Terkena

Bulan ni bulan November kan? Bukan April Fool kan?

Adegan 1

(Ketika sedang berlari-lari sebab terlewat 10 minit menonton tayangan lewat malam)

Aku: Hnnns hnnns nah tiket saya
Brader jaga tiket: Eh sori la cik dah tak boleh masuk dah?
Aku: Apa? alaa lewat 10 minit jer lagipun saya dah beli tiket! Kawan2 dah tunggu kat dalam...
Brader jaga tiket: Betul ni tak boleh masuk dah (sambil mengunci tali penghadang dengan muka serius). Hahahahaha saya buat lawak je! Silakan masuk! (sambil buka tali penghadang)

Adegan 2

(Ketika sedang memecut- ok... kalau aku yang pecut maknanya kelajuan adalah di tahap normal bagi orang lain- untuk ke program amal mangsa gempa bumi. Aku dah lewat satu jam)

Aku: Alamak dik akak takde duit kecik la. Ada pecah RM50 tak?
Adik jaga parking: Jangankan RM50, RM100 pon saya ada kak.
Aku: Wow hebat. Nah!
Adik jaga parking: (Datang beberapa minit lepas tu dengan muka panik) Alamak kak... macamana ni tak cukup duit la. Akak korek laa wang syiling yang ada?
Aku: Alamak... jap jap (sambil tertonggeng-tonggeng dalam kete cari beg)
Adik jaga parking: Dah la tu kak! buruk la orang nampak! Nah duit baki saya main2 je tadi hahahahah!

Cis.

8 komen:

el berkata...

kikiki... jahat betul derang... :P

Farhan Azahan berkata...

Sapa la xnk gurau dgn kak puspa neh...hahahahhaha.

rawkstar berkata...

Bulan ini November fool.

kulupSakah berkata...

budak parking tu nampak (.../..)tak?

Sasha Lyna berkata...

ni la salah satu kehebatan cik puspa..slalu dapat siter2 best cani jadi kt die..agaknye mreka2 tau kewujudan belog yg famos ini dan mahu adegan mrk dimasukkan dalam belog ini barangkali..saya jeles...hehehehe

OrangGilak berkata...

apalah nasibku selalu dibuli huakk (menjadi drama queen sesaat)

Kulup: tak la, kalo nampak, mesti dia tak kata buruk punya. miahahah

shao berkata...

Mmg sedap buli anda. semua orang tahu. hanya lihat muka kau aje cukup. "ah, ini orang mmg bes utk dibuli." senang percaya, pandai merajuk. heheheh

Megat berkata...

comel la entry ni.

the other side of puspa.

which like.