Planet Puspa- Vietnam 4

Hari ke-4, kami masih berada di bandar Hue. Rancangan hari ini ialah untuk melawat muzium-muzium dan lain-lain tempat bersejarah, sebelum tengahari. Ini adalah kerana kami telah membeli tiket untuk ke bandar Hoi An pada pukul 1.30 ptg nanti. Memandangkan muzium-muzium buka pada pukul 730, kami bangun awal untuk bersarapan dahulu.

Selepas sarapan, kami berjalan ke Dieu De National Pagoda, tapi kami segan untuk masuk kerana kuil tersebut masih beroperasi, dan daripada luar, kami boleh dengar sami-sami tersebut bersembahyang. Jadi kami hanya jenguk-jenguk dari luar sahaja.

Kemudian, kami berjalan lagi untuk ke muzium pertama, tapi seperti semalam, kami tak larat dan telah menahan sebuah beca. Kali ini, kami berunding sebelum naik ke atas beca untuk menetapkan harga. Perhentian kami yang pertama ialah General Museum Complex. Muzium ni kecil je, tapi menyimpan sejarah tempatan berkenaan dengan perang dengan Perancis dan Amerika Syarikat. Setibanya di sana, penarik beca tersebut menyusulkan agar kami menggunakan perkhidmatan beliau sepanjang hari atau sehingga tengahhari dan beliau akan membawa kami ke tempat-tempat yang menarik. Selepas berunding harga, kami menulis perjanjian di atas kertas (supaya tak ditipu lagi seperti semalam).


Tak boleh ambil gambar di dalam muzium :(

Penarik beca/pemandu pelancong kami namanya Xong (Song). Umurnya 39 tahun. Beliau sangat sporting dan peramah dan meminta Nik menyerahkan kameranya sebelum menyuruh kami possing di atas becanya dan kayuh.


Beca ada nombot plat... jangan memain



Kemudian, kami telah dibawa oleh Xong ke sebuah rumah lama. Menurutnya, rumah tersebut ialah rumah yang pernah dihuni oleh Uncle Ho (Ho Chi Minh) ketika kecil. Rakyat Vietnam sangat menyayangi dan menghormati Uncle Ho, beliau akan diletakkan sebagai keutamaan sebagai bapa bagi semua rakyat Vietnam, selepas itu barulah ibubapa sendiri.



Di depan pintu rumah Uncle Ho

Selepas itu, Xong telah membawa kami ke sebuah taman botani yang cantik.




Berehat sebentar

Xong kemudian membawa kami ke sebuah pagoda lama, tapi aku tak ingat nama pagoda tu.



Ketika membawa kami, Xong asyik bercerita tentang Hue dan keluarganya. Dia tanya umur kami berapa. Lepas tu, beca kami melintasi sebuah kedai yang menjual pakaian pengantin. Kata Xong, "you, coming soon." Adeih la.


Gembira menaiki beca

Ada ketikanya Xong hanya berdiam diri dan membiarkan kami menikmati pemandangan di sekitar bandar Hue.




Ini ialah pasar yang femes di Hue

Kira-kira pukul 1230 tengahari, Xong menurunkan kami di hadapan hotel. Kami mengucapkan terima kasih kepada Xong dan membayar beliau seperti yang dijanjikan. Selepas itu, kami bergegas makan tengahari dan check out dari hotel. 'Sleeping bus' yang akan membawa kami ke destinasi seterusnya akan tiba pada pukul 130 petang.

Sangka aku, aku mahu tidur di dalam bas, walaupun perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 5 jam (dah namanya 'sleeping bus', tidurlah apa lagi). Akan tetapi, pemandangan di sepanjang jalan adalah sangat cantik, aku tak boleh tidur. Lagipun, bas pasang dvd cerita Journey to the West lakonan Stephen Chow. Walaupun filem tu dah dialih bahasa ke dalam bahasa Vietnam, tapi aku dah hafal jalan cerita :p Berikut adalah beberapa pemandangan di luar bas yang sempat aku rakam melalui BB, dan juga sedikit dari kamera Nik:-


Lalu pasar jap









Bas kemudiannya berhenti rehat selama 20 minit di sebuah hotel persinggahan yang tetiba je ada di tepi bukit. Bila aku keluar dari bas, aku terbau udara yang masin. Yesss.... depan hotel ialah laut.

Perhatikan di belakang aku ada pondok kecil. Itu penduduk tempatan sedang membersihkan tiram yang dikutip dari pantai. Aku nak amik gambar makcik tu, terus dia minta USD1. Manyak cantik.

Kira-kira 20 minit kemudian, bas meneruskan perjalanan. Tiba-tiba mamat Vietnam yang duduk/baring di sebelah aku mencuit aku pastu kata 'sawadikaaap'. Dia ingat aku pelancong dari Thailand.

Di Vietnam banyak bangunan yang runcing seperti ini. Kenapa? Sebab harga tanah di Vietnam sangat mahal dan dikira mengikut kaki persegi. Jadi beli tanah kecil2, pastu buat meninggi ke atas. Haha

Kemudian, bas melalui bandar tepi laut, Danang. Akan tetapi kami tidak menjadikan bandar Danang sebagai destinasi persinggahan kali ini, jadi lihat dari dalam bas sahaja :/


Bandar Danang

Kami tiba di Hoi An pada kira-kira pukul 630. Hari dah hampir gelap. 10 minit sebelum bas berhenti, ada seorang penumpang tiba-tiba bangun dan mengambil kesempatan mempromosi hotelnya. Katanya "look first". Lepas tu bas berhenti betul2 di hadapan hotelnya. Ceh... konspirasi. Tapi kami dah ada peta dalam tangan kan? Kami berjalan menuju ke barat daya . Bahagian pekan Hoi An yang kami jalan ni macam pekan koboi... kecil, kering dan kira kanan ada rumah kedai.

Hoi An pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke 16 dan 17. Sebab tu la kot.. mana-mana je, ada orang berniaga. Pada tahun 1999, UNESCO telah memasukkan bandar ini di dalam senarai Warisan Dunia. Kami jumpa satu hotel murah. USD 8 satu malam.


Hotel murah

Selepas membersihkan badan, kami berbual sebentar dengan penyambut tetamu dan meminta beliau menempah 2 tiket bas untuk kami ke bandar MySon esok. MySon adalah kira-kira 1 jam 30 minit daripada Hoi An. Kami akan menghabiskan setengah hari di situ. Di MySon ada tapak peninggalan kerajaan Champa. Selepas membuat tempahan, kami pergi makan.


Tempat makan ni direkomen oleh penyambut tetamu. Memang sedap dan murah

Jam hampir pukul 9 malam, dan hari adalah sangat gelap di Hoi An. Kalau nak tahu, pekan Hoi An terkenal dengan kedai-kedai jahitnya. Mereka boleh menyiapkan sepasang pakaian dalam masa satu hari, dan murah pula tu (ikut kualiti kain). Aku menemankan Nik ke sebuah kedai jahit di hadapan hotel kami. Nik nak buat baju tradisional Vietnam. Harganya kira-kira RM150.

Selepas itu, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan tidur je. Dah kenyang, penat, tidurlah apalagi. Esok, pukul 7 pagi nak pegi MySon. Sekembalinya dari MySon nanti, kami akan menjelajah Hoi An yang sebenar... yang dikenali sebagai "the Ancient Town of Hoi An" :)

1 komen:

rawsktar berkata...

debab bab bab.

mana de main twitter, nampak ni aku buat apa!