Perubahan apa?

Beberapa ketika dulu aku pernah menulis tentang nasib pelarian yang tidak boleh pulang ke negara sendiri. Aku juga pernah menulis tentang kematian Shamsiah Fakeh.

Apa kaitannya?

Pada 8hb April yang lalu, seorang lagi pejuang kemerdekaan meninggal dunia. Seperti nenek Shamsiah Fakeh, beliau juga cintakan negara ini. Beliau juga menyertai PKM demi melawan penjajah. Tapi nasibnya tidak 'sebaik' nenek Shamsiah. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya bukan di tanah tumpah darahnya, tetapi di Thailand.

Namanya Pak Abu Samah @ Abu Samah bin Muhamad Kassim.

Siapakah beliau? Aku sendiri hanya mengenali beliau melalui pembacaan yang terlalu sedikit. Sistem pendidikan kita seolah2 hanya mahu anak2 dan adik2 kita mengenal pejuang Melayu yang berpartikan UMNO sahaja.

Nasib baik, beberapa tahun lalu aku terjumpa dan membaca sebuah buku berjudul "Islam Melayu Komunis (IMK) " yang mewawancara arwah Pak Samah.

Pak Samah adalah cicit kepada Datuk Bahaman. Pak Samah anak kelahiran Temerloh. Abang pertamanya, seorang pejuang anti-Jepun mati dibunuh. Seorang lagi abangnya, mati diracun bersama ibunya.

Bila sudah dewasa, Pak Samah menyertai PKMM dan seterusnya Pembela Tanahair di Semantan. Apa yang menarik, beliau juga menyertai UMNO!

Akan tetapi, dek kerana bosan dengan slogan "hidup Melayu" UMNO dan mahukan kemerdekaan, Pak Samah kemudiannya telah menyertai PKMM dan seterusnya PKM.

Ketika zaman kegemilangannya, British pernah menawarkan RM30k untuk mendapatkan beliau. Menurut beliau lagi, pada 1948, beliau masuk hutan meninggalkan isteri dan anak kecilnya. Kemudian isteri dan anak kecil itu dihalau oleh British dan dikurung di Balai Polis Lancang sehingga anak kecil itu meninggal dunia di situ. 10 tahun selepas itu, Pak Samah berkahwin dengan Ketua AWAS Pahang, Siti Norkiah.

Di dalam IMK, Pak Samah menegaskan bahawa musuhnya selepas merdeka pada ketika itu hanya British dan beliau mahu kemerdekaan yang total.

Orang begini sangat berpegang pada prinsip dan tahu apa yang dia mahukan. Tapi, isunya sekarang ialah nasib pejuang2 kemerdekaan kita yg dianggap kiri dan kononnya akan menggoncang kestabilan negara walaupun mereka sudah tua2 belaka yg kini menetap di negara orang.

Tidak adakah ucapan selamat pulang untuk mereka? Haishh.. kalau org yg didakwa sebagai pengganas bom pun boleh dilepaskan dari tahanan sempena "upacara pengampunan", takkan pejuang kemerdekaan takde can langsung?

Adakah nasib semua mereka akan seperti arwah Pak Samah? Mana perubahan ko?


Mari Melancong Part 2

Hari Sabtu lepas, kami masih tidur di rumah yang sama (terima kasih kawan2!). Pagi esoknya, hari Ahad, kami bertolak ke Bkt Gantang pula. Aku cakap kat Kak Lat, misi aku di Bkt Gantang ialah untuk melihat kalau2 ada lelaki2 ganteng. Hahahah (tolonglah ketawa).

Kami melalui kawasan Kamunting. Bila lalu situ, aku pon mula lah tarik2 lengan baju Kak Lat sambil buat suara merengek2 "Kak Lat.. Kak Lat..". Kak Lat pulak cakap "yer... yer... saya tahu, tapi apakan daya dia tak suka makanan melayu".

