Akhirnya Dia Pergi Jua

Pak Ya adalah di antara geng sembang aku ketika bekerja di Bangsar Utama. Pejabat kami berhadapan. Hampir setiap hari kami minum teh bersama selepas waktu kerja, bersama-sama dengan warga Bangsar Utama yang lain seperti Rahmat, Black, Meor dan rakan-rakan lain. Nama betul Pak Ya ialah Yunus Ali.

Walaupun Pak Ya seorang yang 'low-profile' tapi beliau tak lokek bercerita kalau ditanya. Banyak betul pengalaman Pak Ya, sejak dari zaman pejuangan pelajar tahun 60-70an, perjuangan di Palestin, sehinggalah saat beliau terpaksa merengkok di dalam penjara Kamunting ketika Operasi Lalang.

Selepas aku bertukar kerja di PJ, aku jarang melepak dengan geng Bangsar Utama lagi selepas waktu kerja. Satu hari, aku dengar Pak Ya sakit. Aku terus meluru ke hospital UM. Aku lega kerana Pak Ya masih boleh berjalan dan bergurau. Malah beliau sempat bergurau dan ber-'possing' ketika aku minta, supaya gambarnya boleh aku BBM kepada Black yang pada waktu itu sedang berada di Jakarta. Kami semua risaukan beliau.

Satu hari aku dengar Pak Ya dipindahkan ke Hospital Selayang. Aku pergi melawat. Beliau tak dibenarkan turun dari katil oleh doktor. Tapi, Pak Ya sempat bergurau. Esoknya, Black pulang dari Jakarta. Kami pergi melawat lagi. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan beliau.

Bulan puasa lepas, aku terima sms daripada Pak Ya. Katanya, beliau sudah pulang ke rumah. Dah sihat sikit, tapi tak larat nak naik turun tangga, katanya. Aku luahkan rasa gembiraku dan katakan hajatku untuk beraya di rumahnya.

Malangnya, tak sempat.

Sabtu lepas, aku terima sms daripada Alfian yang mengatakan bahawa Pak Ya sudah berhenti bernafas. Aku cepat2 hubungi Maria, isteri Pak Ya. Kira-kira pukul 430 petang, berita kematiannya telah disahkan oleh Isham.

Aku terus meluru ke Hospital Selayang. Baru aku tahu bahawa Pak Ya telah dimasukkan semula ke hospital sehari sebelum itu. Aku menangis ketika melihat Pak Ya. Lepas ini, tidak ada lagi cerita darinya. Aku ikut jenazahnya ke rumahnya di PJ sehinggalah lewat malam.

Aku harap aku takkan lupakan cerita-cerita Pak Ya. Ilmu yang diberi akan aku semat di dada. Segala ceritanya akan aku jadikan teladan dan sempadan. Pak Ya, terima kasih banyak-banyak.

Bagi yang hendak mengenali Pak Ya, sila klik di sini.


Gambar terakhir dari Pak Ya

Cerita Ceriti

Pohon maaf kerana sudah lama tidak menjenguk belog sendiri. Artikel terbaru boleh dibaca di sini. Antara isi kandungan:-

"...Ada seorang rakan pernah membuat lawak kepada saya, katanya sekiranya tali yang digunakan untuk menggantung leher seseorang itu putus dan orang itu tidak mati, maka orang itu akan dibebaskan kerana beliau dianggap telah menjalani hukuman.

Saya rasa itu tidak kelakar...."

Esok malam aku akan menjengah ke Taiping. Nanti aku cerita :)

Hurm.

Wow bulan Ramadhan kali ni memang tak rasa macam bulan puasa langsung. Aku sibuk ke hulu ke hilir buat kerja. Kerja loyar. Sepanjang minggu ni aku berulang-alik ikut bos ke Mahkamah sebab ada bicara penuh. Kes korporat, kes syarikat lawan syarikat lain, kes syarikat lawan pengarah syarikat dan macam-macam lagi yang berlandaskan wang. Ye la sekali sekala kena la cerita pasal wang jugak kan. Kalau tak, nanti ada lah orang tertentu kat ofis tu yang asyik tanya menyindir bila aku nak bil klien. Eh kau tak faham ke bila bos kata kes-kes aku tu kes pro bono?P.R.O. B.O.N.O. Macamana aku nak bil orang-orang yang hilang rumah dan hilang tanah sebab kena tipu tu? Nak suruh mereka bayar pakai bulu ketiak?

Tu je aku nak cakap.