Menjelang Merdeka

Pertama sekali... selamat hari kebangsaan semua. Hari ini genap 52 tahun hari kemerdekaan Tanah Melayu yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Sebelum ni aku ada menyebut untuk tidak menyambut hari kemerdekaan kali ini. Memang pun. Tapi itu tak bermakna yang aku sudah lupa diri. Cuma... menyambut hari kemerdekaan dengan perarakan di Dataran, Bukit Jalil atau di Parlimen sekalipun tidak membawa apa-apa erti bagi aku.

Lebih baik aku pergi muzium.

Tak, aku tak buat lawak.

Ya... memandangkan aku tinggal di Bangsar dan selalu berulang alik ke pusat bandaraya, salah satu jalan yang harus aku tempuhi ialah Jalan Travers. Kalau datang dari arah Bangsar ke pusat bandaraya, Muzium Negara terletak di sebelah kiri Jalan Travers.

Seringkali sejak sebulan yang lalu, aku nampak sebuah papan tanda yang besar berwarna merah di hadapan Muzium Negara itu. Tajuk yang tertera amat kurang menyenangkan aku. "Darurat 1948-1960". Tu nak cakap pasal komunis yang jahat lah tu. Aku juga nampak tempoh pameran darurat tersebut berlangsung. Tadi, 30hb Ogos ialah hari terakhir. Pukul 3ptg tadi, ketika di rumah, tiba2 aku teringat dan rasa nak pergi. Jadi aku pergi.

Aku memilih untuk pakai baju gaun bunga-bunga sebagai tanda bahawa aku adalah orang yang ceria dan gembira untuk pergi ke muzium. Ini adalah kerana aku sudah menjangkakan bahawa aku akan didera secara mental kerana sudah pasti pameran tersebut memperlekeh2kan perjuangan orang2 yang bukan dari Parti Perikatan dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan sudah pasti muka aku akan masam mencuka.

Aku gosok baju pelan-pelan. Lepas tu, baca bismillah sebelum keluar rumah. Aku tarik nafas dalam-dalam dan menghidupkan enjin kereta. Pandu pelan-pelan. Sampai depan muzium, belok kiri. Kena tahan dengan penjaga tempat letak kereta. Bayar 2 ringgit. Entah kenapa aku enggan keluar dari kereta. Jadi aku layan dulu 2 buah lagu Muse. Baca bismillah, dan keluar dari kereta menuju ke muzium. Kena bayar lagi 2 ringgit untuk masuk. Ceh.

Sangka aku, Muzium Negara akan menggunakan keempat-empat dewan pameran untuk acara ini. Tapi tidak. Hanya ruang legar utama digunakan.



Aku membaca semua 'cerita' yang disampaikan satu persatu. Ada yang aku ulang baca beberapa kali. Ada juga beberapa bahagian yang buat aku senyum sorang-sorang.

Seperti yang dijangka, komunis adalah jahat. Komunis bunuh orang. Tapi, nama-nama yang disebut secara spesifik dan disenaraikan sebagai mangsa, semua nama orang putih. Orang-orang tempatan yang juga terkorban, diletakkan dalam satu perkataan saja iaitu samada 'orang-orang kampung' atau 'askar-askar Melayu'. Tak baik tul. Wah siapa yang sebenarnya beria-ia memerangi komunis ni?

Ada satu cerita sejarah yang aku rasa agak menarik, iaitu asal usul kejadian kad pengenalan di negara kita juga bermula pada era komunis. Tanggal 1hb September 1948 ialah hari pertama kad pengenalan diwajibkan untuk semua orang. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti komunis-komunis di kalangan orang tempatan.

Di ruang pameran yang sama, ada 2 buah skrin diletakkan. Satu besar, satu kecil. Aku menonton skrin yang kecil sambil berdiri. Itu rakaman ketika darurat rasanya, sebab gambarnya hitam putih. Ada gambar lori terbakar, ada gambar wanita mengangkat senjata, ada gambar Tunku Abdul Rahman. Musik latarbelakangnya ialah runut bunyi filem Titanic. Pastu ada bunyi letup-letup. Kemudian, ada sarikata di bawah gambar yang tertulis "Akhirnya... negara kita selamat dari komunis" (lebih kurang macam tulah... tak berapa ingat). Tiba-tiba ada suara Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka!' sebanyak tiga kali. Huiks.. kita peroleh kemerdekaan daripada komunis atau British??? Video tersebut berakhir dengan lagu 'Keranamu Malaysia'.

Waktu tu, aku sudah mula buat muka. Aku beredar dari situ dan menuju ke papan pameran yang lain. Tiba-tiba, aku terlihat seorang jejaka kacak sedang sibuk menelek cerita sejarah komunis. Kusyuk betul dia membaca. Dan kusyuk juga aku menghayati kekacakan beliau (ooops... puasa!).

Aku meneruskan berlegar-legar di ruang pameran tersebut. Ada beberapa gambar poster yang menarik perhatian aku.


Waktu ni Akta Hasutan belum digubal kot


Mahal gak harga pakcik komunis ni...mesti dia seorang yang terer


Senarai ahli-ahli komunis yang dikehendaki

Satu lagi cerita sejarah yang aku rasa menarik, ialah bahawa kerajaan pada waktu itu menggunakan pelbagai cara untuk memerangi komunis, termasuklah perang saraf dan perang psikologi. Mogok lapar, demonstrasi jalanan, 'road show' dan macam-macam lagi yang kalau nak dibuat sekarang, mesti dapatkan permit polis dulu.

Tapi...kenapa RTM1 kata itu bukan budaya kita?



Tiba-tiba, aku terlihat satu susuk yang agak menarik. Hensem tul... patung tu. Aku pandang keliling, kalau-kalau ada orang yang sudi tolong ambilkan gambar aku dengan patung tersebut. Dan seperti sudah tersurat, jejaka kacak tadi menghampiri tempat aku berdiri. Ceh ceh. Aku pun minta bantuan beliau.


Gila stylo rambut patung brader komunis ni, dan cool pula sebab bagi aku 'pinjam' topi dia sekejap. Miahahah :p

Selepas mengambil gambar, jejaka kacak itu memperkenalkan dirinya kepada aku. Dia tanya aku ni 'student' ke. Aku kata tak... aku dah kerja. Jejaka kacak tersebut bekerja di sebuah syarikat minyak orang putih. Mungkin sebab tu bila berbicara, dia guna slang-slang dan cakap campur-campur. Nasib baik kacak. Katanya, dia minat sejarah sebab tu datang tengok pameran tu. Selepas itu, kami membawa haluan masing-masing.

Aku meneruskan melihat-lihat pameran tersebut. Tiba-tiba, jejaka kacak tadi datang menghampiri aku. "Eyh... have you seen the senjata yang komunis2 tu buat sendiri dalam hutan?" "Err.. belum lagi". "Jum, kita tengok together". "Ok" (heheheheheheheh- yang ni dalam hati je).


Senjata buatan tangan komunis

Di hadapan senjata-senjata itu, jejaka kacak meneruskan perbualan. "Mereka ni bijak jugak kan, although they're terrorists..." "They're not terrorists!" Tiba-tiba aku ter-emo bila jejaka kacak tersebut panggil komunis sebagai pengganas, dan tiba-tiba angin gedik aku mati begitu sahaja. "They also fought for the independence of Malaya and they should be recognized!" Aku mula memalingkan badan untuk beredar dari situ, tapi kemudian jejaka kacak menyambung "Tapi Chin Peng tak pegang janji. Sepatutnya komunis surrender bila kita dah merdeka". "Tapi kita tak tahu hujung pangkal cerita perjanjian tu kan? Kenapa nak serah diri macam penjahat kalau berjuang melawan penjajah? Dan perjanjian sepatutnya kerja dua hala kan? Adakah Tunku Abdul Rahman dah laksanakan bahagiannya dalam perjanjian?"

Dan... begitulah. Jejaka kacak hanya menjadi seorang jejaka sahaja. Kami masing-masing minta diri. Aku meneruskan melihat-lihat pameran sambil memerhatikan gelagat para pengunjung pameran tersebut. Ada juga yang mengambil gambar dengan patung hensem tu. Ada yang lebih ekstrem dari aku... siap 'pinjam' rambut stylo patung hensem untuk dipakai bersama topi. Hahaha.

Selesai melawat muzium, aku pergi mencuci kereta untuk 'memerdekakan' kereta aku dari tahi burung Bangsar. Kemudian, aku ke kedai untuk membeli beberapa botol minuman dan cawan kertas. Aku akan berbuka puasa secara 'pot luck' dengan pasukan peguam siasatan awam SUHAKAM.

Mengenang kembali sebab siasatan awam SUHAKAM ini dijalankan, aku tersenyum lagi. Ye lah, dah 52 tahun merdeka, tapi hak asasi untuk berjumpa peguam pun takde dalam senarai. Siap tangkap peguam yang sedang menjalankan tugas :p


Fad, Adilah dan Saha


Murnie dan Valen

Kira-kira pukul 830 malam, aku minta diri dari acara. Aku ada acara makan kek sambil mengumpat dengan 'videographer' kegemaran aku, Chi Too. Tujuan perjumpaan sebenarnya ialah kerana Chi Too mahu menyerahkan sehelai t-shirt yang direkanya. Best.


Memakan kek sambil mengumpat adalah satu acara yang serius

Selepas mengumpat selama lebih 3 jam dan masing-masing telah menguap, kami memutuskan untuk menyambung acara pada esok petang.

Esok petang, tepat jam 4, kami dan beberapa orang rakan yang lain akan bermain layang-layang di tengah-tengah pusat bandaraya sempena menyambut hari kebangsaan.

Tak, aku tak buat lawak.

Dan, aku bercadang untuk bermain layang-layang sambil memakai baju di bawah:-




Selamat menyambut Hari Kebangsaan semua.

Gedung Kartun



Beberapa hari lalu, aku borak dengan Zunar secara online. Katanya Gedung Kartun dah keluar. Aku minta jual senashkah pada aku. Dia kata, langgan je lah, support kawan2. Aku kata no problem. Bila aku tanya pada Zunar macamana nak langgan Gedung Kartun, tiba-tiba dia senyap. Aku 'buzz', dia tak jawab. Aku biarkan je. Tup-tup hampir sejam lepas tu, katanya beberapa orang pegawai KDN baru je lepas 'melawat' pejabatnya. Rampas lebih 400 naskhah Gedung Kartun, atas alasan tiada permit. Bila Zunar pertahankan dan kata ada permit, mereka kata permit hanya sah selepas 1hb September. Jadi buat masa ini, tak boleh edar.

DOINK!

Maka aku fahamlah sudah... kenapa media2 kerajaan persekutuan jarang laku di pasaran. Sebab mereka gagal memahami selok belok pemasaran dan cara promosi.

Tak kisahlah tu. Mungkin kita harus mengucapkan terima kasih kepada KDN sebab sedikit sebanyak telah membantu mempromosikan Gedung Kartun. Aku rasa sekarang ni kalau dijual dengan harga RM10 senaskhah pon, orang akan beli (harga jualan ialah RM4 senaskhah).

Apapun, aku telah mendapatkan senaskhah Gedung Kartun melalui Rahmat. Aku baca tengah2 malam buta, gelak sorang2 sambil minum kopi.

Kalau korang nak tengok beberapa kartun yang terdapat di dalam Gedung Kartun, sila ke belog Rahmat. Berikut pula ialah beberapa petikan menarik dalam Gedung Kartun:-

"Kematian ramai ahli politik menunjukkan kelemahan kerajaan sekarang. Masa saya dulu tak ramai MP yang mati. Ini kerana mereka mahir berbahasa Inggeris, sebab tu saya kata jangan mansuh PPSMI"

"Mana-mana MP yang mati akan dikenakan hukuman berat"

"Beso nanti, Amir nok jadi menteri... Sene nanti dapak projek, rasuoh pun oghe tok tau, ye penting jadi menteri kebal dari undang-undang"

"Eh Ramli, betul ke anak Pak Abu kat kolumpor tu kena tahan SPRM?" "Iyelah tu.. ni aku nak ke rumah Pak Abu lah ni. Dia nak buat solat hajat ngan doa selamat sikit" "Nak berdoa anak dia dibebaskan SPRM ke?" "Tak! Nak minta panjang umur je! Dengar cerita kena siasat kat tingkat 14 jugak tu!"

Hahaha!

Maka kawan2, dapatkanlah Gedung Kartun di pasaran sekarang! Dijamin terhibur!

Tak kisahlah kena rampas ke, permit kena tarik ke, lawan tetap lawan! Syabas Zunar dan rakan2!


Bebel

Aku ingat, bila dah menganggur, aku akan ada masa untuk buat segala benda yang aku suka.

Merayap dari satu galeri seni ke galeri seni yang lain.

Membaca buku catatan harian orang-orang yang dah mati.

Melukis potret orang-orang yang aku menyampah dengan menggunakan warna pastel yang dah 2 tahun beli tapi masih tak habis, dan sengaja besarkan lubang hidung dan telinga mereka lepas tu ketawa sorang-sorang.

Merayau-rayau di kedai aksesori kereta di Subang Jaya sambil berangan nak 'modify' kereta, tapi akhirnya hanya akan beli pengelap cermin sebab yang lain-lain tak mampu.

Makan durian dan minum air kelapa sambil bercangkung dan borak-borak dengan penjual durian dan air kelapa dalam bahasa Minang di tepi jalan di Hulu Langat atau Kuala Pilah (ok sebab sekarang bulan puasa, mungkin hanya boleh buat lepas Ramadhan).

Baiki laptop yang dah rosak ' dvd player'nya.

Baiki tv yang dah tak boleh dipasang langsung.

Baiki hp yang dah malap skrinnya.

(Heish kenapalah semua benda nak rosak bila aku tak bergaji, dugaan Ramadhankah?)

Aku terlupa, bahawa selain dari kerja-kerja bergaji, aku juga ada komitmen lain.

Ulangtahun ke-20 SUARAM dah nak dekat. Promosi belum mula lagi.

Minit mesyuarat lembaga belum hantar lagi.

Dan dah 3 bulan aku tak panggil ahli-ahli jawatankuasa bantuan guaman untuk bermesyuarat.

Tsk... ok dah sms Sheena. Mesyuarat Rabu depan. Hantar agenda esok pagi.

Waaargh.

*****

Tadi aku berbuka puasa dengan seorang kawan lama. Dah hampir 8 tahun aku kenal dia. Katanya dia bakal diwawancara oleh sebuah rancangan terbitan kerajaan, pasal erti kemerdekaan. Dia tanya aku samada dia patut sentuh tentang sumbangan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. "Kenapa tidak?" "Ya lah, sebab sekarang ni kerajaan akan buat apa saja, dan cari apa saja peluang untuk kenakan orang dan sumbat dalam kem Kamunting". Ah, aku faham sentimen itu. Kebimbangan itu. Tapi mengenali dia, aku rasa dia bukannya nak tahu pendapat aku, cuma nak beritahu aku je. Dia bukan penakut, sebab tu aku kawan lama dengan dia. Haha.

Lepas pulang dari acara, aku rasa lega. Dah lama tak berbual kosong. Takde cerita politik. Takde cerita undang-undang. Takde gossip2 NGO. Hanya tentang perkembangan dia dan aku.

Kadang-kadang aku berharap yang aku adalah seorang bimbo yang hanya sibuk memikirkan baju apa nak dipakai untuk ke kerja esok. Sebab makin banyak yang aku tahu tentang negara ni dan politik dalam organisasi, makin sakit kepala aku. Makin kurang senyuman aku. Makin baran emosi aku. Makin kurang pahala puasa aku.

