Seni yang Berseni

Lagu dan video klip ini kutujukan khas buat Chi Too, videographer kegemaranku. Chi Too pernah berkata kepadaku "tujuan aku bikin seni ialah supaya orang yang melihatnya rasa bodoh kerana tidak memahaminya. Kadang2 orang lain akan meng'cover line' kebodohan mereka dengan mengubah maksud seni itu, sampai aku sendiri jadi tidak faham dengan seni ciptaanku sendiri!"



Diambil dari DominoRecords

P/s: Chi Too, bila kereta aku dah siap, kita pegi jalan2 cari kek!

Darah Kita Sama

Menyingkap persoalan mengapakah terjadinya krisis pertumpahan darah di Gaza. Adakah ianya isu agama semata? Siapa yang sebenarnya berhak terhadap tanah yang dianggap suci itu? Siapa tuan dan siapa penghuni haram? Siapa dalang di sebalik beberapa siri pembunuhan rakyat2 yang tidak berdosa? Apa peranan dunia Barat di dalam isu ini?

Sekiranya anda mahu tahu jawapannya, sila hadirkan diri ke Forum "Mitos dan Realiti dalam Penaklukan Palestin- Bukan Sekadar Perang Biasa". Butir2 selanjutnya adalah seperti di bawah:-

Tempat: Auditorium Majlis Peguam (belakang Pasar Budaya)
Tarikh: 9.1.2009
Masa: 8mlm-10mlm
Ahli Panel: Dr. Rosli Omar, Hishammuddin Rais, Dr. Farish A. Noor & Prof. Gurdial Singh Nijar.
Penganjur: The Malaysian Social Research Institute (MSRI), Cakap Rakyat Group dan Badan Peguam Malaysia.
Apa yang perlu anda bawa: Tak perlu jadi bijak baru boleh hadiri forum ini. Tapi pastikan datang dengan suara, kerana di dalam forum ini, anda digalakkan untuk bertanya sebanyak mana soalan yang anda suka kepada ahli2 panel. Pihak penganjur akan pastikan anda pulang dengan pengetahuan yang banyak!


Ah... bagusnya


Baru dapat khabar dari Indonesia. Rakan2 aku sedang sibuk di sana bagi menghadapi PEMILU 2009. Ada di kalangan rakan2 yang bertanding juga. Yang masih bergelar mahasiswa, sampai sanggup menunda pengajian hingga tahun depan. Pengorbanan yang suci dan direstui. Kalau di sini, mahasiswa dilarang langsung berpolitik sampai yang menyimpan risalah di bilik tidur pun akan dibuang dari asrama kolej. Kolot. Main kotor. Politik bodoh sombong. Politik Malaysia.

Ma'al Hijrah


Jum nyanyi ramai2:-

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam!
Untuk sepanjang zaman, untuk sepanjang zaman

Kawan Yang Aku Rindu

Aku ada seorang kawan. Nama dia Syukree. Kenal dia dah lama, sejak belajar di uni dulu.

Walaupun bukan satu uni, tapi Syukree ni aku kenal sebab dia aktif dengan FoodNotBomb (FNB) dulu. Kawan2 aku ramai yang aktif FNB, jadi aku pon kenal la dia.

Seperkara tentang Syukree, walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi ada beberapa sikap dan perangai dia yang aku rasa kelakar bila diingat-ingat. Antaranya:-

i. Nik dan aku dulu gelarkan Syukree "pokok", sebab cara dia sebut perkataan pokok kelakar bunyinya.
ii. Beliau suka 'provoke' orang dan ajak orang berdebat terutamanya dalam hal2 agama, politik dan sistem (dia kata dia tak percaya itu semua), tapi bila dia rasa akan kalah dalam debat, dia merajuk pulak.
iii. Ada sekali tu, aku marah Syukree sebab masa kami keluar tengok wayang ramai2, waktu malam, kebetulan Syukree duduk sebelah aku dan aku ada bau sesuatu, lepas tu dia kata dia belum mandi lagi haritu hahahah!

Syukree pernah "hilang" dari kalangan kawan2 selama hampir setahun. Dia pulang ke kampungnya di Terengganu. Tapi, beberapa bulan lepas, Syukree muncul kembali dalam hidup kami. Kali ni dengan imej dan ideologi baru, kali ni paksinya Islam.

