Cik Puan Peguam

Pagi tadi, aku terima satu panggilan daripada seseorang yang nak minta bantuan guaman. Dari awal perbualan, beliau merujuk kepada aku sebagai "Cik Puan Peguam". "Nama saya Puspa," kata aku dengan sopan. "Oh maaf Cik Puan Peguam Puspa". "Er panggil saya Puspa je" kataku lagi. Lepas tu terus makcik tu mengelabah dan asyik tersasul memanggil aku sekejap "Cik Puan Puspa", sekejap "Cik Puspa Peguam", sekejap "Puan Peguam Puspa".

Apakah?

Bercakap dengan Fahmi



Beberapa hari lepas aku dijemput oleh Fahmi Fadzil untuk muncul dalam rancangan Fairly Current Show di Popteevee. Asalnya, dia minta aku untuk bercakap pasal kes Aminul, tapi aku kata tak boleh la sebab kes masih sedang berjalan. Jadi, dia minta aku bercakap pasal kes-kes lain dan pendapat aku mengenai beberapa situasi yang melibatkan polis. Aku pun setuju.

Katanya lagi rancangan itu berkonsepkan santai dan fokus pada anak muda. Jadi haruslah aku tidak serius sangat.

Tapi apa feedback yang aku dapat? Puspa tak serius dalam isu Aminul lah, Puspa taktau apa-apa dalam kes Aminul sebab aku peguam mudalah dan aku adalah bodoh sebab kata adik Aminul tak bersalah dan bukan penjenayah hanya kerana dia memandu tanpa lesen.



Yang salah tetap salah, benar tetap benar, dan pembunuh tetap pembunuh.

Tak sabarnya nak bawa kes ini ke muka pengadilan.

Nak tengok, sila klik sini.

Tak Bertajuk


Arwah adik Aminul dengan kawan baiknya beberapa hari sebelum kejadian pembunuhan oleh polis

Haruskah aku berkata apa-apa lagi?

Selam menyelami

Ramai orang ingat kalau sebut Perancis dan kapal selam 'together-gether', bunyinya macam Altantuya.

Sebenarnya ia lebih dari itu.

Duit cukai kita. Pembaziran tak bertempat. Korupsi.

Membazirlah bila kapal selam yang diberi tak boleh menyelam. Kan elok kalau komisen lebih RM500juta tu dibuat sekolah dan hospital (memetik kata Joseph Breham semalam).

Ok taknak komen lebih-lebih, kita tunggu siasatan habis dulu ek.


Dari kiri Moon Hui staf SUARAM, Joseph Breham loyar Perancis, Cynthia Pengarah SUARAM, Arumugam Pengerusi Sekretariat SUARAM dan OrangGilak penyebok (Thanks Andrew for the pic :))

Benci

Badan aku sakit. Dari ketiak sampai ke pinggang. Ni semua gara-gara menyusun semula semua perabot di dalam bilik tidur seorang diri. Motif? Nak letak katil betul-betul di bawah kipas. Cuaca yang panas berbahang buat aku tidur di atas lantai bawah kipas selama beberapa hari.

Kenapa baru sekarang nak susun? Sebab, aku tak ada masa. Masa tinggalkan aku jauh kebelakang. Asyik terkejar-kejar ke sana ke mari.

Keputusan SUHAKAM terhadap penangkapan aku dan 4 orang peguam yang lain tahun lalu diberikan Jumaat lepas. Kami menang. SUHAKAM kata pihak polis telah salah menangkap kami yang sedang menjalankan tugas dan perbuatan mereka itu adalah melanggar hak asasi manusia.

Adakah keputusan tersebut beri perubahan terhadap cara kerja polis?

Sejak pilihanraya kecil Hulu Selangor bermula, aku sudah sibuk berulang alik ke sana sebab asyik-asyik ada petugas pilihanraya PR yang ditahan polis. Aku malas nak cerita panjang lebar. Rasanya korang pun dah tahu apa yang berlaku.

Sabtu pagi aku ke sana seawal jam 7 pagi. Siang-siang sudah ada tangkapan. Tengah malam, kampung orang asli dikepung oleh sekumpulan orang. Kata penduduk tempatan, itu adalah taktik biasa setiap kali pilihanraya supaya mereka tidak boleh turun mengundi. Perlakuan polis ketika menangani perkara tersebut sangat mencurigakan.

Esoknya, Chegubard dan 5 orang petugas pilihanraya juga ditangkap. Yang kelakarnya, mereka datang ke balai polis unuk membuat laporan kerana mereka telah diserang dengan parang oleh penyokong BN. Tapi, mereka pula yang ditahan sehingga tengah malam. Murnie dan Fad bergaduh dengan Superintendan yang mengendalikan kes itu sehingga mereka membuat laporan polis.

