Mari Melancong

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk dan memenatkan untuk aku. Demam la pindah rumah la. Bila masuk hari khamis, dah pancit. Aku sangatlah memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan gateaway supaya hujung mingguku tak berakhir di atas katil je. Tetiba aku teringat kat pilihanraya2 kecil di Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai. Terus tipon Kak Lat. Dia kata, dia pon nak pegi. Aku pon offer kereta aku. Bila dia kata ok je, 5 minit lepas tu terus aku hantar kereta ke bengkel depan ofis untuk diservis. Semangat!

Kami bertolak pada malam jumaat lepas maghrib dan tiba di Bukit Selambau kira2 pukul 1 pagi. Di sana jumpa kawan2, mereka bagi tumpang tidur di rumah mereka di pekan Sg Petani. Nasib baik, sebab hotel dan motel semuanya dah penuh. Esoknya, aku pon menjalankan misi menjadi pelancong politik.


Kak Lat: Kalau nampak double chin aku, jaga kau!

Sesampainya di bilik gerakan PKR di Bukit Selambau, Khai Loon tanya kami, nak ikut calon pegi berkempen tak? Haritu calon dijadualkan ke estet2. Maka kami pon membontoti kereta calon ke kawasan yang dijadualkan.

Sebenarnya, itu kira pertama kali la aku ke kawasan estet getah. Dapat pula yang tak berapa tersusun...haishh hibanya tengok gaya kehidupan dorang. Ni Malaysia ke?? Takde bekalan air, takde bekalan eletrik yang terancang. Waktu tu mmg rasa nak baling kasut kat sapa2 yang berkenaan :(


Memerhatikan dari dekat cara berkempen stail PKR


Besen besar yang digunakan untuk menakung air oleh penduduk estet

Lepas mengekor calon, kami pon kembali ke bilik gerakan. Eh sebelom tu pegi menyantap nasi kandar di pekan Sg Petani. kemudian, kami pon tunggu malam hari untuk mendengar ceramah perdana di Bukit Selambau.

Ceramah tu ada AI, ada calon dan beberapa orang lagi. Ramai juga yang datang. Aku mendengar ceramah sambil makan kacang rebus. Satu bungkus, RM2.

Aku sedikit gusar dengan Bkt Selambau ni, sebab calon2nya terlalu ramai. Pecahan undi akan berlaku. Tapi, pada waktu yang sama, aku pon rasa kelakar sambil tergelak2 sebab oleh kerana terlalu ramai calon, calon2 bebas terpaksalah menggunakan logo yang disediakan. Kata Kak Lat, logo tu kira macam first come first serve lah, jadi siapa yg paling lewat mendaftar, akan dapat logo yang paling hampeh.

Undilah Buku. Hahahah. Kapal Terbang. hahakahakahk. Undilah calon Basikal. Muahahah. Pangkah Payung. hahahahah. Paling tak tahan- Bas. MUAahahaahHAhaahahah.

Penat betul aku malam tu. Penat berjalan, berdiri, dan ketawa. Sampai dorang kata, aku tidur sambil berdengkur (Cis.. kan dah kurang Rm1 ribu :p)

Berdialog dengan Jonson

Aku: Hai abg Jonson. Dah makan tengahari?
Jonson: Dah. Makan kat xxx Organik. Sedaaapp
Aku: xxx Organik? Makanan organik kan mahal?
Jonson: Ala takdelah mahal sangat. Boleh dapat RM15 sepinggan lahh
Aku: RM15 sepinggan? RM15 tu bajet untuk satu hari tahu!
Jonson: Halaa kalau kita asyik fikir miskin, sampai bila-bila pon akan miskin!
Aku: Herm... sudah tiba masanya saya cari bapa gula
Jonson: Bapa gula? Adakah itu jalan penyelesaian?
Aku: Bukan. Jalan penyelesaian ialah dengan melancarkan revolusi bersenjata, tembak semua kapitalis yang korup dan beri subsidi makanan untuk semua orang. Tapi sementara tu, biar saya cari bapa gula dulu.
Jonson: Bila adik nak dewasa ni?
Aku: :p

Berlari

Sabtu lepas aku ke majlis pelancaran filem dokumentari Berlari/Running arahan kawanku Mien Lor. Filem yang diterbitkan oleh SUARAM ni adalah berkisar tentang kehidupan pelarian (refugee) yang tinggal di negara kita.
SUARAM, sebagai sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak sivil dan politik, cuba membawa penonton menyelami permasalahan yang dihadapi oleh para pelarian ini.