Syukree kerja kembali dengan SK. Tapi, tak berapa lama kerja, ada beberapa insiden pulak berlaku:-

i. Masa Syukree keje dengan SK, dia pernah terkunci dalam pejabat, lepas tu dia ingat semua orang nak sabotaj dia. Esoknya, dia pegi curi dan sorok mangga pejabat tu, dan cuba kunci orang dari luar, tapi malangnya semua orang dah balik waktu tu hahahah!
ii. Setiap kali dia gaduh atau tak puas hati dengan orang, dia akan tulis dalam blog dan akan pastikan orang tu baca blog dia.
iii. Syukree ada 5 blog. Lepas kena marah dengan Kak Lat, dia tutup semua blog tu. Tapi lepas tu, dia buka lagi 7 blog baru hahahah!

Walaupun banyak pendapat Syukree yang aku tak boleh terima, tapi memang tak dapat dinafikan yang Syukree memang berani sebagai aktivis dan penulis blog serta wartawan bebas. Kena kejar dan tendang dengan polis pun dia tak takut. Selain SK, Syukree juga pernah menulis untuk Malaysia-Today dan Watan.
Syukree berdemo (sebelum "hilang")

Syukree kena tarik dengan polis

Lagi satu, Syukree akan buat perkara2 yang tak dijangka, contohnya macam demo solo yang dia buat hari Ahad lepas. Walaupun kawan2 (termasuk aku) tak sokong dia, dia tetap teruskan demo tu sorang2. Cuba tengok.

Beberapa minggu lepas, aku dan beberapa orang kawan ada sikit perselisihan faham dengan Syukree. Dia gaduh dengan hampir semua orang. Tapi, lepas tu, dia minta maaf dengan semua orang terbabit.

Mungkin aku tak pernah rapat dengan Syukree. Mungkin aku tak nak rapat dengan Syukree. Mungkin aku masih marahkan dia walaupun dia dah minta maaf. Tapi, aku tak akan lupa yang aku juga pernah bergelak ketawa dengan dia.

Pagi tadi, Syukree menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung. Aku dan semua kawan2 terkejut. Syukree baru 28 tahun. Syukree baru je berdemo Ahad lepas. Aku baru je jumpa Syukree Isnin lepas. Malam tadi, Syukree masih online. Pukul 830 pagi tadi, aku masih bercakap pasal Syukree dengan kawan masa sarapan. Pukul 930 pagi, Syukree menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Syukree, aku dah maafkan kau. Tapi, aku juga harap yang ko akan maafkan aku atas segala kesilapan. Aku akan rindukan kau sebagai seorang kawan yang unik.



Mari Bergambar

Minggu lepas, selama 3 hari berturut-turut bermula dari hari Jumaat, berlangsungnya Pameran Fotografi "Kerja-kerja Kebebasan" anjuran FAN Malaysia (Frederich Naumann Foundation Alumni Network) Malaysia.

Foto-foto yang dipamerkan adalah dari peserta-peserta pentandingan fotografi, yang mana foto yang dipertandingkan hendaklah bertemakan kebebasan. 13 foto-foto yang menang akan dimuatkan dalam kalendar 2009 yang akan diterbitkan oleh pihak penganjur.

Antara foto-foto yang menang ialah kepunyaan Black @ Amin Iskandar. Kenapa aku promosi foto dia? Sebab, model dalam foto itu ialah aku. Ngahahah. Sila skodeng di bawah.

Ya... akulah yang sedang melompat itu

Selain daripada pameran fotografi, persembahan deklamasi sajak dan nyanyian secara akustik oleh kawan-kawan juga diadakan pada sebelah malam.


Malam pertama, Black nyanyi, Meor back-up


Lepas tu, Rahmat menyelit dengan seorang pemain biola


Malam kedua, Meor nyanyi, Azmyl back-up. Lepas tu Azmyl pula nyanyi

Malam ketiga, aku tak datang.