Belum sempat aku merehatkan fizikal dan mental, tiba-tiba semalam aku dapat panggilan telefon dari seorang rakan yang meminta bantuan untuk keluarga kawannya. Seorang budak lelaki berusia 15 tahun, mati ditembak polis. Selepas makan malam, aku dan 5 orang peguam lain yang kebetulan berada bersama aku bergegas ke Shah Alam rumah keluarga mangsa. Nasib baik salah seorang peguam itu ialah Suren. Suren adalah pakar di dalam kes-kes yang melibatkan salahguna kuasa polis. Beliau sudah buat kerja ni lebih dari 17 tahun. Kini beliau yang mengendalikan kes ini.

Apakah persamaan di antara ketiga-tiga cerita tadi?

P O L I S

Sampai bila mereka nak berperangai buruk? Bila mereka akan berubah?

Cerita Perhimpunan Halal

Dah lama tidak menulis untuk merdekareview :)


"...Saya tidak menafikan bahawa memang wujud undang-undang yang menghalang perhimpunan tanpa permit. Saya juga tidak menafikan bahawa di dalam negara ini, perhimpunan lebih daripada tiga orang tanpa permit boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram mengikut undang-undang. Saya juga tidak menafikan bahawa sekiranya anda dan 38 orang kawan-kawan lain berada di dalam sebuah bilik hotel, anda adalah berkhalwat (maaf, saya sedang cuba menjadi kelakar).

Tetapi, hanya kerana saya seorang peguam atau pengamal undang-undang, patutkah saya berpaling kepada anda semua sambil berkata "perhimpunan yang lebih daripada tiga orang tanpa permit adalah salah di sisi undang-undang. Anda boleh didakwa di Mahkamah. Sila jangan lakukan." ?..."


Nak baca lagi, sila klik sini. Enjoy!

Penjodoh Bilangan dan Cerita Bahasa

"Kawan. Apa kata bilangan untuk cekak? :-S"

Mula-mula, aku tergelak bila baca sms Juana tu, sambil nak balas "itupon tak tau ke?". Tapi selepas beberapa ketika, baru aku tersedar.

Aku pun tak tahu jawapannya.

Selepas mencari jawapan di merata-rata tempat, akhirnya aku mengambil jalan mudah- FB la apa lagi. Soalan yang bunyinya lebih kurang begini "apa penjodoh bilangan untuk cekak?" disambut oleh beberapa orang rakan yang mencadangkan secekak, sepuspa cekak, seutas cekak atau setangkai cekak. Sufian Abas pula mencadangkan supaya aku mencari jawapannya di sini.

Dalam pada aku cuba-cuba mencari jawapan, Juana sudah pun menghabiskan cerut (cerita mengarut)nya tentang 3 sekawan cekak. Menurut beliau dengan adanya cerut tersebut, membuktikan bahawa beliau ialah seorang minah rempit dan meminta aku mengiktiraf kerempitan beliau. Tahniah.

Untuk meng'cover' malu sebab tidak dapat menjawab soalan, aku pon bertanya kepada Juana apakah penjodoh bilangan untuk 'remote control'? Jawabnya, "pucuk. sebab you aim the damn thing at the TV/Astro and then fire". Enough said.

Penting sangatkah meletakkan penjodoh bilangan ni? Pentingkah mengikut peraturan bahasa yang ditetapkan sejak dahulu kala? "PENTINGLAH!" jawab beberapa orang pejuang bahasa kepada aku (nanti) kalau-kalau soalan ini diajukan. Mungkin sama penting dengan kata sambungan 'ke'. Aku pernah ditegur oleh Pak Seno (Gumira Ajidarma) seorang penulis dari Indonesia, kerana hanya menjawab "pergi hospital" apabila ditanya kenapa aku lewat tiba. "Mana KE kamu?" tanyanya.

Tapi tak sepedih bila diceramah oleh Pak Samad ketika majlis makan malam SUARAM, kerana keseluruhan acara tersebut dijalankan di dalam bahasa Inggeris. "Kenapa nak guna bahasa Inggeris hanya kerana ada 2 orang putih dalam majlis ini?" Ok itu cerita lain. Yang itu, memang padan dengan muka aku.

Aku juga pernah ditegur oleh si dia kerana kata "minum sup" dan bukannya "hirup sup". Apa beza?


Percubaan mengambil hati selepas diceramah

Tiada kata secantik bahasa. Yang indah itu bahasa. Orang berbudi kita berbahasa. Kesimpulannya, kalau tak mampu berbudi, kita berbahasa-lah. Jadi kalau tak reti berbahasa, haruslah kita berbudi. Tak tau penjodoh bilangan untuk cekak pon takpe.

Eh, betul ke maksud peribahasa tu?