Drama Hitam


Dalam kamus, hitam selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang negatif. Hitam lawannya putih. Hitam adalah kiasan menunjukkan negara tidak selamat dsb. Dalam budaya pula, pakaian hitam selalunya dipakai apabila ada kematian.

Justeru, apabila ada seseorang yang menyarankan supaya Hari Hitam Semalaysia (1BlackMalaysia) diwujudkan, maka bertempiklah org2 di atas sana menyatakan bahawa mereka2 yang mencadangkan hitam sebagai warna kebangsaan sehari ini sebagai pengganas yang mahu menggugat keselamatan negara.

Pada aku, pakaian hitam tidak harus dipandang serong sebegitu rupa. Sama seperti orang2 yang mengutuk gaya tudung Siti Nurhaliza seperti Darth Vader- sukahati dia lah nak pakai apa, duit dia. Apasal takde orang tangkap Siti sedangkan Darth Vader kan jahat dan suka bunuh orang? Sebab, Siti takde kepentingan politik.

(Sebelum aku bertindak ganas/merepek dengan menular kepada gaya pakaian artis2 lain, mari kita berbicara semula pasal Drama Hitam).

Malam kelmarin, seorang aktivis Wong Chin Huat yang terlibat dalam persidangan media berkenaan 1BlackMalaysia telah ditahan di rumahnya. Polis turut merampas laptop dan thumbdrive2 beliau.

Pada tengahari semalam, ketika pendengaran reman, sdr Amer Hamzah iaitu kaunsel utama Chin Huat telah memberikan hujah2 bernas bahawa Chin Huat tidak seharusnya ditahan berhari2 bagi siasatan polis kerana pengambilan kenyataan polis boleh diselesaikan dalam beberapa jam sahaja. Selain daripada itu, pihak polis juga telah gagal mengemukakan kepada Mahkamah artikel yang dianggap 'menghasut' yang menyeru rakyat Malaysia supaya berpakain hitam pada 7hb Mei.

Maka Majistret Naziah telah memutuskan supaya segala siasatan dan kenyataan polis diselesaikan pada hari itu juga. Para loyars Chin Huat pun keluar dari pusat reman dengan gembira dan memberi kenyataan media.

Akan tetapi, beberapa jam selepas itu, Chin Huat ditangkap semula kerana polis mahu menyambung tempoh reman yang dikatakan tidak cukup. Untuk itu, polis telah berjaya mendapatkan lanjutan selama 2 hari untuk mereman Chin Huat. Tsk.

Pada masa yang sama, saudara Mat Sabu dari PAS, yang pernah bergambar dengan aku (ceh macam aku sorang je yang pernah bergambar dgn beliau, perasan!) juga ditahan di sekitar Kuala Lumpur kerana beliau dikatakan telah dijadualkan akan terlibat dalam perhimpunan 1BlackMalaysia hari ini di Ipoh.

Malam tadi, ketika sedang main game Zoo Tycoon 2 dan minum Milo sejuk, aku telah dihubungi oleh kawanku Hong Siang yang meminta bantuan guaman selepas 8 orang ditangkap di acara pasang lilin di hadapan Balai Polis Brickfields sebagai solidariti untuk Chin Huat.

Maka aku dan beberapa orang loyars muda lain pun pegilah ke sana. Secara jujur, sebelum ini, aku sentiasa diberi panduan dan tunjuk ajar oleh loyar2 senior jenayah yang lain yang selalu buat kes "urgent arrest" ni. Tapi malam tadi, mereka semua tidak berada di tempat kejadian kerana mereka berada di tempat lain, dan ada yang aku sengaja tak mahu ganggu kerana aku tahu meraka sudah penat berhempas pulas berhujah bagi kes YB Nizar, yang juga dijalankan pada hari semalam.

Jadi, malam tadi adalah pertama kali aku mengendalikan "urgent arrest" tanpa loyars yang biasanya mengendalikan kes2 sebegini. Nasib baik, walaupun mereka tidak berada di situ, mereka sedia membantu dengan beritahu aku apa nak buat melalui telefon (Trima kasih Abg Amer, Kak Lat, Mr Ravi & Suren!).

Tapi, disebalik kesibukkan aku dan loyar2 lain cuba untuk meyakinkan polis untuk membenarkan kami masuk ke dalam balai dan berjumpa dengan anak2 guam, ada pula insan2 yang masih berani nak pasang lilin depan pagar balai tu. Natijahnya, 8 orang lagi ditangkap selepas itu. Senarai penuh org2 yang ditangkap ialah:-Melissa Wong Yuet Fun; Lim Kar Mern; Masturah Kamaruddin; Teo Nie Ching; Hong Man Fatt; Chai Chee Fatt; Lim Hong Siang; Temme Lee; John Liu; Liau Kok Fah; Liew Thin Choi; Law Teck Hao; Chan Kim Ming; dan Lee King Thim.

Kemudian, polis2 mula menghalau org2 yang berkumpul di depan balai seperti anjing sambil menjerit "disperse! disperse!". Lepas tu, semua org pun bersurai (Tsk. Alahai~).

Beberapa minit selepas itu, keajaiban muncul dari langit. Polis benarkan loyars masuk! Yeaa... ooops. Belum lagi. Masuk dalam kawasan balai je. Tak boleh jumpa anak2 guam pon. Pffft! :p

Pada masa yang sama, aku sentiasa dihubungi oleh anak2 guam di dalam lokap yg bertanyakan tentang prosedur dan apa yang harus dan tidak harus dilakukan/dijawab di dalam lokap. Aku cuba membantu mereka seberapa yang boleh.

Pada pukul 11.10 malam tadi, kesemua 14 orang yang ditangkap dilepaskan satu persatu tanpa pengambilan kenyataan polis. Walaupun ada yang disuruh sain satu borang penyangkalan hak2 asasi, tapi aku minta mereka supaya jgn sain. Lepas tu, semua orang pulang dengan gembira. Aku yang kelaparan terus cari makanan di kedai makan yang berhampiran.

Hari ini, aku pakai Hitam. Ini kerana aku percaya bahawa: Malaysia ialah negara polis dan aku tak suka; polis Malaysia tak cukup professional; penganjur2 tunjuk perasaan perlu lebih 'organized" ; pilihanraya perlu diadakan semula terutama di negeri Perak; Najib tak best; dan YB Nizar lebih comel daripada Zambry.

Korang?



Hari Buruh 2009

Sejak beberapa tahun dulu, pada setiap Hari Buruh, JERIT/PSM akan buat program perarakan Hari Buruh, dan setakat tahun lepas, aku belom pernah ketinggalan lagi. Tapi... tahun ni...

Dialog pukul 10 mlm, 30hb April 2009

Fahmi
: Woi. Esok gi Seremban tak?
Aku: Pegi la. syafiq nak ikot rasanya. Ko nak gi skali tak?
Fahmi: Kalo ko pegi, aku pegi la. Jum.
Aku: Okay kul 8 esok confirm balik.
Fahmi: Benda tu mula pukul brapa?
Aku: 10 pg. sempat laa.. Seremban je.

Pukul 730pg 1hb Mei 2009

Aku: Zzzzzz...
SMS dari Syafiq: Puspa aku tak jadi ikotlah. kena balik kg.
Aku: Mmmm... Zzzzzz

Pukul 9 pg

Aku: Fahmi!!! Jum ah gi Serembaaaannnn
Fahmi: Iskh dah lambat ni nak gi ke?
Aku: Nak laaaaaa!!!
Fahmi: Iskh.. Ko amik aku lah. Ko dah siap mandi nanti call aku haa.. Nanti aku bangun.

Maka aku pon mandi. Kul 920 terhegeh2 keluar rumah. Pastu gi amik Fahmi. Pastu highway jaammmm aarrghhhh! Kami cuba call ramai orang, pastu telah diberitahu melalui Kris pada pukul 11 pagi bahawa acara di Seremban dah habis. Huwaargghh!!

Tapi, oleh kerana kami dah hampir dgn Seremban, perjalanan pun diteruskan. Sampai sana, kami call Kris dan makan sekali. Oleh kerana kami telah ketinggalan acara Hari Buruh, maka kami pun pegi beli basikal.

Tak, aku tak buat lawak.


Masa tengah pusing2 di bandar Seremban, Fahmi tiba2 ternampak sebuah kedai basikal dan minta aku hentikan kereta.



Lepas tu, Fahmi dan Kris pon mula membelek2



Fahmi dah 'aim' sebuah


Lepas tu, Fahmi suruh Kris jadi model dan duduk atas basikal untuk pastikan samada dia akan nampak bodo atau tidak bila tunggang basikal tu. Kris melaksanakan tanggungjawab yg diberi dengan bersungguh2


Basikal yang telah dibeli oleh Fahmi telah diletakkan di dalam MyVi ku yang terchenta. Dan aku tak faham kenapa Kris nampak gembira duduk di sebelah sebuah basikal

Oleh kerana kami bertiga tak biasa jalan2 di Seremban dan hanya berpandukan papan tanda je, maka kami pon pusing2...sampailah Kris ternampak satu papan tanda yang best. Papan tanda tu tulis perkataan 'cendol'



Cendol pulut dan cendol jagung

Lepas makan cendol, kami pon bertolak ke KL. Kami ikut laluan ke Kajang. Lepas tu, aku plak ternampak satu kedai yang best, iaitu kedai Satay Haji Samuri :D


Slurrpp


Fahmi memberi kami syarahan tentang bagaimana hendak memakan satay dengan betul :p


Kris memakan satay dengan gembira

Selepas gembira membeli basikal, makan cendol dan satay, aku pon menghantar Fahmi dan Kris ke rumah masing2. Sebelum itu aku telah dihubungi oleh Ketua Penera.. oops Kak Lat yang memaklumkan dan mengajak aku bersama2nya ke sebuah acara kutipan dana untuk pembedahan buah pinggang saudara Jayathas pada sebelah malam.


Siapakah saudara Jayathas ni? Beliau ialah seorang reformis/pejuang hak asasi manusia/ahli PKR/orang kuat Makkal Sakhti yang pernah ditangkap dan dipenjara sebanyak 5 kali pada 2002, 2003, 2007, 2008 dan baru2 ini kerana kelantangan dan keberaniannya menentang penindas2 hak asasi di negara kita (siapa penindas tu ek? :p)


Berdiri sambil bertepuk tangan menyanyikan lagu perjuangan


Kak Lat dan Surein yang 'Shakespeare freak'. Surein ialah seorang loyar hak asasi manusia yang baik hati, balik rumah sebelum pukul 9 malam setiap hari, memandu sebuah kereta Jaguar dan masih solo.

Selamat Hari Buruh semua!

Ada Berani?

DEBAT ISA: HARAM ATAU HALAL? (GMI vs PEWARIS)

Pendebat: YB Saari Sungib (GMI) lwn Wakil dari PEWARIS

Tempat: Auditorium Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya

Tarikh: 9hb Mei 2009

Masa : 3-5 petang

Selama ni kita selalu mendengar tentang kumpulan PEWARIS ni, yang sanggup bersusah payah berdemo dan melaungkan "YES to ISA" setiap kali isu ketidakrelevanan ISA dibangkitkan oleh pejuang2 hak asasi manusia. Kata PEWARIS, ISA sangat relevan dan adalah selari dengan Islam demi untuk melindungi agama Islam.