Sebenarnya, setiap kali aku dan Kak Lat pergi ke kem Kamunting untuk menziarah tahanan2 ISA, kami akan singgah ke sebuah restoran asam pedas ni. Dia punya asam pedas... perghhhhh sampai Mr Siva pon suka! Dah la masa lalu tu, tengahari. wah ramainya orang dalam restoran tu. Kak Lat suruh aku bersabar sampai petang supaya kami boleh pergi berdua je melahap asam pedas tersebut.

Sesampainya di Bkt Gantang, kami pegi jumpa Danny, seorang jurugambar bebas. Masa nak pegi minom, terserempak pula dgn Adib dr Malaysian Insider. Maka kami pon pegilah minom petang beramai2 sambil bertukar2 cerita.

Aku cuba menghubungi kwn2, mereka kata siang tu tak ada acara yang menarik, kena tunggu waktu petang utk Hi-Tea bersama calon PAS dan AI. Jadi kami pon melepak2 dengan Abg Lih Kang eh YB Lih Kang.

Sementara tu, aku pon pegilah jenguk2 markas calon2 bebas. Entah apa pulak logo yang diguna kali ni. Haishh tak payah tgk logolah, baca manifesto pon aku dah tergelak2 dan confirm dia ni orang UMNO sebenarnya. Tak caya?
Haiseh kalau nak baca manifesto dia, korang kena double click kot? Sorry gambar kecik! Undilah Payung!

Kami juga melewati beberapa bilik gerakan BN. Beberapa? Ya, beberapa. Apada. Nampak sangat mereka ni tak bersatu padu dan suka membazir. Bilik Gerakan Pemuda. Bilik Gerakan Puteri. Bilik gerakan Wanita. Bilik Gerakan Induk. Apa2 je la... :p

Bila dah petang sikit, kami pegi dgr ceramah di sebuah kedai kopi Cina. Ada Chegu Bad di situ. Pastu AI plak tiba. Lepas habis je ceramah, aku pegi menjalankan misi seterusnya- mencari mi udang Kuala Sepetang.

Aku rasa, aku pegi salah kedai la. Ni bukan kedai terkenal yang keluar tiwi tu. Walaupun harga dia sama mahal (RM10 sepinggan), tapi kedai ni pelik sikit kalau nak dijadikan kedai kegemaran. Kuahnya tak panas, cair, dan kena tunggu 1 jam baru siap. Dan, ada penghuni tambahan- lalat. Tapi oleh kerana lapar, aku pon bedal je la. Btw, pujian harus diberikan pada udangnya, sebab segar dan banyak. Itu je la.

Malam tu, aku pegi pula ke Makan Besar DAP di pekan Bkt Gantang. Ramainyaaaaa orang. Anggaran aku, dalam 8-9 ribulah. Ramai gak penceramah kat situ, ada Zaid Ibrahim, AI, Nik Aziz. Nik Aziz? Ni yg best ni. Aku tak pernah dgr beliau ceramah secara live sebelum ni. Tapi, bila kami sampai, Beliau dah habis cakap. Sigh...

Tak perasan siapa yg sdg berucap


Lepas tu, kami dapat tahu ada satu lagi ceramah di Taman Mewah. Yang ini, anjuran PAS pula. Kami terus ke sana sebab nak dgr Nik Aziz berceramah. Sampai sana, dah pukul 9 lebih. Ada Mat Sabu, Chegu Bad, AI dan lain2. Tapi... Nik Aziz takde :( Sia2 je penantian aku sampai kul 12 mlm.

Lepas ceramah tu tamat, Kak Lat dan aku bertolak semula ke KL. Aku tertidur dalam kereta. Kesian Kak Lat memandu sorang2. Aku biarkan je dia pasang lagu yang tah ape2 tu. Bila aku bangun, dah pukul 2 pg lebih. Aku offer diri untuk memandu, dan Kak Lat pulak tido. Kali ni, aku pulak pasang lagu yang tah apa2 (pada pendapat Kak Lat).

Kami tiba di Bangsar hampir pukul 430 pagi. Aku hantar Kak Lat ke keretanya dan memandu balik ke rumah. Lepas tu bila dah siang, pegi keje semula. Maka tamatlah pelancongan aku ke 2 bukit kali ni. Tapi, misi masih belum berakhir. Aku pon masih berdebar2 lagi. Aku harap, PR menang 3-0 kali ni.

