Loyar Burok yang Gilak?

Pada hari Sabtu semalam, Loyarburok.com telah melancarkan bilik gerakannya yang dinamakan Pusat Rakyat LB. Hari itu juga dikenali sebagai Ops P.I.S.A.N.G. (People's Initiatives for Social Activation & New Governance). Ia bertempat di Bangsar Utama, di kawasan rumah kedai. Lokasinya agak strategik kerana berhampiran dengan stesen elarti dan tempat letak kereta yang murah. Kedudukannya di tingkat teratas rumah kedai tidak menghalang orang ramai daripada memanjat tangga. Lagipun, pusat gerakan tersebut terletak betul-betul di atas sebuah rumat urut. Kalau kaki anda lenguh2 sebab kena naik tangga, anda bolehlah berurut di rumah urut tersebut.

Acara perasmian adalah agak meriah dan ramai orang yang hadir memberikan sokongan. Buah pisang diberikan secara percuma sebagai tanda simbolik. Saya bertemu dengan ramai kawan-kawan peguam dan aktivis. Ada juga orang-orang yang saya tak pernah jumpa sebelum ini. Itu adalah satu perkembangan yang sihat kerana nampaknya aktivisme telah berjaya dikembangkan sehingga ke golongan yang mungkin sebelum ini tidak tahu perkembangan semasa (yeaaah tengoklah cikgu, saya berjaya menggunakan perkataan 'kembang' sebanyak 3 kali dalam satu ayat!)


Antara hadirin-hadirat


Orang Gilak diapit oleh Fahmi Fadzil dan Andrew Khoo. Di belakang ialah Danny Lim dan Tricia Yeoh (Gambar oleh King Cai)

Selain daripada acara cakap-cakap, sebuah dinding juga disediakan untuk diconteng. Ruang tersebut dinamakan Coretan Dinding sempena lagu Coretan Dinding oleh Iwan Fals. Saya suka Iwan Fals. Tapi, entah kenapa setiap kali saya dengar lagu Coretan Dinding, saya rasa lagu itu tidak lengkap kalau kita tak dengar bersama lagu Langit Makin Gelap oleh Meor. Entahlah (harap-harap lepas ni tak kena lahar dengan peminat Iwan Fals hehe).




Di bawah perkataan 'Resah' itu ialah coretan Orang Gilak pula


Sasha meninggalkan pesanan daripada Lawyers for Liberty untuk LoyarBurok


Orang Gilak dan Sasha, gambar asal daripada kamera polaroid Seira


Ambil gambar dengan Uncle Ed salah seorang pengasas Loyarburok.com


Orang Gilak bersama Oysim

Selain daripada acara cakap-cakap dan menconteng dinding, ada juga acara nyanyian dan khabarnya ada juga pop kuiz. Tapi masa tu, saya belum bangun tid.. ooops saya ada hal.

Selamat maju jaya kepada Loyar Burok!

0 komen: