Wow bulan Ramadhan kali ni memang tak rasa macam bulan puasa langsung. Aku sibuk ke hulu ke hilir buat kerja. Kerja loyar. Sepanjang minggu ni aku berulang-alik ikut bos ke Mahkamah sebab ada bicara penuh. Kes korporat, kes syarikat lawan syarikat lain, kes syarikat lawan pengarah syarikat dan macam-macam lagi yang berlandaskan wang. Ye la sekali sekala kena la cerita pasal wang jugak kan. Kalau tak, nanti ada lah orang tertentu kat ofis tu yang asyik tanya menyindir bila aku nak bil klien. Eh kau tak faham ke bila bos kata kes-kes aku tu kes pro bono?P.R.O. B.O.N.O. Macamana aku nak bil orang-orang yang hilang rumah dan hilang tanah sebab kena tipu tu? Nak suruh mereka bayar pakai bulu ketiak?
Tu je aku nak cakap.
4 komen:
sejak mengenali blog cik akak in lah n3 yang paling mendalam.menetuh perasaan di kalubu... wakakaka..jika banyak bulu boleh tebus telaga limbang
post balik...okey selamat hari raya maaf zahir dan batin
dah raya ni..sambung r memblog balik.
selamat hari raya.
mas
sabar ye...kak long tau akak baek hati..hu3...
Catat Ulasan