Aku bajet ramai pembaca belog ini (termasuk sb) yang turun KL pada 9 Julai lalu. Perhimpunan Bersih 2.0. Dan seperti biasa, mesti korang tanya semua orang yang korang jumpa "eh ko turun ke? ko turun ke?", kan?
Aku dengan dengki dan iri hatinya, nak menyatakan yang aku tak berapa turun. Maksud aku, aku tak pakai baju kuning, dan tak berjalan tak pergi stadium. Sebabnya?
Apa aku buat?
Sejak tengah malam hari Jumaat, kami beberapa orang loyar Pusat Bantuan Guaman dah berkampung di opis. Ini ialah kerana panggilan yang diterima berkenaan tangkapan tak putus-putus.
"Pagi pukul 8, semua dah kena ada di opis. Pakai hitam putih" kata Ravin tuan pengerusi.
Pemandangan dari opis, pukul 8 pagi SabtuAku mencoba-coba jadi 'rebel' konon, dengan memakai seluar jeans. Sape nak pakai hitam putih hari Sabtu? Hari Bersih pula! Huwaaa... Walau apapun, tak sempat nak nangis sangat, sebab semua orang dah sibuk jawab panggilan orang ramai dan telefon balai polis untuk sahkan berita penangkapan para demonstran.
Kira-kira pukul 12 pagi, satu lagi mesyuarat tergempar dilakukan. Kali ini, beberapa kumpulan loyar akan dihantar berkampung di balai-balai untuk persediaan mengambil keterangan atau pendengaran reman. Aku tengok jam, ala ada lagi 2 jam baru demo mula. Takkan nak keluar sekarang? Aku pandang tempat lain, takut nama dipanggil. Tapi lepas tu...
"Puspa can u lead one team to PULAPOL?" Uhuk.. uhuk... "okay", jawabku lemah. Tapi, aku dengan dengkinya telah memilih beberapa orang kaki demo untuk bersama-sama aku supaya aku tak rasa jeles sangat. Dan mangsa-mangsaku ialah Farhana dan Sasha, manakala Radzlan dan Afiq pula telah menawarkan diri. Aku rasa pelik pula, bukankah Radzlan ialah seorang demonstran veteran? hmm....
Akhirnya, misteri penawaran diri Radzlan terungkap, apabila selepas mesyuarat, dia datang dan kata "eh Puspa, kereta ko jauh kan? kan? kena jalan sampai stadium, kan? kan?"
Dengan muka tegak (straight face), aku pun menjawab "yer, kereta aku jauh., tapi tak boleh ambil kerana jalan telah disekat. Walaubagaimanapun, kereta Farhana boleh diambil kerana tiada sekatan. Tapi... jauh sikit, kena jalan sampai ke Petaling Street menuju ke stadium. Dan oleh kerana jalan di bawah telah dikepung polis, kita terpaksa pusing sampai ke CM dahulu, lepas tu melalui jalan yang dipenuhi FRU untuk sampai ke Petaling Street."
Sasha, Farhana serta Radzlan yang mendengar penjelasan tersebut, dengan muka tegak bersetuju dengan penjelasan aku. Sambil mengeluh dan bermuka tegak, mereka pun berkata "nak buat macamana, marilah kita berjalan ke sana".
Maka dengan 'berat hati', kami pun mulalah berjalan.
Muka tegak Radzlan di Leboh Ampang membelakangi FRU Abang-abang polis mencari orang untuk ditangkap di CMMuka tegak Farhana di PuduPara demonstran di depan Kotaraya menuju Dataran MaybankRakyat telah menawan Dataran MaybankLari sekejap lepas disembur dan dilontar gas pemedih mata, tapi lepas tu mereka datang semulaKami 'berjaya' mendapatkan kereta Farhana, selepas itu dengan bantuan beberapa abang FRU, kami berjaya keluar dari situ. :(
Para demonstran dari arah KL Sentral ke StadiumItu je pengalaman aku. Lepas tu, aku 'lepak' balai sampai tengah malam. Memula PULAPOL, lepas tu Maktab Polis Cheras (Kompleks FRU), lepas tu Balai Polis Jinjang.
Demonstran yang baru dibawa ke PULAPOLOrang Gilak memberi penjelasan tentang situasi semasa kepada loyars yang baru tibaOrang Gilak berlagak 'cool' dan menahan bengang selepas dilarang masuk berjumpa anakguamSuasana di depan PULAPOLSemuanya demi merayakan hak berhimpun. Hak asasi. Jadi, walaupun kami tak sampai stadium, boleh tak aku kata yang kami masih sebahagian dari sejarah 9 Julai 2011? Boleh kan?