Oleh sebab "kagum" dengan keyakinan dan keberanian PEWARIS memainkan isu agama demi untuk menegakkan prinsip "YES to ISA" mereka, maka Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan penuh hormat dan berbesar hati ingin menjemput wakil PEWARIS untuk berdebat secara sihat tentang ISA dari sisi Islam- Haram atau Halal?

Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, tiada berita dari wakil PEWARIS samada atau tidak mereka menerima jemputan ikhlas GMI bagi sesi debat ini.

Aku harap mereka setuju. Aku nak pegi tengok heheh. Nak ikut?

Berbudaya bersama Mahsuri


Jumaat lepas aku pergi menonton teater Mahsuri di Istana Budaya. Kali ni dapat tempat duduk di dewan utama :-) Herm bagi aku teater Mahsuri ni biasa ajerlah. Kisah seorang wanita yang sudah berkahwin yang dihukum mati selepas difitnah bermukah dengan seorang lelaki, lepas tu sebab marah, dia pun sumpah Langkawi jadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan (Kalau dia ni wanita moden, mesti dia akan saman orang yang fitnah dia sebanyak berjuta2 :p).

Lagenda Mahsuri ni sangatlah hebat dan sohor, sehinggakan pada sekitar tahun 2000, seorang budak perempuan yang didakwa orang sebagai keturunan Mahsuri yang kelapan, yang menandakan tamatnya sumpahan Mahsuri, ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan Malaysia sampai dapat tempat belajar di UIA walaupun hakikatnya budak ni takdelah pandai sangat :p

Aku mengharapkan teater Mahsuri ini digarap dengan baik memandangkan pengarahnya ialah seorang pelakon yang terer, iaitu sdr Fauziah Nawi. Tapi.... entahlah.

Babak Mahsuri nyanyi2 dengan orang kampung
-Adeihh sumbangsih gila suara Vanida nihh.. kenapa la dia terima tawaran teater musikal ni berlakon cam biasa je cukup lahh.

Babak Wan Yahya (Datuk Pekerma Jaya) meminang Mahsuri
"Wan Yahya: kami nak menjodohkan adik kami, Wan Darus dengan Mahsuri.
Pandak Maya: Alaa... kami kan bertuankan Datuk... elok kata Datuk, elok la bagi kami... heheheh"

-Ceyh mata duitan betul mak ayah si Mahsuri ni. Cuba tanya dulu Mahsuri ndak ke tidak kat Wan Darus? Cam takde pendirian je. Ko tak nampak ke bini si Datuk ni (Wan Mahura) nampak scary semacam? Ngerinya kalo dapat kakak ipar macam tu. Eeee

Babak malam pertama Mahsuri dan Wan Darus
-Macam tak perlu je babak ni :p

Babak Mahsuri difitnah dan dijatuhkan hukuman
-Mula2 tu nampak macam Datuk Pekerma tak nak menjatuhkan hukuman, lebih2 lagi org2 kampung pun tak mengizinkan. Tapi bininya Wan Mahura tu lebih2 plak dan si Datuk tu nampak macam takut bini. Walaupun semua orang kampung tahu yang si Wan Mahura ni lah yang telah memfitnah Mahsuri akibat cemburu, tapi dorang tak boleh nak buat apa2 sebab Wan Mahura ialah bini kepada pemerintah dan adalah wanita/orang paling berkuasa di kampung tersebut. Orang2 kampung takut kena letup oops kena hukum bunuh dengan C4 ooops keris yang akan dicucuk ke leher.

Babak Mahsuri dihukum bunuh
-Keris2 yang digunakan oleh sang algojo nampaknya tidak berjaya menembusi badan Mahsuri. Kiranya Mahsuri ni kebal lah. Tapi sebab tensi dan/atau bosan menunggu, Mahsuri dengan "bijak"nya telah memberitahu rahsia bahawa beliau hanya boleh dibunuh dengan keris pusaka keluarganya saja.
-Adeihh... kalau aku jadi Mahsuri, aku akan gelak kuat2 dan kata "akulah Mahsuri yang tak boleh matiii... Kalau korang tak lepaskan aku dalam masa 10 minit, korang plak akan mati hahahaha..." lepas tu, bila dorang dah lepaskan aku, aku akan lari dengan anak aku di mana2 lepas tu mulakan hidup yang baru. Itupun tak boleh fikir ka.. wahai Mahsuri yang cantik jelita?

