Tahun baru kali ini, aku sempat meluangkan masa dengan kawan-kawan menjelang malam tahun baru. Aku memilih untuk meraikannya dengan kawan-kawan Frinjan (nak tau Frinjan tu apa, sila tanya Zulhabri) Bukannya meraikan di Kuala Lumpur atau dengan percikan bunga api atau yang seumpama dengannya, tapi kami memilih untuk berhibernasi di atas bukit di Janda Baik, Pahang.
Setibanya di sana (atau apabila kami hampir tiba di sana), aku dapat tahu bahawa tempat yang kami akan pergi ni adalah kepunyaan seorang penulis politik yang pro-UMNO (kata orang).
Tempat itu memang agak cantik dan menenangkan. Selain daripada kami, ada lagi sekumpulan orang yang juga memilih untuk menghabiskan cuti tahun baru di situ. Kebanyakannya wanita dan mereka lebih berusia. Semasa makan malam, kami berkenalan dan rupa-rupanya, mereka ialah kumpulan penulis yang banyak menghasilkan karya-karya untuk terbitan contohnya seperti Karangkraf. Ada yang telah menghasilkan lebih 30 buah novel. Aku dan rakan-rakan hanya mengangguk-angguk dan tersenyum.
Sementara menunggu beberapa orang rakan lain seperti Beeha, Mamat, Amri dan Sufian datang daripada Bentong (kerana Beeha perlu mengadakan persembahan di sana), kami menghabiskan masa dengan bermain UNO. Ben dan Aie main gitar dan menyanyi. Tidak lama kemudian, datang kumpulan penulis Karangkraf itu dan meminta Ben dan Aie mengiringi mereka mendeklamasikan puisi masing-masing. Kami yang lain teruskan bermain UNO, sambil mendengar puisi-puisi mereka dan tersenyum.
Esoknya, aku dan Alina bangun awal-awal pagi, supaya kami boleh mandi di sungai sebelum kawan-kawan yang lain bangun dari tidur. Aku lihat tempat tidur Tasya, dah kosong. Rupa-rupanya dia tak sambung tidur sesudah Subuh, dan berjalan-jalan seorang diri menghayati keindahan alam.
Di Janda Baik (kamera Sufian)
Selesai mandi kami bersarapan pagi, kami ditegur oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70an berkain pelikat. Rupa-rupanya beliau ialah tuan punya tempat yang cantik itu. Beliau berbual dan bersarapan dengan kami. Tiba-tiba Annam menyentuh tentang buku-buku politik yang ditulisnya... satu topik perbualan yang memang aku cuba elak dengan orang tua tu, cis. Pakcik itu mengajak kami pergi ke sebuah setor di rumahnya, tempat dia menyimpan kesemua stok 60 buah buku yang pernah dihasilkan. Kami pun pergi.
Sebenarnya aku dah pernah baca sebuah buku tulisan pakcik ni ketika di universiti dahulu, dan aku tak berapa minat dengan isinya, ide-idenya dan gaya penulisan. Tapi sifat gigihnya yang tidak berhenti menulis dan menerbitkan bukunya sendiri tu memang patut dipujilah. Kata pakcik itu, kalau kami nak beli bukunya harini, dia bagi diskaun. Tapi bebudak Frinjan ni hanya tersenyum dan keluar daripada setor tersebut. Tinggal aku, Ammar dan seorang lelaki daripada kumpulan penulis yang satu lagi. Lelaki tersebut beritahu pakcik tu dia nak jadi penulis, dan aku nampak pakcik tu bagi 10 buah buku-bukunya, sambil kata yang budak tu tidak boleh jadi seorang penulis selagi dia tidak membaca buku-bukunya. Aku senyum lagi. Sebagai kenang-kenangan terhadap peristiwa itu, aku ambil sebuah buku lama yang ada gambar saudara Anwar Ibrahim dan Najib ketika muda sebagai kulit mukanya, dan kemudian aku bayar pakcik tu mengikut harga diskaun yang dia bagi tadi. Dia nampak agak terkejut, tapi kemudian berkata "sekurang-kurangnya kamu menghargai tulisan saya".
Kami bergerak pulang daripada Janda Baik selepas makan tengahari. Sebelum itu, aku bertukar-tukar kad nama dengan kumpulan penulis tadi. Kerana cuaca yang sejuk, kami berpakat untuk singgah minum kopi panas di mana-mana. "Jum minum kopi di Genting, kata Zul. Heh... apalagi.
Setibanya kami di Genting, kami mula mencari kedai-kedai kopi di tingkat bawah bangunan, tapi tidak ada. Yang ada hanya Starbucks. Salah seorang daripada kami mencadangkan supaya kami ke situ, memandangkan yang lain tidak ada. "Budak ni tak minum di Starbucks, boikot", kata Ammar sambil menunjuk ke arah aku. Yang lain hanya senyum dan kami pergi ke tingkat atas. Di atas, ada beberapa kedai kopi ala kopitiam dan kami minum kopi dan makan makanan panas di sana.
Di Genting Highland (kamera Aie)
Semoga tahun baru kali ini membawa kebahagian kepada semua orang. Selamat Tahun Baru 2010!
5 komen:
rumah Pak Habib (SH Alattas) memang aku selalu singgah bila balik raya di bentong
sempoi juga baca blog nih...kulupsakah woi...bln bila plak keluar kartun edisi ke-3?
woi zul..yang hang pi tegoq aku dlm blog ni pasaipa?..tiap2 bulan kuaq hang tau..tunggu jaa..
aik...si tasha budak sengal tu pon ada? :P
ni baru smbut new year..jalan jejauh..i like
mas
asyik cuti je puspa bila kita nak date ni...
Catat Ulasan