Sob... sob

Aku sedih. aku dah siap berkemas sejak khamis lepas lagi, supaya aku boleh terus ke permatang pauh lepas keje hari jumaat. tiba-tiba aku dapat panggilan dari LAC, ingatkan aku pasal mesyuarat LegalAiders pada hari sabtu. Hari SABTU??? SABTUUUU???? adalah dalam 5-10 minit aku duduk termenung. ikutkan hati, mau je aku tipon stephanie kata aku tableh datang mesyuarat. Tapi, aku kan project head. manableh buat macam tu. mesyuarat habis kul 1ptg. lepas tu, dek kerana tensi, aku gi ofis dan keje sampai kul 4 ptg.

Jadi begitulah, alasan aku untuk tidak ke permatang pauh kali ini. *sob*sob* dan kawan2 lain tak membantu langsung. mereka samada tipon aku, sms aku atau chatting dengan aku dan beritahu betapa bestnya situasi kat sana dan rugi aku tak ikot sama. aaaaaaarghhhh!!!

Kawan aku Berahim (tukang amik gambar untuk Suara Keadilan) beritahu aku, kat sana, manusia dah membentuk lautan. terlalu ramai dan kebanyakannya adalah penyokong DSAI. yey!

Kak Lat pun beritahu aku hal yang sama. aku tipon dia pepagi buta tadi... dan dia cakap (atau meracau dalam tidur?) anggaran orang yang datang sangat ramai, paling kurang pun 50,000 orang untuk bagi sokongan pada DSAI. Kak Lat juga beritahu aku cerita kelakar- masa dia dan orang2 lain tengah jerit2 "bagi laluan! bagi laluan!" Kak Lat terjatuh dalam longkang. Hahahah! tu lah, eksyen lagi dengan wa :p

Walaupun aku bukan orang politik mahupun ahli berdaftar PKR, tapi aku rasa teruja melebih bila DSAI nak bertanding semula dan aku juga harap beliau menang. Kenapa? Aku rasa korang pun tau.

Buat pengundi2 kawasan Permatang Pauh, mengundilah dengan bijak!

Gambar ni masa aku dan osmet-osmet aku gi Rumah Terbuka Chinese New Year PKR tahun lepas. Tak senonoh betul kitorang... bangun pagi, gosok gigi, gi sarapan kat gerai pastu terus gerak. Sib baik aku tak pakai suar tido. Hahahah! *credit to anies *

Tsk.. tsk.. tsk

Herm. This is my second post after a year. Kenapa lambat sangat? Sebab-sebabnya adalah seperti di bawah:-

i. Aku malas
ii. Aku lupa katalaluan sendiri- berbulan2 fikir baru jumpa.

Alangkah bagusnya kalau sebab kedua tu tak betul. tapi ia betul. aku seorang yang pelupa. aku dah tua. sebab tu la blog aku yang sebelum ni pun, aku dah tak tau pegi mana. mungkin hilang di celah-celah sesawang yang berselaput di dunia maya.whatever it is, aku takkan lupa tarikh 16 ogos 2008 ni. tarikh penamaan calon wakil permatang pauh. nanti aku letak gambar dalam blog yeah. kalau aku tak lupa laa...

Bestnya dapat masuk blog sendiri! hahahahahah