Mari Melancong Part 4

Semalam ialah hari pengumuman calon di Bagan Pinang. Oleh sebab aku makan gaji, aku hanya sempat bertolak pada malam hari, selepas maghrib. Nasib baik, sempat.

Aku pergi dengan Ketua Penera... Seperti biasa, kalo aku pergi mana-mana dengan dia, dia lah yang memandu. Alasannya ialah aku memandu macam kura-kura. Ceh. Pandu cermat jiwa selamatlah, kak!

Bila dah sampai separuh jalan, Ketua Penera... beritahu yang sebenarnya, dia tatau jalan nak pergi Bagan Pinang. BOLEH TAK? Jadi kami meneruskan perjalanan dengan tawakal je dan berbekalkan sedikit wang tunai untuk bayar tol.

Nasib baik, masa di lebuhraya nak masuk Telok Kemang tu, nampak kereta Dr Syed. Pastu aku terus sms beliau untuk minta pemandunya bawa kereta perlahan sikit, supaya kami boleh bontoti. Fuhh.

Setibanya kami di Batu 9, orang ramai sudah memenuhi tempat-tempat duduk yang disediakan. Pengumuman kali ni dibuat di markas DAP.



Markas DAP yang digunakan

Yang aku paling suka, ialah audiens pada malam itu memang sangat majmuk. Dan melihat daripada reaksi dan respon mereka terhadap semua ceramah yang diadakan pada malam itu, kami berasakan bahawa kebanyakan mereka ini adalah audiens yang 'curious' aka atas pagar. Mereka ini sangatlah penting pada hari pengundian nanti.






Orang ramai yang datang untuk mengetahui siapakah calon bakal wakil rakyat mereka nanti


Ketua Penera... yang memerhati dari bawah dengan orang ramai. Orang suruh duduk atas pentas dengan pemimpin lain, taknak :p

Hampir 11 malam, akhirnya PR mengumumkan bahawa calon PR pada kali ini ialah Zulkefly Mohd Omar, 45, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai calon. Oh resume beliau dalam penglibatan bersama rakyat sangatlah mengkagumkan :)


Yey (Calon berbaju melayu kuning. Maaflah gambar jauh. Aku kurang penting :p)

Pada pendapat aku, perlawanan kali ini ialah 'pemimpin berjiwa rakyat lwn politik wang' dan 'undi rakyat lwn undi pos'. Haha.

Tak sabar nak tunggu hari penamaan pula!

0 komen: