Aku tak pandai gantung 'banner' kat blog. Ni je yang aku boleh buat.
Sebelum terlewat, silalah pergi menonton Selak:Serak di PJ Live Arts di Jaya One. Esok (Ahad) pukul 3 petang.
Teater yang diarahkan oleh Ayam Fared, dilakonkan oleh hanya 2 orang iaitu Khairil Ridzuan K'n dan Lorna Hoong dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Menyingkap tentang kesan kematian dalam tahanan terhadap ahli-ahli keluarga dan mereka yang terlibat. Satu isu negara yang elok direnungkan semua lagi-lagi di bulan yang mulia ni.
Selalunya topik macam ni bosan dipentaskan, tapi di tangan Ayam Fared, semuanya okay :)
Selamat berpuasa!