Aku sedih. aku dah siap berkemas sejak khamis lepas lagi, supaya aku boleh terus ke permatang pauh lepas keje hari jumaat. tiba-tiba aku dapat panggilan dari LAC, ingatkan aku pasal mesyuarat LegalAiders pada hari sabtu. Hari SABTU??? SABTUUUU???? adalah dalam 5-10 minit aku duduk termenung. ikutkan hati, mau je aku tipon stephanie kata aku tableh datang mesyuarat. Tapi, aku kan project head. manableh buat macam tu. mesyuarat habis kul 1ptg. lepas tu, dek kerana tensi, aku gi ofis dan keje sampai kul 4 ptg.
Jadi begitulah, alasan aku untuk tidak ke permatang pauh kali ini. *sob*sob* dan kawan2 lain tak membantu langsung. mereka samada tipon aku, sms aku atau chatting dengan aku dan beritahu betapa bestnya situasi kat sana dan rugi aku tak ikot sama. aaaaaaarghhhh!!!
Kawan aku Berahim (tukang amik gambar untuk Suara Keadilan) beritahu aku, kat sana, manusia dah membentuk lautan. terlalu ramai dan kebanyakannya adalah penyokong DSAI. yey!
Kak Lat pun beritahu aku hal yang sama. aku tipon dia pepagi buta tadi... dan dia cakap (atau meracau dalam tidur?) anggaran orang yang datang sangat ramai, paling kurang pun 50,000 orang untuk bagi sokongan pada DSAI. Kak Lat juga beritahu aku cerita kelakar- masa dia dan orang2 lain tengah jerit2 "bagi laluan! bagi laluan!" Kak Lat terjatuh dalam longkang. Hahahah! tu lah, eksyen lagi dengan wa :p
Walaupun aku bukan orang politik mahupun ahli berdaftar PKR, tapi aku rasa teruja melebih bila DSAI nak bertanding semula dan aku juga harap beliau menang. Kenapa? Aku rasa korang pun tau.
Buat pengundi2 kawasan Permatang Pauh, mengundilah dengan bijak!
Gambar ni masa aku dan osmet-osmet aku gi Rumah Terbuka Chinese New Year PKR tahun lepas. Tak senonoh betul kitorang... bangun pagi, gosok gigi, gi sarapan kat gerai pastu terus gerak. Sib baik aku tak pakai suar tido. Hahahah! *credit to anies *
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 tahun yang lalu
3 komen:
hey orang gilak.aku punya gambar tak kuar.ko mmg gilak, tapi aku suka kalau ko pakai baju cik misi, sambil aku meraba-raba belakang ko.kahkah.kenapa ko mengganggu tidoku pagi td. pilot tu baru je senyum kat aku tau tak.sedey.dah la aku nak gi korea.naik airbus.cilakak.
"mengganggu tidoku pago td"? pembetulan:DAH PUKUL 1240 TENGAHARI LA NGOK! siap mimpi2 jumpa pilot ensem masa nak gi korea yer? tak senonoh punya osmet *pek*pek* (aku meluku dahi si anies)
eh eh..ko tanak pakai baju misi. sapa suh.aku mimpila lelaki yang berpakaian seragam dan kacak. ah..dah le x sempat amek no tepon..sbb ko la ni!!!!!!*dush*dush*padan muka ko.aku siku2 kan ko.
p/s:1240 adalah awal lagi kan..bukan selalu aku bgn pkl 3 ptg??
Catat Ulasan