16 September

Tahun ini, 1 Ramadhan jatuh pada 1 September. Selalunya seminggu dua nak dekat hari raya kita akan berdebar-debar. Tapi tahun ni, perasaan berdebar-debar hari raya itu dibayangi oleh hari 'pertukaran kerajaan' yang diwar-warkan akan berlaku pada 16 September ini.

Seorang kawan aku dari Sabah pernah beritahu aku, masa kecil2 dulu dia perasan yang setiap kali hari jadinya, seluruh Sabah akan bercuti. bapanya beritahu yang semua orang Sabah bercuti semata-mata untuk meraikan hari jadinya dan dia percaya bulat2. Sebenarnya, org2 Sabah tu bercuti untuk menyambut hari kemerdekaan Sabah (masuk Malaysia) yang jatuh pada 16 september, 1963.

Aku teringat tahun lepas, 2 org kawan aku ditangkap polis sebab main spray-spray di state PJ pada malam merdeka. kebiasaannya, kalau setakat kena tangkap sebab vandalisme ni akan dikenakan kompaun saja, adalah dalam RM30. tapi kali ni cerita lain plak. 2 org kawan aku ni dibawa ke balai polis sebab apa yg di'spray' tu dianggap politikal. mereka menyemburkan perkatan selamat menyambut hari kemerdekaan 50:44. 50 tu untuk semenanjung dan 44 untuk sabah dan sarawak. eh betullah tu kan. jadi, apa yang politikalnya? sengal betullah pakcik2 polis tersebut! Maka terpaksalah aku menjadi hero pada pukul 2 pagi hari tu untuk selamatkan mereka (seronok kan, ada kawan keje loyar ;p)

kali ni isu 16 september timbul lagi. DSAI kata, 16 september akan dijadikan cuti umum di 5 negeri PR kalau jadi peralihan kuasa. pada waktu yang hampir sama, pak lah kata (dalam perbentangan belanjawan 2009) nak beri tiket balik kampung percuma untuk org2 kerajaan dari Sabah dan Sarawak setiap 2 tahun. Hihihihh... beruntung betul jadi orang Sabah dan Sarawak skang ni!

4 komen:

zeqin berkata...

seronak ke 916?

Mekenisme demokrasi dalaman KeADILan tidak sempurna, kalau diubah, ia akan menjadi UMNO ke2! Hal ini kerana DSAI mempunyai kuasa yang besar dalam parti untuk melantik sesiapa sahaja.

UMNO ialah satu parti yang angguh, zalim kerana banyak parti yang pasti berkuasa dalam BN. Kuasa yang besar hanya dipegang oleh seorang sahaja iaitu Pengerusi BN.

Walaubagaimanapun, harus sokong DSAI untuk waktu ini, lepas beliau pegang kuasa, beliau lah orang yang harus dimantau oleh kami untuk menunaikan janji2 beliau.

rawsktar berkata...

hehe..loyar yg sengal..aku pun nk cuti extra..mari bekerja di negeri pimpinan PKR.hehe.juz kidding.sebab entry kamu terlalu politikal, aku memilih untuk tidak komen. wakakaka.padan muka kamu. sebenarnya, aku telah komen.apakah?no komen..tapi in leave ur comment form.

Unknown berkata...

wahai orang gilak ! aku jumpa blog kau kat TUKAR TIUB...tapi dah kena delete.

Aku ingat kau memang gila ! Belum jumpa lagi org gila tulis blog. Aku harap engkau betul2 gilak.

Tapi,Lepas baca blog engkau nih....engkau masih waras lagi...tersangat waras.

babai.

OrangGilak berkata...

to topo: hehe...sebenarnya, aku yang delete sendiri comment tu tanpa sebab (aku kan gila!)

anyway, thanks topo!