Loyar Burok yang Gilak?

Pada hari Sabtu semalam, Loyarburok.com telah melancarkan bilik gerakannya yang dinamakan Pusat Rakyat LB. Hari itu juga dikenali sebagai Ops P.I.S.A.N.G. (People's Initiatives for Social Activation & New Governance). Ia bertempat di Bangsar Utama, di kawasan rumah kedai. Lokasinya agak strategik kerana berhampiran dengan stesen elarti dan tempat letak kereta yang murah. Kedudukannya di tingkat teratas rumah kedai tidak menghalang orang ramai daripada memanjat tangga. Lagipun, pusat gerakan tersebut terletak betul-betul di atas sebuah rumat urut. Kalau kaki anda lenguh2 sebab kena naik tangga, anda bolehlah berurut di rumah urut tersebut.

Acara perasmian adalah agak meriah dan ramai orang yang hadir memberikan sokongan. Buah pisang diberikan secara percuma sebagai tanda simbolik. Saya bertemu dengan ramai kawan-kawan peguam dan aktivis. Ada juga orang-orang yang saya tak pernah jumpa sebelum ini. Itu adalah satu perkembangan yang sihat kerana nampaknya aktivisme telah berjaya dikembangkan sehingga ke golongan yang mungkin sebelum ini tidak tahu perkembangan semasa (yeaaah tengoklah cikgu, saya berjaya menggunakan perkataan 'kembang' sebanyak 3 kali dalam satu ayat!)


Antara hadirin-hadirat


Orang Gilak diapit oleh Fahmi Fadzil dan Andrew Khoo. Di belakang ialah Danny Lim dan Tricia Yeoh (Gambar oleh King Cai)

Selain daripada acara cakap-cakap, sebuah dinding juga disediakan untuk diconteng. Ruang tersebut dinamakan Coretan Dinding sempena lagu Coretan Dinding oleh Iwan Fals. Saya suka Iwan Fals. Tapi, entah kenapa setiap kali saya dengar lagu Coretan Dinding, saya rasa lagu itu tidak lengkap kalau kita tak dengar bersama lagu Langit Makin Gelap oleh Meor. Entahlah (harap-harap lepas ni tak kena lahar dengan peminat Iwan Fals hehe).




Di bawah perkataan 'Resah' itu ialah coretan Orang Gilak pula


Sasha meninggalkan pesanan daripada Lawyers for Liberty untuk LoyarBurok


Orang Gilak dan Sasha, gambar asal daripada kamera polaroid Seira


Ambil gambar dengan Uncle Ed salah seorang pengasas Loyarburok.com


Orang Gilak bersama Oysim

Selain daripada acara cakap-cakap dan menconteng dinding, ada juga acara nyanyian dan khabarnya ada juga pop kuiz. Tapi masa tu, saya belum bangun tid.. ooops saya ada hal.

Selamat maju jaya kepada Loyar Burok!

Takde Kaitan

Tadi ketika melayari FB, aku terbaca satu artikel yang dipautkan oleh seorang kawan dari YahooMalaysia, iaitu cerita Mahkamah JB di Cyberport yang kononnya berhantu dan mengganggu pegawai-pegawai Mahkamah di situ.

Ia buat aku seram sejuk sebab aku baru je pergi ke sana semalam, dan aku akan pergi lagi pada minggu depan dan minggu seterusnya. Cis cis cis

Aku juga terbaca artikel mengenai virus yang sedang menyerang sebuah pusat latihan polis hingga menimbulkan banyak tanda tanya dan spekulasi dari manakah punca virus tersebut.

Bila bercerita tentang pusat latihan dan hantu, aku sebenarnya mempunyai kenangan tersendiri bila digabungkan kedua-duanya.

Masa sekolah dulu aku pernah pergi perkhemahan yang dibuat di salah sebuah pusat latihan. Yang mana satu tak ingat. Yang aku ingat ialah:-

1) 2-3 hari pertama perkhemahan, ada peserta yang dihantar balik kerana jatuh sakit dan histeria, kononnya kerana mereka petik buah kat pokok penunggu. Puaslah orang-orang kat sana pesan supaya kami tak petik buah-buahan kat situ. Lepas tu mereka juga pesan supaya budak perempuan tak sidai sepender waktu malam, sebab nanti 'benda' tu marah bila dia terlanggar sepender budak perempuan masa lalu kat situ. Yang aku tak paham ialah kenapa 'benda' tu marah kat sepender budak perempuan je.

2) Para peserta cipta mitos sendiri kononnya kat kawasan tu ada binatang buas jadian sebab malam-malam bila kami tidur, ada bunyi cam binatang mendengus dengan sangat kuat hinggakan kami ambil keputusan untuk berjaga bergilir-gilir supaya tidak diserang. Tapi rupa-rupanya itu ialah bunyi dengkuran yang sangat luar biasa kuatnya daripada salah seorang senior sekolah kami. Perkara itu hanya disedari oleh kami bila pada suatu hari, beberapa orang daripada kami telah tidur semalaman di rumah senior tersebut dan bunyi itu datang kembali. Cis cis cis sekali lagi.

Itu je nak cerita. Selamat malam.

p/s Terbaca kisah virus selsema yang sedang menyerang di Ipoh. Harap semuanya selamat. Begitu juga dengan para pelatih pusat latihan polis yang sedang dirawat.

Ketot

Sekarang orang tengah sibuk berbincang tentang malapetaka yang berlaku di Jepun. Terkejut, menakutkan, sedih dan menginsafkan.

Tapi ada juga yang sempat buat lawak bodoh. Yang beri kenyataan bodoh pun ada.

Pesan aku pada kawan-kawan ialah berpada-padalah ketika mengeluarkan kenyataan atau memberi respon kepada isu semasa, terutama sekali bila ianya melibatkan kematian dan sensitiviti masyarakat.

Merapu

Ada banyak benda yang aku nak tulis tapi tatau nak mula dari mana. Aku salahkan Twitter sebab bila dah tulis semua kat Twitter, adalah sangat payah nak menulis semula di blog sebab aku bukan jenis yang suka menulis perkara yang sama 2 kali. Tapi tadi aku terima satu emel yang aku rasa perlu dijawab secara terbuka melalui belog ini. Maka inilah dia:-

Aku rasa kebanyakkan pembaca belog ni ialah pelajar undang-undang. Correct me if I'm wrong, tapi ni ialah penilaian yang aku buat sendiri berdasarkan emel-emel yang aku terima daripada bebudak law yang minta pendapat aku bila diorang nak buat esaimen. Korang sangat comel.

Golongan pembaca kedua ialah bebudak yang terlibat dalam aktivism, tak kiralah aktivis hak mahasiswa atau hak asasi atau politik sekalipun. Ni pulak berdasarkan artikel-artikel di dalam belog ni yang dimuat naik semula oleh bebudak ni di dalam Facebook page masing-masing. Bebudak ni pun nampak kiut-miut je bila emel aku bagitau nak buat demo la apa la pastu minta pendapat.

Golongan ketiga ialah kawan-kawan sendiri. Mereka baca belog aku lepas tu jadikan bahan gurau masa lepak. Aku taknak kata korang kiut sebab nanti korang perasan.

Golongan-golongan lain pun ada, tapi susah aku nak tahu sapa korang kalau komunikasi kita hanya komunikasi satu hala saja, iaitu pembaca tanpa respon. Tapi itupun membuatkan korang nampak comel gak, sebab orang pendiam ni misteri.

Tapi itu cerita lain.

Yang aku nak jadikan bahan kali ni ialah golongan lelaki gersang. Weh walaupun aku letak status 'single' dalam Facebook dan aku nampak seperti ada banyak masa nak buat benda-benda lain, tapi toksahlah beri respon dengan menghantar emel-emel yang tah apa-apa, terutamanya emel ajak kawen. Geli dan tak comel langsung.

Aku tak kisah add kawan-kawan baru dalam FB bila mereka kata mereka baca belog ni atau artikel di MKini, seronok juga borak-borak pasal isu semasa atau bergossip tapi bila dah nak ajak chatting ala-ala 'a/s/l please', itu ialah geli ye.

Adalah agak mudah nak detect mereka-mereka ni. Ayat-ayat taipan mereka selalu diakhiri dengan noktah lebih daripada satu '.....' konon-konon romantik la tu. Weekk uweekkk.

Susahnya nak buat ayat penutup untuk posting yang semacam ini. Dan aku salahkan Twitter sekali lagi.

LaFoLi

Minggu lalu pada 12hb Februari 2011, Lawyers for Liberty telah secara rasminya melancarkan bilik gerakannya di Petaling Jaya. Ianya dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Encik Ragunath Kesavan.


Ragu yang hensem sedang memberi ucapan perasmian

Siapa itu Lawyers for Liberty? Kalau nak tahu, klik sini

Pendek kata, Lawyers for Liberty ni ialah sekumpulan aktivis peguam dan aktivis bukan peguam Malaysia yang buat kes-kes hak asasi manusia dan bergerak secara berkumpulan.

Sebelum pelancaran bilik gerakan tersebut, dan sebelum nama LFL direka, LFL sudahpun beroperasi secara tidak rasmi selama lebih setahun tetapi hanyalah sebagai geng-geng sahaja. Ada juga beberapa orang manusia yang bertanya kepada saya samada LFL ini ialah serpihan kumpulan peguam yang tidak berpuas hati dengan Pusat Bantuan Guaman. Jawapannya tidak. Kami masih lagi melakukan kerja-kerja sukarela di Pusat Bantuan Guaman. LFL bukan alternatif kepada Pusat Bantuan Guaman. Kes-kes yang dikendalikan dan cara kerja ialah berbeza.