Selamat menjalankan ibadah puasa semua.

Merdeka yang Tak Merdeka

Hari ini sepatutnya jadi hari merdekaku.

Hari pertama sebagai penganggur terhormat.

Tapi...niat itu kutangguhkan sehari dua ni sebab banyak kerja-kerja tertunggak di ofis lama. Takkan nak biarkan je bos aku (mantan bos sudah...) buat semua kerja sorang2. Sekurang-kurangnya, kena 'update' dan 'bersihkan' fail-fail tertunggak di atas meja aku. Semua ni gara-gara siasatan awam SUHAKAM tu lah.

Bulan ni juga adalah bulan kebangsaan, sempena kemerdekaan semenanjung Tanah Melayu dari British.

Tapi...berdasarkan daripada apa yang aku alami dan amati tentang negara ni dan pihak-pihak berkuasanya, aku rasa aku akan sambut ala kadar je lah.

Atau mungkin tak sambut langsung.

p/s: Selamat Hari Ulang Tahun ke-64 buat teman-teman berwarganegara Republik Indonesia.

Gari Tangan atau Kaki?

Aku baru sahaja mengucapkan tahniah kepada Kamariah sempena harijadinya yang ke-26. Aku katakan padanya, aku rindu saat2 umurku 26. Kamariah tanya aku bagaimana rasanya nak masuk 28? Aku kata..."kau akan rasa lebih matang (dari segi mengawal perasaan). Orang usik kau senyum, orang kutuk kau senyum, orang perli kau senyum, orang maki pun kau senyum."

KECUALI dengan polis Malaysia.

Tak kiralah berapa tua aku nanti, aku TAK AKAN senyum dengan polis Malaysia.

Ramai yang bertanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga aku ditangkap polis pada 1hb Ogos lalu. Aku tak tahu bagaimana untuk terangkan, kerana alasan penangkapan aku adalah sangat bodoh.

Menurut kata Saha si peguam kacak yang bertanggungjawab terhadap pembebasan aku, ketika beliau bertanya kepada polis yang menangkap aku kenapa dia berbuat demikian, polis tu jawab "tak tahu, sb yang suruh tangkap dia. Saya hanya mengikut arahan."

Bodoh kan?

Pada waktu kejadian, aku sedang berada di hadapan bangunan HSBC dekat Jalan Melayu (ya, jalan yang sangat racist) berhadapan dengan Masjid Jamek, mengedarkan risalah Majlis Peguam yang bertajuk "Polis dan Hak Anda". Di dalam risalah itu, terdapat hak-hak dan langkah-langkah yang kita boleh ambil bila kita ditangkap oleh polis. (Maaf, aku cuma terjumpa versi bahasa Inggeris saja yang boleh diperoleh secara online. Sila klik di sini).

Tiba-tiba, aku dikerumuni oleh beberapa orang polis, lebih kurang 6-7 orang. Salah seorang daripada mereka ialah polis wanita bernama Sasha. Nama yang manis itu memanglah tidak cocok dengan perangainya yang huduh dan badan besar macam gergasi (selalunya aku akan menasihatkan adik2 supaya jangan mengutuk penampilan dan fizikal orang lain, tak baik... tapi yang ini berkecuali sebab dia polis yang jahat).

Lepas tu tanpa memberi salam, polis2 itu terus tanya aku apa aku buat. Pastu aku pun beritahulah pasal risalah itu. Lepas tu polis tanya kenapa aku nak edarkan risalah tu. Aku pun cakaplah "sebab harini kan korang akan tangkap ramai orang. Mereka mestilah tahu pasal hak2 mereka." Lepas tu tanya siapa aku. Aku jawab "saya peguam dari pusat bantuan guaman. pejabat kami di sebelah masjid jamek tu je", sambil menunjukkan tag 'Peguam' yang aku pakai. Kemudian, polis gergasi wanita tu suruh aku ikut dia ke balai untuk berjumpa dengan pegawai. Aku cakap, taknak. Lepas tu dia kata jangan degil. Aku cakap, "buat apa saya nak ikut? Saya bukannnya kena tahan pun." Lepas tu terus polis kurang ajar tu tuding2 jari ke muka aku. Aku memang pantang orang main tuding2 ni! "Awak nak saya tangkap awak ke?" "Nak tangkap, tangkaplah!" Jawab aku secara spontan.

