Darurat yang Direka

Kebelakangan ini satu lagi akta zalim, iaitu Ordinan Darurat menjadi perhatian ramai. Ordinan Darurat, seperti juga ISA membenarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Pada 25 Jun lalu, 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah ditahan ketika sedang dalam perjalanan untuk menyertai program anjuran Bersih 2.0 di Pulau Pinang. Pada 2 Julai, kesemua mereka dibebaskan, tetapi 6 daripada mereka telah ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat. Alasan penahanan yang diberikan adalah samar-samar dan tidak memuaskan. Ramai pihak menuntut supaya mereka dibebaskan, atau sekurang-kurangnya diberikan peluang untuk membela diri. Namun, sehingga kini mereka masih ditahan tanpa dibawa ke muka pengadilan.

Bagi mengenali susuk-susuk yang ditahan, sila baca ini.

Esok malam, Majlis Peguam akan mengadakan sebuah forum terbuka untuk orang ramai bagi memahami isu penahanan tanpa bicara dan implimentasi undang-undang zalim bernama Ordinan Darurat ini. Butir-butir ialah seperti di bawah:-

Tarikh: 20 Julai 2011
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium Majlis Peguam, Tingkat 1, No. 15 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur.

Panel:
Christopher Leong, Naib Presiden, Malaysian Bar
S Arutchelvan, Setiausaha Agung, PSM
Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi, GMI (Gerakan Mansuhkan ISA)
Edmund Bon, ahli Malaysian Bar


(Sebelum forum bermula, semua dijemput untuk menyertai 'candlelight vigil' di antara 7:45mlm-8:30mlm di Dataran Merdeka untuk isu yang sama)

*sumber dari MalaysianBar.

0 komen: