Merukunkan Negara melalui Perlembagaan

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Keluhuran Perlembagaan.

Dalam konteks kenegaraan, Perlembagaan ialah dasar negara. Undang-undang bertulis kita menggelarkannya Perlembagaan Persekutuan. Dengan mengendors perlembagaan sebagai sesuatu yang luhur, seseorang mesti tertanya-tanya mengapakah kita diajar supaya memuliakan Perlembagaan?

Kerana Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama negara kita.

Artikel 4
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama negara dan mana-mana undang-undang lain yang digubal selepas Merdeka yang tidak konsisten dengan Perlembagaan ini, adalah terbatal.

Undang-undang apa yang ada di dalam Perlembagaan tu? Heh. Banyak beb. Antara undang-undang yang ada di dalam Perlembagaan adalah termasuk undang-undang hak asasi. Yeah. Tak caya kan, negara kita sebenarnya ada peruntukkan untuk melindungi hak asasi?

Artikel 5
Kebebasan individu. Sesiapa yang ditangkap mestilah ditahan secara sah. Mesti dibawa ke hadapan Majistret dalam masa 24 jam selepas ditangkap. Mesti diberitahu sebab-sebab tangkapan dan mesti dibenarkan mengupah peguam sendiri.

Artikel 8
Kesamarataan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Tidak boleh ada diskriminasi.

Artikel 10
Kebebasan bersuara dan berekspresi.
Kebebasan berhimpun selagi ianya aman dan tidak bersenjata.
Kebebasan untuk berpersatuan.

Artikel 11
Kebebasan beragama.

Artikel 13
Hak terhadap harta. Sekiranya harta seseorang hendak diambil secara wajib atau paksa (selalunya oleh kerajaan), pampasan yang setimpal haruslah diberikan.

Tu baru sentuh bab hak asasi tu. Malangnya, undang-undang yang nampak bagus macam ni selalunya adalah tertakluk kepada pengecualian dan beberapa undang-undang lain yang dibenarkan. Antara pengecualian yang lazim digunakan ialah bahawa kebebasan yang diberikan tidak boleh mengancam keselamatan awam. Hmm

Artikel 149
Mana-mana artikel berkenaan hak asasi yang telah disebutkan di atas, tidak akan digunapakai sekiranya didapati terdapat 'ancaman' daripada mana-mana kumpulan orang yang menyebabkan kekerasan, membangkitkan perasaan tidak suka kepada YDPA atau kerajaan dalam persekutuan, perkauman, menyebabkan ketenteraman awam atau mana-mana bahagian persekutuan....

Dan, ada lagi bab-bab yang lain...

Artikel 152
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

Artikel 145
Peguam Negara ialah seseorang yang dilantik oleh YDPA atas nasihat PM, dan Peguam Negara mestilah seseorang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

Artikel 183
Tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas YDPA atau Sultan/Raja melainkan dengan izin Ketua Peguam Negara.

Artikel 43
Susun atur kabinet/Parlimen




...dan banyak lagi.

Aku cadangkan korang semua pergi ke kedai buku, bahagian undang-undang dan beli senaskhah Perlembagaan Persekutuan. Tak mahal, kurang dari rm20 ringgit. Kalau yang bersaiz poket macam aku punya, harganya rm10.

Kenapa? Sebab aku nak korang faham, kenapa bila kami semua berteriak supaya mansuhkan ISA, mansuhkan pembelajaran di dalam bahasa Inggeris, bayar pampasan kepada peneroka bandar yang dihalau keluar dari tanah, mansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan media dan banyak lagi, ia semuanya bersebab.

Kerana undang-undang dan tindakan-tindakan itu adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan dan dilaksanakan bukan untuk menjaga kepentingan awam.

Artikel 149? Buktikan.

Undang-undang yang selalu digunakan untuk 'menyokong' Artikel 149- Akta Polis, Kanun Keseksaan, ISA, Akta Percetakan, Akta Rahsia Rasmi, EPOPCO, wtf.

Contoh 1: 10 orang peguam memegang kain rentang menuju ke bangunan Majlis Peguam- ancaman kepada negarakah?
Contoh 2: 5 orang peguam berdiri di hadapan pagar balai untuk bertemu dengan anak guam-menggugat kerajaan persekutuankah?
Contoh 3: Tanah kampung yang dahulunya tidak subur dan diabaikan pemerintah, tapi kemudian diusahakan oleh peneroka dan kemudian menjadi tanah yang subur dan bernilai. Peneroka dihalau kerana tanah itu, milik kerajaan. Pampasan tidak dapat kerana tanah bukan milik peneroka. Bila peneroka enggan keluar, dianggap mengancam ketenteraman awamkah?

Bila kita selalu sangat gunakan undang-undang yang ikut 'budi bicara' dan 'rasa' tanpa ada bukti yang kukuh dan pertimbangan yang wajar, maka Perlembagaan, akan terus menjadi sekadar perlembagaan sahaja.

Tidak?

Sejak awal tahun ni, Majlis Peguam telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perlembagaan, yang ditubuhkan untuk mengkaji dan memberi usul terhadap segala peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Jawatankuasa ini diketuai oleh Uncle Ed ooops Encik Edmund Bon, seorang peguam hak asasi manusia.

Jawatankuasa ini sangat aktif, dan akan melancarkan kempen kesedaran undang-undang Perlembagaan Persekutuan pada hari esok.

Acara: Kempen Perlembagaanku
Bila: Jumaat 13.11.2009
Mana: Auditorium Majlis Peguam, Leboh Pasar, KL
Masa: 3ptg
Apa lagi yang ada selain drpd majlis pelancaran: Forum berkenaan perlembagaan. Ahli-ahli panel ialah Prof Shad Faruqi, Prof Aziz Bari, Tuan Haji Sulaiman, Malik Imtiaz dan Azmi Sharom.

Datanglah beramai-ramai. Ianya terbuka dan percuma. Tak rugi :)



Edmund Bon ketika sedang gembira

2 komen:

el berkata...

yang aku tak paham sampai ari nih la...
"atas nasihat PM"
agung buleh tidak terima nasihat tu ke... atau memang kena ikut je apa yang pm tu cakap... walau pun tak nasihat tu tak berapa nak sihat??

kalau macam yang kedua.. agung ni cam pak turut je... takde guna weh... macam ada bini cantik tapi mati pucuk je...

rawsktar berkata...

mekasih la ye.