Mari Melancong

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk dan memenatkan untuk aku. Demam la pindah rumah la. Bila masuk hari khamis, dah pancit. Aku sangatlah memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan gateaway supaya hujung mingguku tak berakhir di atas katil je. Tetiba aku teringat kat pilihanraya2 kecil di Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai. Terus tipon Kak Lat. Dia kata, dia pon nak pegi. Aku pon offer kereta aku. Bila dia kata ok je, 5 minit lepas tu terus aku hantar kereta ke bengkel depan ofis untuk diservis. Semangat!

Kami bertolak pada malam jumaat lepas maghrib dan tiba di Bukit Selambau kira2 pukul 1 pagi. Di sana jumpa kawan2, mereka bagi tumpang tidur di rumah mereka di pekan Sg Petani. Nasib baik, sebab hotel dan motel semuanya dah penuh. Esoknya, aku pon menjalankan misi menjadi pelancong politik.


Kak Lat: Kalau nampak double chin aku, jaga kau!

Sesampainya di bilik gerakan PKR di Bukit Selambau, Khai Loon tanya kami, nak ikut calon pegi berkempen tak? Haritu calon dijadualkan ke estet2. Maka kami pon membontoti kereta calon ke kawasan yang dijadualkan.

Sebenarnya, itu kira pertama kali la aku ke kawasan estet getah. Dapat pula yang tak berapa tersusun...haishh hibanya tengok gaya kehidupan dorang. Ni Malaysia ke?? Takde bekalan air, takde bekalan eletrik yang terancang. Waktu tu mmg rasa nak baling kasut kat sapa2 yang berkenaan :(


Memerhatikan dari dekat cara berkempen stail PKR


Besen besar yang digunakan untuk menakung air oleh penduduk estet

Lepas mengekor calon, kami pon kembali ke bilik gerakan. Eh sebelom tu pegi menyantap nasi kandar di pekan Sg Petani. kemudian, kami pon tunggu malam hari untuk mendengar ceramah perdana di Bukit Selambau.

Ceramah tu ada AI, ada calon dan beberapa orang lagi. Ramai juga yang datang. Aku mendengar ceramah sambil makan kacang rebus. Satu bungkus, RM2.

Aku sedikit gusar dengan Bkt Selambau ni, sebab calon2nya terlalu ramai. Pecahan undi akan berlaku. Tapi, pada waktu yang sama, aku pon rasa kelakar sambil tergelak2 sebab oleh kerana terlalu ramai calon, calon2 bebas terpaksalah menggunakan logo yang disediakan. Kata Kak Lat, logo tu kira macam first come first serve lah, jadi siapa yg paling lewat mendaftar, akan dapat logo yang paling hampeh.

Undilah Buku. Hahahah. Kapal Terbang. hahakahakahk. Undilah calon Basikal. Muahahah. Pangkah Payung. hahahahah. Paling tak tahan- Bas. MUAahahaahHAhaahahah.

Penat betul aku malam tu. Penat berjalan, berdiri, dan ketawa. Sampai dorang kata, aku tidur sambil berdengkur (Cis.. kan dah kurang Rm1 ribu :p)

Berdialog dengan Jonson

Aku: Hai abg Jonson. Dah makan tengahari?
Jonson: Dah. Makan kat xxx Organik. Sedaaapp
Aku: xxx Organik? Makanan organik kan mahal?
Jonson: Ala takdelah mahal sangat. Boleh dapat RM15 sepinggan lahh
Aku: RM15 sepinggan? RM15 tu bajet untuk satu hari tahu!
Jonson: Halaa kalau kita asyik fikir miskin, sampai bila-bila pon akan miskin!
Aku: Herm... sudah tiba masanya saya cari bapa gula
Jonson: Bapa gula? Adakah itu jalan penyelesaian?
Aku: Bukan. Jalan penyelesaian ialah dengan melancarkan revolusi bersenjata, tembak semua kapitalis yang korup dan beri subsidi makanan untuk semua orang. Tapi sementara tu, biar saya cari bapa gula dulu.
Jonson: Bila adik nak dewasa ni?
Aku: :p

Berlari

Sabtu lepas aku ke majlis pelancaran filem dokumentari Berlari/Running arahan kawanku Mien Lor. Filem yang diterbitkan oleh SUARAM ni adalah berkisar tentang kehidupan pelarian (refugee) yang tinggal di negara kita.
SUARAM, sebagai sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak sivil dan politik, cuba membawa penonton menyelami permasalahan yang dihadapi oleh para pelarian ini.

Seringkali bagi orang kebanyakan, pelarian ni sama dengan pendatang asing yang datang bekerja di negara kita. Akan tetapi, ada beberapa perbezaan yang perlu kita tahu di antara pelarian dan pendatang asing ni. Seseorang pelarian ialah orang yang berada di luar negaranya sendiri kerana takut dihukum akibat bangsanya/agamanya/kewarganegaraannya/penglibatannya dengan kumpulan sosial tertentu/pandangan politiknya. Seorang pelarian tidak boleh dan tidak mampu dilindungi di negaranya sendiri/tidak boleh kembali ke negaranya kerana takut akan dihukum. Berbeza dengan pelarian, pendatang asing datang ke negara ni sebab nak cari kerja je atau sebab masalah ekonomi di negara sendiri.

Di negara kita, kebanyakan pelarian berasal dari Myanmar. Rakyat di negara Myanmar terdiri daripada banyak suku. Yang aku pernah jumpa secara langsung ialah suku Chin. Suku Chin ni ditindas di negara mereka kerana mereka beragama Kristian. Aku juga pernah jumpa dengan rakyat Myanmar yang tak mengaku mereka rakyat Myanmar, tetapi Burma. Bila dah sebut macam tu, jadi faham2 sajalah yang mereka di lari kerana pandangan politik yang berbeza.

Selain daripada itu, ada juga dari suku Rohingya. Suku Rohingya beragama Islam. Ramai yang terkeliru kerana beranggapan bahawa suku Rohingya ni bukan berasal dari Myanmar. Sebenarnya kaum Rohingya ni berasal dari negeri Arakan di Myanmar tetapi tidak diiktiraf langsung oleh kerajaan Myanmar sendiri. Hakikatnya, suku Rohingya ni kira macam 'stateless person' lah. Tidak berwarganegara. Paling kesian bila dah tiba di Malaysia, bila kena tangkap oleh pihak berkuasa. Kalau pendatang asing atau pelarian lain, pihak berkuasa boleh lah sesuka hati hantar pulang. Tapi suku Rohingya tak ada orang nak terima. Jadi akhirnya mereka akan terkandas di sini, buat kerja dgn gaji murah. Ada yang ditempatkan di kem Semenyih yang sesak dan tak terurus langsung dan pencabulan hak asasi banyak terjadi di situ (kalau nak tahu lebih lanjut sila google Semenyih RELA).

Beberapa ketika dahulu aku ada juga jumpa beberapa pelarian dari Acheh. Mereka ni tinggal dalam kem di hutan dan keluar bila nak pergi kerja je. Acheh (GAM-Gerakan Acheh Merdeka) dulu kan berperang dengan tentera Indonesia. Tapi dengan perkembangan politik Indonesia sekarang, aku tak tahulah. Dah lama tak terserempak dengan pelarian Acheh.

Secara teknikalnya, pelarian adalah sebuah status yang diberi. Maknanya sebelum status tersebut diberi, seseorang itu akan dikenali sebagai pencari suaka politik (asylum seeker). Kalau di Malaysia, para pelarian ni akan diberi sebuah sijil status pelarian yang dikeluarkan oleh UNHCR (United Nation High Commissioner of Refugees). Kalau nak dapat sijil tu, para pencari suaka kena pegi temuduga dengan pegawai UNHCR dulu. Salah satu sebab adanya temuduga ni adalah untuk mengelakkan status itu disalahguna oleh pendatang asing yang bukan pelarian.

Adakah status tersebut laku/diiktiraf di Malaysia? Jawapan terus terang: Tidak. Kenapa? Sebab negara kita (yang baru-baru ni diberi gred B atau C? bagi isu hak-hak asasi oleh sebuah badan antarabangsa) tidak pernah mengiktiraf Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian. (Tapi bila persidangan UN, kita selalu buat2 bising, kan?). Jadi apa jadi dengan pelarian yang dapat status tu? Jawapan: Kena tindas laa.. apa lagi.

Aku selalu dengar cerita daripada pelarian bagaimana polis/RELA akan bawa mereka ke lokap, minta duit dan kemudian lepaskan mereka walaupun mereka ni pembawa sijil pelarian. Malah ada yang diugut berkali2 oleh pihak berkuasa yang menyalahguna kuasa ni sebab mereka tahu lokasi kem-kem pelarian di dalam hutan. Pada orang2 tak berapa cerdik di negara kita ni, pelarian ni sama je dengan pendatang tanpa izin. Mana boleh macam tu?

Cuba korang fikir sendiri la. Apa perasaan korang bila ditindas di negara sendiri. kerana bangsa atau agama korang. Atau sebab perang saudara macam di Sudan sana. Sebab takmo nyawa melayang, korang pon terpaksa lari dari negara kelahiran sendiri. Lepas tu kena kerja macam kuli di negara orang walaupun hakikatnya korang ni lepasan universiti? Aku pernah jumpa pelarian yang ada PhD tau! tapi sekarang kerja apa? sendiri fikirlah...

Untuk mengetahui dan mengenali pelarian2 di negara kita ni dengan lebih lanjut, aku cadangkan korang dapatkan je lah DVD Running/Berlari keluaran SUARAM tu. RM10 saja. Cerita banyak pon tak guna, pegi tonton sendiri. Tak tahu mana nak cari? Sila telefon SUARAM. Nak order dari aku pon boleh :)

Tukar Angin

Aku bakal pindah rumah baru bulan depan. Kat Jalan Maarof. Akan tinggal bersama 3 orang yang lain. Rasa excited terlebih sebab aku mau tukar angin.

Kenapa mau tukar angin? Entahlah. fikiran berkecamuk sekarang. Aku ikot nasihat Kak Lat. Dia kata kalau tensi keja, buat kerja lain. Kalau rasa rimas, pegi mandi. Kalau sedih, sibukkan diri. Kalau pening masuk rumah sendiri, pindah.

Jadi aku akan pindah.

Masalahnya sekarang, aku kena cari pengganti aku kat apartment tu. Itu persetujuan dulu2 masa baru pindah masuk. Sesapa nak kluar, kena cari pengganti.

Kan best kalau peraturan tu apply di dalam perhubungan juga? Sapa2 minta putus, sila carikan pengganti utk bf/gfnya. Hahahahah

Apakah ke'rasional'an cadangan Kak Lat tu? Ye lah.. kalau kita buat apa yang kita tak suka lepas tu tensi setiap hari tanpa ada jalan penyelesaian, setiap hari mesti kita jadi orang yang perengus dan kuat membebel dan hanya tau mengkritik ajer dan lepas tu mengadu kat orang lain sampai orang lain pon naik bosan.

Sama juga macam kerajaan lah, korang asyik membebel taknak itu tak suka itu benci itu, tapi bila pilihanraya, korang kasi yang itu gak menang, sapa suruh? Kalau tukar kerajaan, sekurang2nya korang dah tak jadi orang yang perengus dan kuat membebel dan hanya tau mengkritik aje dan lepas tu mengadu kat orang lain sampai orang lain pon naik bosan bagi tempoh yang agak lama.

Tak caya? cubalah!

P/s: sapa2 rasa nak merasa tinggal kat apartment Pantai Hillpark (perempuan sahaja) dan sebilik dengan roommate aku yang cool, sila hubungi aku pusparos@yahoo.com. Bilik dan rumah sudah lengkap dengan perabot, talian internet (wireless) dan ASTRO.

Mari Ketawa

Kalau nak hilangkan rasa sedih, cara yang paling mujarab ialah ketawa :)