Peguam-peguam Harapanku

Sejak akhir2 ni, nama Majlis Peguam atau lebih dikenali sebagai Bar Council sangatlah 'gemilang'. Kerjaya sebagai peguam juga makin 'bersinar-sinar'. Bermula dari acara "Walk For Justice", penangkapan beberapa orang peguam ketika Hari Hak Asasi Manusia 2007, beberapa siri perhimpunan rakyat yang mana para peguam menjadi tulang belakang, beberapa kenyataan media yang best dan tak best, forum-forum yang kontroversi, bom tepi tangga, semua ada tempias Majlis Peguam. Pendek kata, glemer dan femes lah Majlis Peguam ni.

Kini, hari pemilihan ahli2 majlis Majlis Peguam untuk 2009/2010 makin hampir. 23 orang peguam sedang bertanding. Masing dengan cara tersendiri. Masing2 ada strategi. Ada gaya. Cuma 12 orang saja yang boleh dipilih. Siapa agaknya yang bakal menerajui dan memimpin Majlis Peguam supaya kekal gemilang dan bersinar-sinar? Entahlah. Yang penting, pilihan-pilihan saya adalah seperti di bawah:-


ANDREW KHOO CHIN HOCK

Susuk ini adalah naib pengerusi Jawatankuasa Hak-hak Asasi Majlis Peguam. Beliau seorang yang 'cool' dan tak banyak songeh. Bila kita ajak buat sesuatu seperti berdemo, berdebat, bermeja bulat, ber 'remand hearing', menghadiri makan2, dia 'on' ajer. Ini tandanya beliau seorang yang serba boleh. Walaupun saya dan Andrew berbeza pendapat dalam beberapa perkara seperti isu FTA dan AUKU, tapi saya masih rasa senang dengan beliau sebab sikapnya yang tak banyak songeh itu. Beliau juga tak suka mengumpat dan berkawan dengan semua orang. Tambahan, sikap beliau yang 'low profile' sangat disenangi bukan sahaja oleh para peguam, tetapi juga aktivis2 NGO yang pernah bertemu dengan beliau. Seperti yang dikatakan oleh Encik S (bukan nama sebenar) dari pertubuhan A (bukan pertubuhan sebenar) kepada saya, Andrew sangat sesuai memimpin Majlis Peguam kerana sikapnya itu.



CECIL RAJENRA

Dalam ramai2 calon. Cecil adalah yang paling femes. Beliau adalah salah seorang pengasas Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam. Saya mula mengenali beliau kira2 1 tahun dulu. Waktu tu, saya sedang membantu Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur menganjurkan satu 'ceramah undang-undang' di Bau2 Cafe. Saya tak tahu pon beliau adalah pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kebangsaan kerana penampilannya yang sangat sempoi dan 'cool'. Ketika itu beliau memakai seluar jeans dan baju tanpa lengan kegemarannya (sila lihat gambar) sambil mendengar 'ceramah' dari jauh. Kemudian, saya nampak tuan punya kafe, Isham, mendekati Cecil dan berborak-borak dengan beliau. Kata Isham, Cecil ni penyajak terkenal. Masa di London dulu, orang ramai sanggup bayar untuk dengar Cecil bersajak. Kagum betul saya! Sehingga kini, Cecil masih menerajui Pusat Bantuan Guaman Kebangsaan dan walaupun sudah femes, Cecil masih menjadi peguam sukarela bagi rakyat2 yang tidak mampu untuk mengupah peguam. Saya juga percaya yang Cecil adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tidak akan "menghabiskan beras" Majlis Peguam. Contoh yang paling ketara adalah beliau (yang beramal sebagai peguam di Pulau Pinang) hanya akan bermalam di tempat penginapan murah berhampiran Petaling Street jika menghadiri mesyuarat Majlis Peguam. Beliau juga sedang sibuk merancang Gala Dinner bagi mengutip dana untuk Pusat Bantuan Guaman. Yang paling saya suka, Cecil sangat percaya dengan kebolehan peguam2 muda dan sentiasa memberi kata2 semangat kepada kami. Oh ya, saya ada sebut tak yang beliau adalah penerima anugerah "Malaysian Lifetime Humanitarian Award" bagi tahun 2005?

EDMUND BON TAI SOON

Hmmm. Apa saya nak kata tentang beliau yah. Hmmmm. Errrrr. Zzzzzzz. Baiklah. Saya mula kenal Edmund sejak saya menjadi budak 'intern' di SUARAM dulu. Waktu tu, saya tak suka beliau sebab suara dia sangat kuat dan menakutkan. Nasib baik dia datang ofis SUARAM sekali sekala jer. 3 tahun selepas itu, beberapa bulan sebelum saya tamat belajar undang-undang, saya jumpa beliau semula di majlis pelancaran laporan tahunan SUARAM. Waktu tu saya tak ingat nama beliau. Yang saya ingat, mulut dia pok-pek-pok-pek dan berbau mihun goreng. Ketika saya ber'chambering', saya telah TER'chambering' di firma beliau selama 9 bulan. Beliau sangat garang dan sangat tak 'human rights'. Selalu buat saya kerja sampai lewat malam dan hujung minggu, tapi tak pernah belanja saya makan. Bila saya dapat tahu yang beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia Majlis Peguam, saya rasa nak pengsan. Selepas saya tamat 'chambering' dan mula beramal sebagai peguam sepenuh masa, saya mula menyertai Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia Majlis Peguam. Tapi waktu tu saya bukan budak 'chambering' lagi. Jadi saya tak takut dengan Edmund dah. Lagipun, dalam bilik konferen tu ada mikrofon. Kalau Edmund cakap kuat2 dengan saya, saya pun boleh. Saya rasa sangat puas hati bila bergaduh dengan beliau. Saya nak balas dendam selama 5 tahun beliau buat saya takut dengan beliau. Tapi, bila saya makin mendewasa, saya mula nampak sifat2 'positif ' Edmund. Bayangkan, kalau satu jawatankuasa ada 60 org dengan 60 perangai, kita mesti ada seorang ketua yang suka cakap kuat2, keras kepala, tak mudah dipengaruhi org dan berkulit tebal. Edmund ni, kalau saya kutuk dia sepuluh kali pon, sepuluh kali dia akan senyum pada saya. Dan, beliau juga dah pandai belanja saya sikit2 (teh tarik jer? ceh!). Bila beliau kena tangkap masa Hari Hak Asasi Manusia 2007, saya ada menyimpan sedikit rasa bersalah, sebab penangkapan beliau adalah ekoran dari demo jalanan yang dianjur dan disertai saya. Sehingga kini, kata-kata beliau "Ini kita punya! Ini kita punya!" masih terngiang-ngiang di telinga saya. Saya rasa, Edmund perlu dikekalkan sebagai ahli majlis, sebab dalam satu pertubuhan, kita mesti ada seorang pemimpin yang suka cakap kuat2, keras kepala, tak mudah dipengaruhi orang dan berkulit tebal, baru kerja boleh jalan. Cuma, saya harap beliau hentikan bercakap ketika sedang mengunyah bihun goreng.

H.R. DIPENDRA

Dipendra adalah ketua peguam muda Kuala Lumpur selama 2 penggal. Beliau seorang yang peramah. Beliau ni sangat aktif, dan berdedikasi dalam program2 yang melibatkan aktiviti dan kebajikan peguam2 muda, sampai saya sendiri kurang pasti bila masanya beliau tidur. Seperti Andrew, beliau adalah seorang peguam yang tak banyak songeh. Bila beliau rasa sesuatu kerja perlu dibuat, beliau akan buat. Pendek kata, beliau bukanlah dari golongan peguam yang 'cakap banyak, habuk pun tarak'. Sikapnya yang sangat bertenaga itu telah membuatkan orang2 di sekeliling beliau rasa bersemangat. Saya sangat percaya bahawa jika beliau memimpin Majlis Peguam, semangat beliau itu akan ditempiaskan kepada peguam2 yang lain, terutama peguam muda. Jadi Majlis Peguam akan menjadi satu pertubuhan yang lebih aktif dan lebih bersemangat. Beliau juga adalah seorang yang jujur dan percaya pada kebolehan orang lain. Paling penting, beliau sangat percaya pada saya, walaupun saya telah menipu beliau bahawa saya dan seorang rakan adalah adik-beradik tiri hanya kerana nama bapa kami serupa.


HAJI SULAIMAN BIN ABDULLAH

Saya sangat suka susuk ini. Pada saya, beliau sangat 'cool'. Walaupun beliau sangat femes, tapi beliau tidak sombong. Beliau telah menjadi peguam selama lebih dari 39 tahun. Saya ulang, TIGA PULUH SEMBILAN TAHUN! Beliau ialah 'mover' saya ketika upacara perlantikan saya sebagai seorang peguam. Beliau sangat suka dengan anak2 muda yang sanggup berjuang demi hak dan keadilan. Kesimpulannya, beliau suka saya (muahahaha). Beliau juga adalah seorang guru dan pemimpin yang baik. Di bawah tunjuk ajar beliau, beliau telah berjaya mendidik dan membentuk beberapa orang peguam muda terkemuka tanah air. Beliau juga seorang yang 'low-profile' dan suka hidup sederhana walaupun beliau tahu beliau femes. Walaupun Tuan Haji Sulaiman nampak serius, tapi beliau sebenarnya seorang yang sangat kelakar. Beliau pernah berlawak dengan bapa saya- Tuan Haji: "Tahu tak kenapa peguam kena pakai jaket dan robe?" Bapa saya: "Tak tahu, kenapa?" Tuan Haji: "Sebab Mahkamah sangat sejuk. Ha ha ha!" Hermm.

YEO YANG POH

Ini juga adalah satu susuk peguam yang saya suka. Beliau beramal sebagai peguam di Johor. Setiap kali ada acara di Majlis Peguam, beliau akan turun padang dengan 'beg sekolah' beliau. Saya rasa itu sangat comel. Beliau juga sangat berjiwa rakyat dan tak banyak songeh. Saya masih ingat ketika Majlis Peguam menghantar wakil untuk menjadi pemerhati perhimpunan Bersih kira2 setahun yang lalu, beliau bersama-sama kami berjalan kaki dari Leboh Ampang hingga ke Istana Negara. Kemudian, kami melepak pula di kedai mamak. Dari segi etika kerja pula, beliau seorang yang sangat professional. Ketika bermesyuarat, beliau seringkali memberi idea2 yang bernas dan berfaedah. Beliau juga akan memastikan semua perkara berjalan dengan lancar dan tersusun. Paling saya suka, beliau hanya akan bercakap bila perlu dan prinsip beliau tentang hak, kebebasan dan keadilan sangat jelas dan tidak mengelirukan. Beliau adalah contoh jelas seorang pemimpin yang 'cakap serupa bikin'.

ZARIZANA ABDUL AZIZ

Pada pandangan mata saya, Zari adalah seorang peguam yang 'cool'. Beliau tak banyak cakap, tapi sumbangan beliau kepada Majlis Peguam dan perjuangan hak-hak wanita adalah sangat banyak. Selain daripada menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Hak-hak Asasi Majlis Peguam, beliau juga adalah presiden WCC (Women's Crisis Centre) di Pulau Pinang. Saya sangat suka dengan WCC kerana program mereka yang bernama OK TAK OK, iaitu satu program kesedaran gangguan seksual khusus untuk kanak-kanak sekolah adalah sangat berkesan. Malah, program itu telah ditiru oleh saya dan kawan2 di Kuala Lumpur (dengan kebenaran WCC). Beliau adalah contoh wanita berdikari, berkebolehen, berani dan tahu apa yang beliau buat. Bila-bila masa saja, beliau boleh tendang bontot (kick ass) ahli2 lelaki yang mendominasi Majlis Peguam. Beliau MESTI menjadi ahli Majlis Peguam sebab setiap kali saya melihat beliau, saya rasa suka dan bersemangat.

Sekarang, semua orang tahu siapa yang saya undi sebagai ahli2 Majlis Peguam sesi 2009/2010. Saya harap, tulisan saya yang panjang berjela ini berjaya mempengaruhi peguam2 lain yang belum mengundi. Atau, kalaupun anda tidak suka, sekurang2nya saya telah menaikkan semangat anda untuk mengundi orang lain. Sekurang-kurangnya, anda menjalankan tanggungjawab anda untuk mengundi kerana itu adalah hak anda. Jadi, selamat mengundi!



17 komen:

rawsktar berkata...

panjang nak mampus. selamat mengundi je la.

Fiquelicious berkata...

berdasarkan ko tuluih, dorang ni lebih baek dari peguam-peguam fofular yang lain kan?

haha, aku wakilkan ko untuk undi aku.

haha.

Desmond Ho berkata...

kunyah sambil bercakap? Ni tak boleh ni..Mak aku ajar beradab dan sopan bila nak makan..

Tapi I dah boleh anticipate his reply.."it's my human rights". Teringat pula cerita chambering student dari Melaka yang terserempak dengan si dia ni merokok kat tempat yang dilarang merokok..bila ditanyakan boleh ka merokok apabila jelas ada larangan, dia menjawab "it's my human rights"..geli hati aku

amicus curiae berkata...

hahahahaa lawak betul,especially on edmund!!!

personally, i think the ones your campaigning are the ones yang mmg ada proven track record (dan aku tidak biased)

happy voting!

Shanmuga K berkata...

hahaha. saya pun tertipu dengan cerita adik tiri tu ;)

Although I think Cecil, Haji and YYP are all excellent people dedicated to human rights, I think as a matter of principle that people should not occupy positions of power for too long.

So I have a 5 year rule - After serving 5 years, you must take a break before coming back in. Haji still qualifies under this rule, I think but is disqualified by my second rule: once you have served as President of the Bar, you should not stand again for election.

I once tried to get a resolution passed (I am purposely not using the icky phrase "move a motion" ;) to codify these rules as a convention of the Bar, but it was defeated at the AGM. So it remains my personal rule of thumb when voting.

But I fully endorse Zari - she is totally cool!

Bon and Dipen .. i suppose can give them a chance lah.. ;)

Shanmuga

Sasha Lyna berkata...

yes..mari vote..pls..pls..anta balik ballot paper yer..tick yang mana sesuai sahaja!!seperti yg direkomen kan oleh cik pus pus ini mahupun saya di blog sy..cheh!

n puspa, thnx sbb letak gmbr2 yg lg cun dr yg ade kt bar website..!!

rawsktar berkata...

alamak. ramainye rakan2 loyar. selamat mengundi loyar2 sekalian.

OrangGilak berkata...

muess kess kess (rasa kuat)

rahmat haron berkata...

kerana alasan2 peribadi...aku sokong peguam muda budiman dan berwajah manja - Edmond...

tuan haji...perlu sokong gak ler..

tapi aku bukan loyar pun...loyar buruk pun tak lepas agaknya...ha..ha

kepada loyar2 pengundi selamat mengamalkan hak mengundi anda semua sebelum nanti majlis peguam dipilih anggotanya oleh UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION
mcm haki gak

Tanpa Nama berkata...

I think all of you are a bunch of confused wankers except for puspa that is.

Trapped in that narrow middle class intellect of yours, you believe you are the solution to the political bankruptcy of the country?

Like i said. Bunch of wankers.

The walk of justice? piss off. Almost 90 percent of you merely thought it was cool innit?

You can deceive your peers, but not me.

zeqin berkata...

Saya sokong 3 peguam yg saya pernah jumpa.

Andrew Khoo,
Edmond Boo,
Yeoh Yin Poh.

Selamat mengudi, peguam-peguam.

Perjuangan menegak dan memulihan sistem kehakiman!

Nikeda berkata...

ahahaha... edmund berwajah manja... neway, happy voting. pls exercise ur rights and prove to all that we are not ALL just "confused wankers".. :)(well, maybe some are)

Amin Iskandar berkata...

Mengapa Latifah Koya tak bertanding?

OrangGilak berkata...

mmm... satu soalan yang agak menarik tu

Amin Iskandar berkata...

Dengan tiadanya pemimpin peguam seperti Latifah Koya, zaman gelap akan menyelubungi Majlis Peguam....

Kepada peguam-peguam, jika masih ada kesempatan, paksalah Latifah Koya untuk bertanding.....

amicus curiae berkata...

hm.bullseye question:kenapa kak lat tak bertanding,kan?

hehe saya sokong dan offer diri sendiri untuk berkempen untuk beliau (hahaha) kalau kak lat nak bertanding.

Bring some MORE change!

Unknown berkata...

selamat mengundi, semoga pertandingan ini tidak menyebabkan perpecahan :)