Selepas itu, tiba2 datang seorang polis separuh umur (dah tua pon tanak insaf lagi) dan jerit "Tangkap dia! Gari!"

Ini adalah kali kedua aku digari. Tapi kali ni, sakit sikit sebab tanganku ditarik dengan kasar. Aku dibawa ke dalam trak depan Masjid Jamek. Aku nampak Valen dan Murnie, 2 orang peguam dari jauh. Valen datang menuju ke arah aku tapi dihalang oleh polis. Tapi aku sempat minta dia pergi mendapatkan bantuan. Sementara itu, drama maki-memaki disambung di dalam trak.

"Korang takde hak nak tahan aku! Sebab tangkapan pon tak bagi!"

"Senyaplah! Behave like a lawyer-lah!"

"Macamana nak behave like a lawyer, kalau korang pon tak behave like police officers! Kau bukak gari ni sekarang!"

"Duduk!"

"Taknak!"

Kemudian, aku nampak Saha. Dia sedang berusaha untuk berdiplomasi dengan polis supaya melepaskan aku. Bahagian ni, aku memang kagumlah. Mungkin kerana faktor usia dan pengalaman, Saha nampak lebih relaks bila bercakap dengan polis. Kalau aku, memang akan pekik.

"Saha! Suruh dia buka gari ni! Sakitlah!"

"Saya gari awak sebab awak ditangkap!"

"Hello! Cuba compare saiz badan kau dengan saiz badan aku! Kau ingat aku mampu melawan ke kalau kau tak gari aku pon!"

"Tapi mungkin awak boleh lari laju, sebab awak kecik."
(Orang lari guna kaki la, bukan tangan! Lain kali gari laa kaki aku!)

Disebabkan pergelangan tangan aku dah mula rasa sakit campur gatal2, aku mula menggoyang2kan tangan aku sambil duduk. Tiba2, gari tu terlucut sendiri disebabkan saiz pergelangan tangan aku yang kecik. Aku dengan gembiranya menanggalkan gari itu dan menayangkannya di hadapan seorang polis. Dia pon jerit "Hoi! Pakai balik!" (Ada ke orang yang nak gari diri sendiri?)

Sementara itu, Saha masih cuba berdiplomasi dengan polis. Aku terdengar Saha menerangkan isi kandungan risalah yang aku edarkan kepada polis tu. Aku pula masih berlawan mulut dengan 2 orang polis yang berdiri di depan pintu masuk trak.

Beberapa minit selepas itu, polis memanggil aku keluar. Saha telah berjaya membebaskan aku. Tapi, aku masih tak puas hati.

"Taknak minta maaf ke?" Tanya aku.

"Kau tu cuba behave sikit lain kali"

"Kau tu cuba kerja guna otak sikit. Asyik nak ikut arahan je"

Lepas tu, polis tu menuding lagi jarinya ke arah aku. Saha terus tarik kepala aku sambil kata "Dah dah".

Kawan2 peguam telah menarik aku masuk ke dalam pejabat dan tidak membenarkan aku keluar, sehingga keadaan menjadi reda. Aku periksa telefon, huish cepat betul kawan2 terima berita penangkapan aku. Banyaknya sms... termasuklah sms dari Suren:-

"Congratulations. World record- the shortest arrest in history".



Ketika ditangkap polis gergasi. Ditangannya ialah risalah yang aku cuba edarkan. Gambar dari MerdekaReview



Gambar dari Malaysiakini. Ada aku senyum?