Babak2 lain











-ZZzzzzZZzzzzzzzz...Krohhh krohhhhh zzzzzzzzz

Sekian.

Bumi oh Bumi


Esok, tanggal 22hb April ialah Hari Bumi. Apa itu Hari Bumi? Dalam sejarah, Hari Bumi ada 2, iaitu Hari Bumi yang telah diperkenalkan oleh seorang pecinta alam sekitar yang juga bekas senator di Amerika Syarikat, Gaylord Nelson dan Hari Bumi ekuinoks yang diperkenalkan oleh seorang aktivis alam sekitar John McConnell pada 1969 (alah sama jer, dua dua orang putih Amerika).

Hari Bumi yang diperkenalkan oleh Gaylord Nelson, seorang bekas senator Parti Demokrat berunsurkan politik. Secara ringkas, beliau telah mengambil kesempatan menggunakan isu alam sekitar sebagai agenda politik bagi mengalih pandangan rakyat terhadap gerakan anti-perang Vietnam dan anti-populasi yang sedang meningkat pada waktu itu. Nelson dibantu oleh kroni2nya seperti Gladwin Hill yang menulis secara panjang berjela di dalam New York Times bagi tujuan promosi 5 bulan sebelum Hari Bumi 1970. Di samping itu, gerakan Hari Bumi yang dilancarkan dari peringkat akar umbi telah berjaya menarik minat golongan rakyat, terutamanya golongan anak muda di kampus-kampus universiti di Amerika Syarikat kerana pilihan masa yang agak sesuai. Tarikh 22hb April sengaja dipilih sebab waktu tu terutamanya di Amerika Utara, cuaca tengah baik iaitu di tengah2 musim bunga dan peperiksaan kuliah pun selalunya dah habis. Bagi menjayakan kempen itu juga Nelson berganding bahu dengan seorang bekas pemimpin pelajar iaitu graduan Universiti Stanford, Denis Hayes . Pada waktu tu Denis sedang sambung belajar di Universiti Harvard. Tapi, oleh kerana terlebih excited selepas diajak oleh Nelson bagi menyertai beliau, beliau terus berhenti belajar (sila jangan tiru-tapi lepas kempen tu dia sambung belajar semula). Hasil dari kempen terancang, maka Hari Bumi pertama telah disambut oleh lebih 20 juta orang di Amerika Syarikat.

Hari Bumi ekuinoks pula diperkenalkan oleh John McConnell. Ekuinok atau 'equinox' dalam bahasa Inggeris adalah waktu bila matahari melintasi khatulistiwa, dan malam dan siang sama panjangnya di seluruh dunia. Ia berlaku pada 20/21 Mac dan 22/23 September setiap tahun. John ni pernah bekerja sebagai Naib Presiden di sebuah yayasan yang memberi sumbangan dalam pembuatan plastik. Dari situ baru dia sedar tentang kesan pembuatan plastik terhadap alam sekitar. Dari situ, John McConnell telah memulakan kerja-kerja kemanusiaannya yang lain seperti memberi makan kepada pelarian2 dari Hong Kong pada 1962, memperkenalkan "a Minute for Peace" selepas kematian Kennedy dan memperjuangkan hak kesamarataan dalam alam semulajadi dan masyarakat dalam kempen "Planetary Inheritance"nya.

Pada 1969, semasa konferens UNESCO di San Fransisco, beliau telah mencadangkan Hari Bumi disambut di seluruh dunia dan beliau bernasib baik kerana cadangannya mendapat sokongan hebat dari Setiausaha Agung PBB pada waktu itu. Oleh kerana terlalu bersemangat, sebaik sahaja pulang dari konferens tersebut, si John terus tulis Proklamasi Bumi yang dimulai dengan Bismillah eh bukan "By the people of Earth, for the people of Earth".

Apa yang kelakar tentang kedua-dua Hari Bumi ni ialah, kedua-dua pengasas iaitu Nelson dan McConnel saling menuduh antara satu sama lain tentang siapa tiru siapa. Ramai yang berpendapat bahawa Nelson yang tiru McConnell. Akan tetapi, ramai yang mengakui bahawa kempen Nelson lebih berjaya daripada kempen McConnell sebab beliau ialah ahli politik dan punya lebih banyak wang untuk mempromosikan Hari Bumi. Hasilnya, orang lebih ingat 22hb April sebagai Hari Bumi berbanding 20hb Mac.

Bagi orang tak kisah dan tak suka gaduh2 macam aku, aku akan keluarkan ayat poyo seperti "everyday is an Earth Day" dan menyambung kehidupan seperti biasa. Akan tetapi, seronok juga kalau kita ada satu hari yang istimewa bagi menjaga alam sekitar dan planet Bumi.

Oleh kerana 20hb Mac dah berlalu, maka apa kata kita meraikan Hari Bumi gaya Nelson, iaitu pada hari esok 22hb April. Tak payah bakar bunga api atau bagi duit raya, apa yang korang boleh buat ialah dengan mengitar semula sampah sarap yang boleh dikitar semula di sekeliling korang (cuba tengok bawah katil, mesti ada punya) Paling koman pun suratkhabar yang korang dan kawan2 baca harini- simpan je sampai esok pastu esok pegi la buangkannya ke dalam tong sampah kitar semula :p

Bagi para loyars (bukan loyar pon boleh) di sekitar Kuala Lumpur, esok Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kemanusiaan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur akan menjalankan kerja2 mengumpul barang2 kitar semula sempena menyambut Hari Bumi 2009. Maklumat terperinci sila klik di sini.

Selamat Hari Bumi semua!

Bebas


Pada 9 Disember 2007, aku dan beberapa kawan2 loyar telah bercadang untuk jalan2 sambil ambil angin pagi sebagai menyambut Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Kawan2 kami yg bukan loyar juga turut serta untuk sama2 memanaskan badan. Bagi memeriahkan keadaan, kami sempat buat banner lagi :p


Bersiap untuk berjalan (Pakai topeng tu bukan apa... KL kan banyak debu :p psst perhatikan rambut sdr Amer Hamzah yang gonjeng)

Walaubagaimanapun, program kami nampaknya diketahui oleh pak-pak polisi, yang cemburu kerana kami tidak mengajak mereka sama untuk berjalan2. Maka mereka pon hadir beramai2, lebih ramai daripada bilangan kami yang tak sampai 100 orang ni dan mula memberikan berbagai2 peraturan jika kami mahu berjalan pagi di bumi merdeka ini.

Pada mulanya, kami dibenarkan berjalan dari Sogo sehingga ke bangunan Majlis Peguam dan semuanya haruslah diselesaikan dalam 10 minit.


Berjalan sambil berpossing.

Tapi, kekecohan berlaku apabila tak sampai 5 minit, polis mula menyerbu dan menghalau kami seperti anjing atas atas alasan kami melakukan perhimpunan haram.


"Oleh sebab kamu tidak mengajak saya bersama berjalan dengan kamu, saya membalas dendam dengan menggunakan kuasa saya untuk menghalau kamu semua dari kawasan ini serta merta. Sila pergi sekarang supaya saya boleh sambung tidur. It's Sunday for God sake!" (Mungkin inilah yang dikatakan oleh pak polisi ini di dalam hati. Sila jangan tahan saya di bawah Akta Fitnah :p)

Kami cuba bercakap elok2 dengan pak-pak polisi bahawa kami cuma nak jalan, sikit je lagi ni. Tambahan pula, waktu tu pukul 8 pagi lebih dan jalan raya sangatlah lengang. Jadi apekehenya kami ni dikatakan mengganggu ketenteraman awam?

Akan tetapi, dalam sesi berdialog bersama pak polisi, 4 orang loyar telah ditahan iaitu Sivarasa, Suren, Amer Hamzah dan Latheefa Koya. 4 orang kawan2 yang bukan loyar juga telah ditahan iaitu Nora, Arif, Eric dan seorang warga India yang kebetulan berada di situ. Kesian beliau.


Keratan akhbar yang telah membuatkan bapaku marah dan merajuk selama 2 hari. Tapi lepas 8 Mac 2008, dia dah tak kisah dah apa aku nak buat. Hohoh.

Kelapan-lapan orang ini telah didakwa kerana terlibat dalam perhimpunan haram di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Perbicaraan telah dilangsungkan. Ramai orang telah dipanggil sebagai saksi bagi mengadili samada terdapat saki baki kebebasan hak berhimpun secara aman di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pada hari ini, Puan SM Komathy, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa pendakwaraya tiada kes terhadap para tertuduh dan telah melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh.

Semua orang gembira. Aku pon gembira. Aku harap, kes ini akan memberikan peluang dan harapan baru kepada pejuang2 hak asasi manusia dan bahawanya masih ada insan baik di sebelah sana yang turut serta dengan kami, walaupun dengan caranya tersendiri.

Tapi, jangan terlalu gembira yer. Macam kes2 hak asasi yang lain, pendakwaraya mesti nak buat rayuan punya. Kita tunggu dan lihat :)

Jejak Kasih


Jejak kasih ke? Ni la orang KL. Sedara mara rumah dekat2 pon, Hari Raya baru nak jumpa. Contohnya ialah daku yang tinggal di Bangsar dan kazenku, Kak W yang tinggal di Bandar Utama. "Terserempak" dengan beliau dalam Facebook pagi tadi. Oleh kerana cuaca hari ni sangat me'nostalgik'kan, jadi kami ambil keputusan untuk keluar 'brunch'. Brunch apokobondo? Dah masuk tengahari dah. Makan nasi je la, beb!

Dialog sebelum makan nasi:-

KW: Tadi mak kita telepon la. Dia bising2.
Aku: Apa pasat?
KW: Harini ada kenduri. Sedara kita kawen.
Aku: Ler. Takpe ke KW tak pegi sedara kawen?
KW: Woi! Sedara aku, sedara ko jugalah, ngong!
Aku: Oh ye belah bapak kita ye hehehe. Siapa?
KW: Ipin.
Aku: Ler. tapi abangnya belom kawen kan? Tak tahu pon? Sebab kita dah tak duduk serumah ngan famili kot. Takde orang beritahu. KW tau ke?
KW: Tau, tapi dah lupa heheh.
Aku: Nak pegi ke?
KW: Ko tau ke jalan nak pegi Rawang?
Aku: Hehe tak. Jauhnya.
KW: Sama la. Pastu kita cakap kat mak kita, kita kuar dgn kamu. Pastu dia bising lagi sebab kita berdua tak pegi.
Aku: Cis. Tak pasal2 nama aku pon busuk sekali.
KW: Padan muka.

Lepas makan nasi, jam dah pukul 3 lebih. Hari pulak hujan. Kami berteduh di Bangsar Village (macam takde tempat lain kan, saja je nak nampak cool). Pastu nampak plak kafe Chocolate. Ha, apa lagi?


Teh Lavender Grey. Seteko tu cukup untuk 3 cawan.


Chocolate Fusion. Nyum.



Pandangan dari atas.


Tak reti berpossing ni memang penyakit keturunan kami.

Bestnya jumpa2 sambil minum petang cenggini. Lain kali kita buat lagi yer.