Pusat Bantuan Guaman ialah anak cabang kepada Majlis Peguam yang mana semua peguam termasuk kami ialah ahlinya. Ia memberi tumpuan kepada orang awam yang berpendapatan rendah dan tidak mampu melantik peguam. LFL pula ialah NGO yang terdiri daripada peguam dan aktivis yang menumpukan terhadap perjuangan hak-hak asasi manusia melalui saluran lain selain daripada mahkamah. Oleh itu sila jangan berspekulasi dan bergossip. Berdosa.

Buat masa kini, LFL hanya memberi tumpuan kepada kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa polis dan pihak berkuasa serta kes-kes imigran dan pelarian.

Majlis pelancaran pada 12.2.2011 tersebut adalah sangat meriah kerana ia dihadiri oleh rakan-rakan aktivis hak asasi manusia, peguam-peguam daripada Majlis Peguam, Pusat Bantuan Guaman, Loyar Burok dan juga ahli keluarga mangsa-mangsa penyalahgunaan polis seperti keluarga Aminul Rasyid dan Azam. Ia juga diserikan dengan persembahan daripada kumpulan 23:59 dan juga deklamasi puisi daripada abang Pyanhabib (yang menghabiskan 15 minit pertamanya mengutuk aku sebab memandu sangat perlahan. bwek). Abang Pyan juga mencadangkan supaya singkatan Lawyers for Liberty iaitu LFL diubah kepada LaFoLi sebab lebih senang untuk disebut :p


Antara tetamu yang hadir


Abang Pyan sedang mengutuk aku


Bergambar dengan aktivis-aktivis mahasiswa


Zunar sedang memberikan 'hint' di manakah terletaknya bilik gerakan


Kek pelancaran yang sangat sayang hendak dimakan

Sekali-sekala bila sedang melayari internet tu, jangan lupa jenguk-jenguk ke sini untuk isu-isu semasa dan perkembangan terbaru LFL/LaFoli, ya?

Keselamatan Dalam Ngeri

*Selalunya aku tidak akan memuatnaik artikel daripada laman web lain yang baru disiarkan selama sehari demi untuk memberi keadilan kepada laman web asal, tapi kerana ini perkara mustahak dan segera, jadi aku paparkan di sini. Terima kasih kepada editor MerdekaReview.com sebab beri kebenaran*

"...Ya, memang ada orang ramai yang menyokong perbuatan pihak polis tersebut. Mengapa itu terjadi? Ia adalah kerana setiap kali selepas kejadian, pihak polis akan mengklasifikasikan mangsa-mangsa kejadian sebagai "penjenayah". Antara jenayah yang paling popular dan acapkali digunakan oleh pihak polis ialah rompak. Oh ya, tidak ketinggalan juga "jenayah" mengundurkan kereta dan oleh itu mangsa memang layak menerima tembakan.

Dan jangan lupa dengan aksesori penting para penjenayah ini, iaitu parang atau pisau panjang yang selalunya diletakkan di dalam bonet kereta dan bawah tempat duduk motosikal. Nampaknya parang ialah aksesori yang paling bergaya sepanjang tahun 2010 kerana ia dibawa ke mana-mana oleh remaja belasan tahun, ibu-ibu tunggal dan juga pelajar kolej. Yang paling mengkagumkan, pihak polis kita mempunyai mata "super" atau mungkin juga alat teropong x-ray yang boleh mengesan kedudukan dan kewujudan parang dan pisau ini walaupun ia dikatakan disimpan di bahagian dalam bonet kereta atau motosikal yang tertutup...

Pada pukul 10 pagi 8 Januari 2011 ini, kumpulan Peguam untuk Kebebasan (Lawyers for Liberty) akan menyerahkan satu memorandum protes kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi mendesak pihak polis mempercepatkan proses siasatan terhadap kes tembakan di Glenmarie dan seterusnya mendedahkan kepada umum hasil siasatan tersebut demi keadilan kepada para mangsa dan juga ahli keluarga mereka. Jika benar kejadian adalah seperti yang didakwa, maka kita secara adil telah memberikan penutup kepada tanda tanya setiap ahli keluarga. Tetapi jika tidak, maka wajiblah pihak polis untuk meminta maaf secara umum kepada semua ahli keluarga dan rakyat Malaysia dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab..."

Sila baca artikel penuh di sini.

Kenangan


"...Tinggal beberapa jam lagi sebelum rumah dirobohkan. Kami semua menunggu di depan rumah. Saya buat mimik muka segarang mungkin untuk 'bergaduh' dengan pihak DBKL yang akan datang bersama dengan jentolak..."

Cerita penuh boleh dibaca di sini.

P/S: Tajuk artikel macam takde kena mengena dengan cerita lah, encik editor :p