Oh ya. Gambar2 di atas kuambil dari facebook Faisal Mustaffa. Faisal, sila halalkan :p

Peguam-peguam Harapanku

Sejak akhir2 ni, nama Majlis Peguam atau lebih dikenali sebagai Bar Council sangatlah 'gemilang'. Kerjaya sebagai peguam juga makin 'bersinar-sinar'. Bermula dari acara "Walk For Justice", penangkapan beberapa orang peguam ketika Hari Hak Asasi Manusia 2007, beberapa siri perhimpunan rakyat yang mana para peguam menjadi tulang belakang, beberapa kenyataan media yang best dan tak best, forum-forum yang kontroversi, bom tepi tangga, semua ada tempias Majlis Peguam. Pendek kata, glemer dan femes lah Majlis Peguam ni.

Kini, hari pemilihan ahli2 majlis Majlis Peguam untuk 2009/2010 makin hampir. 23 orang peguam sedang bertanding. Masing dengan cara tersendiri. Masing2 ada strategi. Ada gaya. Cuma 12 orang saja yang boleh dipilih. Siapa agaknya yang bakal menerajui dan memimpin Majlis Peguam supaya kekal gemilang dan bersinar-sinar? Entahlah. Yang penting, pilihan-pilihan saya adalah seperti di bawah:-


ANDREW KHOO CHIN HOCK

Susuk ini adalah naib pengerusi Jawatankuasa Hak-hak Asasi Majlis Peguam. Beliau seorang yang 'cool' dan tak banyak songeh. Bila kita ajak buat sesuatu seperti berdemo, berdebat, bermeja bulat, ber 'remand hearing', menghadiri makan2, dia 'on' ajer. Ini tandanya beliau seorang yang serba boleh. Walaupun saya dan Andrew berbeza pendapat dalam beberapa perkara seperti isu FTA dan AUKU, tapi saya masih rasa senang dengan beliau sebab sikapnya yang tak banyak songeh itu. Beliau juga tak suka mengumpat dan berkawan dengan semua orang. Tambahan, sikap beliau yang 'low profile' sangat disenangi bukan sahaja oleh para peguam, tetapi juga aktivis2 NGO yang pernah bertemu dengan beliau. Seperti yang dikatakan oleh Encik S (bukan nama sebenar) dari pertubuhan A (bukan pertubuhan sebenar) kepada saya, Andrew sangat sesuai memimpin Majlis Peguam kerana sikapnya itu.



CECIL RAJENRA

Dalam ramai2 calon. Cecil adalah yang paling femes. Beliau adalah salah seorang pengasas Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam. Saya mula mengenali beliau kira2 1 tahun dulu. Waktu tu, saya sedang membantu Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur menganjurkan satu 'ceramah undang-undang' di Bau2 Cafe. Saya tak tahu pon beliau adalah pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kebangsaan kerana penampilannya yang sangat sempoi dan 'cool'. Ketika itu beliau memakai seluar jeans dan baju tanpa lengan kegemarannya (sila lihat gambar) sambil mendengar 'ceramah' dari jauh. Kemudian, saya nampak tuan punya kafe, Isham, mendekati Cecil dan berborak-borak dengan beliau. Kata Isham, Cecil ni penyajak terkenal. Masa di London dulu, orang ramai sanggup bayar untuk dengar Cecil bersajak. Kagum betul saya! Sehingga kini, Cecil masih menerajui Pusat Bantuan Guaman Kebangsaan dan walaupun sudah femes, Cecil masih menjadi peguam sukarela bagi rakyat2 yang tidak mampu untuk mengupah peguam. Saya juga percaya yang Cecil adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tidak akan "menghabiskan beras" Majlis Peguam. Contoh yang paling ketara adalah beliau (yang beramal sebagai peguam di Pulau Pinang) hanya akan bermalam di tempat penginapan murah berhampiran Petaling Street jika menghadiri mesyuarat Majlis Peguam. Beliau juga sedang sibuk merancang Gala Dinner bagi mengutip dana untuk Pusat Bantuan Guaman. Yang paling saya suka, Cecil sangat percaya dengan kebolehan peguam2 muda dan sentiasa memberi kata2 semangat kepada kami. Oh ya, saya ada sebut tak yang beliau adalah penerima anugerah "Malaysian Lifetime Humanitarian Award" bagi tahun 2005?

