Ramai orang tertanya-tanya apakah strategi tentera Vietnam hingga menyebabkan tentera Amerika Syarikat yang konon-konon terer itu pun kalah. Bukan saja AS yang pernah kalah di tangan Vietnam, malah Perancis pun sama.
Jawapannya ialah:- gerakan terowong bawah tanah.
Terowong bawah tanah ketika perang Vietnam bukan sahaja digunakan untuk laluan tau... mereka juga ada tempat tidur, tempat masak dan bilik rawatan di situ. Dan, terowong tersebut bukan sahaja ada satu lapisan, tetapi 3 dan kadang 4 lapisan! Macam rumah bertingkat. Bukan itu sahaja, mereka juga membuat laluan-laluan palsu untuk tentera AS, dan laluan-laluan palsu itu akan membawa tentera AS ke neraka sebab ada perangkap. Terer...
Ada banyak terowong bawah tanah di seluruh Vietnam, tapi yang paling terkenal ialah terowong -terowong Cu Chi oleh Jawatankuasa Parti Daerah Cu Chi, yang terletak kira-kira 90 minit perjalanan daripada pusat bandar Saigon. Terowong ini hampir 250 kilometer panjangnya, dan ia boleh tembus sehingga ke Sungai Saigon yang terletak di pusat bandar! Sapeeelah yang mengorek tu!
Aku dan Nik Waheeda berkesempatan mengunjungi terowong bawah tanah tersebut pada hari terakhir kami di Vietnam. Kami bertolak dari pusat bandar seawal pukul 7 pagi. Kami dibawa ke sebuah hutan di dalam lingkungan sistem terowong Cu Chi. Ada 2 terowong yang femes di sini iaitu terowong Ben Duoc dan terowong Ben Dinh. Kami berjaya merasa kedua-dua terowong tersebut. Kau hadoo? (meminjam kata seorang diva).
Setibanya kami di hutan, kami kena membayar tiket masuk (ya, dalam hutan pun ada kapitalis) dan kami dinasihati supaya menyapu krim pencegah nyamuk ke seluruh badan. Selepas itu, kami pun memulakan pengembaraan di dalam hutan.
Kami dibawa oleh pemandu pelancong kami ke tempat-tempat yang ada jerangkap samar. Beliau menyuruh kami supaya jalan berhati-hati dan hanya lalu tempat yang beliau lalu, bagi mengelakkan sebarang kalangan jiwa berlaku (kali terakhir seseorang mati sebab terpijak bom ialah beberapa tahun lepas, di sebuah kampung pendalaman Vietnam).
Kami dibawa melihat beberapa jenis jerangkap samar yang digunakan oleh VietCong dulu.
Ni kalau pijak, jatuh ke buluh-buluh runcing Kan dah kata...
Sempat bergambar dengan kereta kebal Ada sebuah pondok di dalam hutan tersebut, yang penuh dengan jenis-jenis jerangkap samar yang berlainan:-
Ni kalau jatuh, ketiak berdarah, pastu mati secara perlahan-lahan selama beberapa jamBuka pintu, disambut dengan perangkapSelepas itu, kami ditawarkan untuk mencuba senapang-senapang yang pernah digunakan oleh tentera VC. Nik tak mau, tapi aku MAHU! Aku ambil peluru yang paling banyak punya. Hahaha! (gelak puas)
Tahu tak apa rahsia selipar ni? haa... Selipar ni akan dipakai secara terbalik oleh tentera VC, jadi kalau mereka berjalan ke utara, tentera AS akan fikir mereka berjalan ke selatan. Bijak kan?Selepas itu, operasi masuk terowong pun bermula... jeng jeng jeng
Jeng jeng jengSakit lututSelepas keluar daripada terowong tersebut, aku benar-benar kagum dengan tentera-tentera VC! Manakan tak, terowong tu dah la gelap takde lampu, pastu ngam-ngam badan aku je! Dan, aku sakit lutut selama 2 hari lepas tu.
Selepas setengah hari kami di dalam hutan, kami dibawa semula ke pusat bandar Saigon. Aku dan Nik meminta supaya kami diturunkan kira-kira 20 minit daripada hotel kami, kerana kami mahu pergi ke muzium perang paling terkenal, iaitu War Remnants Museum.
Gambar standard seorang pelancongMuzium ni menyimpan banyak sejarah perang Vietnam, dan merupakan antara muzium yang paling lengkap sekali. Selain daripada sejarah ketika perang dan orang-orang yang terlibat, ia juga menceritakan tentang Unclo Ho, dan juga kesan-kesan selepas perang iaitu kecacatan genetik kekal akibat racun Orange. Racun ini disembur oleh AS melalui jet udara, dan jika seseorang itu tidak mati serta merta selepas terhidu, ia akan kekal di dalam badannya. Bila dia kahwin dan mempunyai anak, anak yang dilahirkan akan cacat sehingga ke beberapa generasi. Sehingga ke hari ini, banyak bayi yang dilahirkan cacat anggota badan akibat racun ini. Aku lihat, ada beberapa pelancong mat saleh yang menitiskan air mata sebaik sahaja keluar daripada muzium itu. Malu kot
Di luar muzium, ada satu lagi tempat pameran, iaitu tempat-tempat seksaan tahanan perang dan juga bilik hukuman mati.
Penggal kepala di siniSangkar di tempat Nik cangkung tu untuk 5 orang, yang di depan kecil sedikit, untuk 3 orang. Sangkar itu penuh dengan duriSelepas selesai melawat muzium, kami berjalan pula menuju ke Reunification Palace. Dahulunya dikenali sebagai Istana Kemerdekaan, dulu ia tempat tinggal dan kerja Presiden Vietnam Selatan, kira macam White House ler. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Istana Norodom tempat tinggal pentadbir penjajah Perancis. Lepas tu perang. saudara... dan tempat ni jadi simbol penyatuan sebaik sahaja tentera Vietnam Utara datang dan rempuh pintu pagar istana ni. Peristiwa itu dikira sebagai pengakhiran perang saudara :) Malangnya, kami tak boleh masuk dan hanya boleh ambil gambar di luar je. Mungkin sebab kami datang lewat :(
Bergambar di luar sahajaSelesai sudah lawatan, kami baru perasan yang jam sudah pukul 5 ptg dan kami belum makan. Kami mencuba makan di sebuah kedai mi. Sedap.
Segala isi mi diasingkan, yang ada hanya mi dan sup sahaja. Lepas tu sukahati kitalah nak letak apa dalam mi tersebutHari hampir lewat dan ini ialah hari terakhir kami. Jadi, kami ambil keputusan menuju ke pasar Ben Thanh. Dalam pasar ni ada jual macam-macam, dari makanan, pakaian, aksesori hinggalah ke cenderahati. Seperti biasa, kalau pergi melancong ke mana-mana, aku akan cari kopi dan teh tempatan untuk dibawa pulang.
Di sebuah gerai yang menjual teh dan kopi tempatan, kami memilih beberapa jenis teh dan kopi untuk dibawa pulang. Aku beli 3 jenis daun teh dan sejenis kopi. Di sini, mereka menjual biji-biji kopi dan akan hanya dikisar kalau kita minta.
Masukkan biji kopi ke dalam pengisar...Kopi yang siap dikisar, sedia untuk dipeketkanDi luar pasar ni, ada satu kawasan ala-ala Petaling Street. Aku beli beberapa cenderahati untuk adik-beradik dan kawan-kawan.
Lorong pulang ke hotel adalah gelapKami menghabiskan sisa-sisa malam itu dengan menonton bola di sebuah kedai makan di lorong hotel kami. Aku order udang tepung, minum kopi ais. Best gila. Sambil tu, sempat juga aku lihat adegan tawar menawar oleh seorang wanita Vietnam dengan pelancong asing lelaki. Al-maklumlah kawasan ni 'red district'...
Esoknya, sebuah teksi membawa kami ke lapangan terbang pada jam 8 pagi. Aku rasa tak puas berada di Vietnam, sebab banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku tak sempat pergi. Padanlah ada pelancong yang duduk sampai 3 bulan di sini! Rasanya, aku akan datang lagi :)