merapu dan hero yang zero... tapi teater PGL tu sebenarnya boleh tahan jugak. maksud aku dari segi persembahan dan tarian serta prop lah. Cuma aku mmg tak rasa sedih sikit pun masa PGL dan Hang Tuah tak dapat bersama. Rasa padan muka adalah hahaha :p

rawsktar berkata...

sbb tu aku tak tgk. hahahha. sebab aku tak suka hang tuah. rambut dia mcm rambut aku.

Noreen berkata...

Ni first time I read your blog, funny. hahaha. I like PGL and Stephen Rahman walaupun dia pelat. But Hang Tuah, only a fool wont notice that Hang Tuah is stupid and gatal. Lelaki Gatal biasanya bodoh sebab kalau dia bijak, dia takkan dengan mudahnya jatuh cinta dgn selagi perempuan. :-P