EDMUND BON TAI SOON

Hmmm. Apa saya nak kata tentang beliau yah. Hmmmm. Errrrr. Zzzzzzz. Baiklah. Saya mula kenal Edmund sejak saya menjadi budak 'intern' di SUARAM dulu. Waktu tu, saya tak suka beliau sebab suara dia sangat kuat dan menakutkan. Nasib baik dia datang ofis SUARAM sekali sekala jer. 3 tahun selepas itu, beberapa bulan sebelum saya tamat belajar undang-undang, saya jumpa beliau semula di majlis pelancaran laporan tahunan SUARAM. Waktu tu saya tak ingat nama beliau. Yang saya ingat, mulut dia pok-pek-pok-pek dan berbau mihun goreng. Ketika saya ber'chambering', saya telah TER'chambering' di firma beliau selama 9 bulan. Beliau sangat garang dan sangat tak 'human rights'. Selalu buat saya kerja sampai lewat malam dan hujung minggu, tapi tak pernah belanja saya makan. Bila saya dapat tahu yang beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia Majlis Peguam, saya rasa nak pengsan. Selepas saya tamat 'chambering' dan mula beramal sebagai peguam sepenuh masa, saya mula menyertai Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia Majlis Peguam. Tapi waktu tu saya bukan budak 'chambering' lagi. Jadi saya tak takut dengan Edmund dah. Lagipun, dalam bilik konferen tu ada mikrofon. Kalau Edmund cakap kuat2 dengan saya, saya pun boleh. Saya rasa sangat puas hati bila bergaduh dengan beliau. Saya nak balas dendam selama 5 tahun beliau buat saya takut dengan beliau. Tapi, bila saya makin mendewasa, saya mula nampak sifat2 'positif ' Edmund. Bayangkan, kalau satu jawatankuasa ada 60 org dengan 60 perangai, kita mesti ada seorang ketua yang suka cakap kuat2, keras kepala, tak mudah dipengaruhi org dan berkulit tebal. Edmund ni, kalau saya kutuk dia sepuluh kali pon, sepuluh kali dia akan senyum pada saya. Dan, beliau juga dah pandai belanja saya sikit2 (teh tarik jer? ceh!). Bila beliau kena tangkap masa Hari Hak Asasi Manusia 2007, saya ada menyimpan sedikit rasa bersalah, sebab penangkapan beliau adalah ekoran dari demo jalanan yang dianjur dan disertai saya. Sehingga kini, kata-kata beliau "Ini kita punya! Ini kita punya!" masih terngiang-ngiang di telinga saya. Saya rasa, Edmund perlu dikekalkan sebagai ahli majlis, sebab dalam satu pertubuhan, kita mesti ada seorang pemimpin yang suka cakap kuat2, keras kepala, tak mudah dipengaruhi orang dan berkulit tebal, baru kerja boleh jalan. Cuma, saya harap beliau hentikan bercakap ketika sedang mengunyah bihun goreng.

H.R. DIPENDRA

Dipendra adalah ketua peguam muda Kuala Lumpur selama 2 penggal. Beliau seorang yang peramah. Beliau ni sangat aktif, dan berdedikasi dalam program2 yang melibatkan aktiviti dan kebajikan peguam2 muda, sampai saya sendiri kurang pasti bila masanya beliau tidur. Seperti Andrew, beliau adalah seorang peguam yang tak banyak songeh. Bila beliau rasa sesuatu kerja perlu dibuat, beliau akan buat. Pendek kata, beliau bukanlah dari golongan peguam yang 'cakap banyak, habuk pun tarak'. Sikapnya yang sangat bertenaga itu telah membuatkan orang2 di sekeliling beliau rasa bersemangat. Saya sangat percaya bahawa jika beliau memimpin Majlis Peguam, semangat beliau itu akan ditempiaskan kepada peguam2 yang lain, terutama peguam muda. Jadi Majlis Peguam akan menjadi satu pertubuhan yang lebih aktif dan lebih bersemangat. Beliau juga adalah seorang yang jujur dan percaya pada kebolehan orang lain. Paling penting, beliau sangat percaya pada saya, walaupun saya telah menipu beliau bahawa saya dan seorang rakan adalah adik-beradik tiri hanya kerana nama bapa kami serupa.


HAJI SULAIMAN BIN ABDULLAH

Saya sangat suka susuk ini. Pada saya, beliau sangat 'cool'. Walaupun beliau sangat femes, tapi beliau tidak sombong. Beliau telah menjadi peguam selama lebih dari 39 tahun. Saya ulang, TIGA PULUH SEMBILAN TAHUN! Beliau ialah 'mover' saya ketika upacara perlantikan saya sebagai seorang peguam. Beliau sangat suka dengan anak2 muda yang sanggup berjuang demi hak dan keadilan. Kesimpulannya, beliau suka saya (muahahaha). Beliau juga adalah seorang guru dan pemimpin yang baik. Di bawah tunjuk ajar beliau, beliau telah berjaya mendidik dan membentuk beberapa orang peguam muda terkemuka tanah air. Beliau juga seorang yang 'low-profile' dan suka hidup sederhana walaupun beliau tahu beliau femes. Walaupun Tuan Haji Sulaiman nampak serius, tapi beliau sebenarnya seorang yang sangat kelakar. Beliau pernah berlawak dengan bapa saya- Tuan Haji: "Tahu tak kenapa peguam kena pakai jaket dan robe?" Bapa saya: "Tak tahu, kenapa?" Tuan Haji: "Sebab Mahkamah sangat sejuk. Ha ha ha!" Hermm.

YEO YANG POH

Ini juga adalah satu susuk peguam yang saya suka. Beliau beramal sebagai peguam di Johor. Setiap kali ada acara di Majlis Peguam, beliau akan turun padang dengan 'beg sekolah' beliau. Saya rasa itu sangat comel. Beliau juga sangat berjiwa rakyat dan tak banyak songeh. Saya masih ingat ketika Majlis Peguam menghantar wakil untuk menjadi pemerhati perhimpunan Bersih kira2 setahun yang lalu, beliau bersama-sama kami berjalan kaki dari Leboh Ampang hingga ke Istana Negara. Kemudian, kami melepak pula di kedai mamak. Dari segi etika kerja pula, beliau seorang yang sangat professional. Ketika bermesyuarat, beliau seringkali memberi idea2 yang bernas dan berfaedah. Beliau juga akan memastikan semua perkara berjalan dengan lancar dan tersusun. Paling saya suka, beliau hanya akan bercakap bila perlu dan prinsip beliau tentang hak, kebebasan dan keadilan sangat jelas dan tidak mengelirukan. Beliau adalah contoh jelas seorang pemimpin yang 'cakap serupa bikin'.

ZARIZANA ABDUL AZIZ

Pada pandangan mata saya, Zari adalah seorang peguam yang 'cool'. Beliau tak banyak cakap, tapi sumbangan beliau kepada Majlis Peguam dan perjuangan hak-hak wanita adalah sangat banyak. Selain daripada menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Hak-hak Asasi Majlis Peguam, beliau juga adalah presiden WCC (Women's Crisis Centre) di Pulau Pinang. Saya sangat suka dengan WCC kerana program mereka yang bernama OK TAK OK, iaitu satu program kesedaran gangguan seksual khusus untuk kanak-kanak sekolah adalah sangat berkesan. Malah, program itu telah ditiru oleh saya dan kawan2 di Kuala Lumpur (dengan kebenaran WCC). Beliau adalah contoh wanita berdikari, berkebolehen, berani dan tahu apa yang beliau buat. Bila-bila masa saja, beliau boleh tendang bontot (kick ass) ahli2 lelaki yang mendominasi Majlis Peguam. Beliau MESTI menjadi ahli Majlis Peguam sebab setiap kali saya melihat beliau, saya rasa suka dan bersemangat.

Sekarang, semua orang tahu siapa yang saya undi sebagai ahli2 Majlis Peguam sesi 2009/2010. Saya harap, tulisan saya yang panjang berjela ini berjaya mempengaruhi peguam2 lain yang belum mengundi. Atau, kalaupun anda tidak suka, sekurang2nya saya telah menaikkan semangat anda untuk mengundi orang lain. Sekurang-kurangnya, anda menjalankan tanggungjawab anda untuk mengundi kerana itu adalah hak anda. Jadi, selamat mengundi!