Seringkali bagi orang kebanyakan, pelarian ni sama dengan pendatang asing yang datang bekerja di negara kita. Akan tetapi, ada beberapa perbezaan yang perlu kita tahu di antara pelarian dan pendatang asing ni. Seseorang pelarian ialah orang yang berada di luar negaranya sendiri kerana takut dihukum akibat bangsanya/agamanya/kewarganegaraannya/penglibatannya dengan kumpulan sosial tertentu/pandangan politiknya. Seorang pelarian tidak boleh dan tidak mampu dilindungi di negaranya sendiri/tidak boleh kembali ke negaranya kerana takut akan dihukum. Berbeza dengan pelarian, pendatang asing datang ke negara ni sebab nak cari kerja je atau sebab masalah ekonomi di negara sendiri.

Di negara kita, kebanyakan pelarian berasal dari Myanmar. Rakyat di negara Myanmar terdiri daripada banyak suku. Yang aku pernah jumpa secara langsung ialah suku Chin. Suku Chin ni ditindas di negara mereka kerana mereka beragama Kristian. Aku juga pernah jumpa dengan rakyat Myanmar yang tak mengaku mereka rakyat Myanmar, tetapi Burma. Bila dah sebut macam tu, jadi faham2 sajalah yang mereka di lari kerana pandangan politik yang berbeza.

Selain daripada itu, ada juga dari suku Rohingya. Suku Rohingya beragama Islam. Ramai yang terkeliru kerana beranggapan bahawa suku Rohingya ni bukan berasal dari Myanmar. Sebenarnya kaum Rohingya ni berasal dari negeri Arakan di Myanmar tetapi tidak diiktiraf langsung oleh kerajaan Myanmar sendiri. Hakikatnya, suku Rohingya ni kira macam 'stateless person' lah. Tidak berwarganegara. Paling kesian bila dah tiba di Malaysia, bila kena tangkap oleh pihak berkuasa. Kalau pendatang asing atau pelarian lain, pihak berkuasa boleh lah sesuka hati hantar pulang. Tapi suku Rohingya tak ada orang nak terima. Jadi akhirnya mereka akan terkandas di sini, buat kerja dgn gaji murah. Ada yang ditempatkan di kem Semenyih yang sesak dan tak terurus langsung dan pencabulan hak asasi banyak terjadi di situ (kalau nak tahu lebih lanjut sila google Semenyih RELA).

Beberapa ketika dahulu aku ada juga jumpa beberapa pelarian dari Acheh. Mereka ni tinggal dalam kem di hutan dan keluar bila nak pergi kerja je. Acheh (GAM-Gerakan Acheh Merdeka) dulu kan berperang dengan tentera Indonesia. Tapi dengan perkembangan politik Indonesia sekarang, aku tak tahulah. Dah lama tak terserempak dengan pelarian Acheh.

Secara teknikalnya, pelarian adalah sebuah status yang diberi. Maknanya sebelum status tersebut diberi, seseorang itu akan dikenali sebagai pencari suaka politik (asylum seeker). Kalau di Malaysia, para pelarian ni akan diberi sebuah sijil status pelarian yang dikeluarkan oleh UNHCR (United Nation High Commissioner of Refugees). Kalau nak dapat sijil tu, para pencari suaka kena pegi temuduga dengan pegawai UNHCR dulu. Salah satu sebab adanya temuduga ni adalah untuk mengelakkan status itu disalahguna oleh pendatang asing yang bukan pelarian.

Adakah status tersebut laku/diiktiraf di Malaysia? Jawapan terus terang: Tidak. Kenapa? Sebab negara kita (yang baru-baru ni diberi gred B atau C? bagi isu hak-hak asasi oleh sebuah badan antarabangsa) tidak pernah mengiktiraf Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian. (Tapi bila persidangan UN, kita selalu buat2 bising, kan?). Jadi apa jadi dengan pelarian yang dapat status tu? Jawapan: Kena tindas laa.. apa lagi.

Aku selalu dengar cerita daripada pelarian bagaimana polis/RELA akan bawa mereka ke lokap, minta duit dan kemudian lepaskan mereka walaupun mereka ni pembawa sijil pelarian. Malah ada yang diugut berkali2 oleh pihak berkuasa yang menyalahguna kuasa ni sebab mereka tahu lokasi kem-kem pelarian di dalam hutan. Pada orang2 tak berapa cerdik di negara kita ni, pelarian ni sama je dengan pendatang tanpa izin. Mana boleh macam tu?

Cuba korang fikir sendiri la. Apa perasaan korang bila ditindas di negara sendiri. kerana bangsa atau agama korang. Atau sebab perang saudara macam di Sudan sana. Sebab takmo nyawa melayang, korang pon terpaksa lari dari negara kelahiran sendiri. Lepas tu kena kerja macam kuli di negara orang walaupun hakikatnya korang ni lepasan universiti? Aku pernah jumpa pelarian yang ada PhD tau! tapi sekarang kerja apa? sendiri fikirlah...

Untuk mengetahui dan mengenali pelarian2 di negara kita ni dengan lebih lanjut, aku cadangkan korang dapatkan je lah DVD Running/Berlari keluaran SUARAM tu. RM10 saja. Cerita banyak pon tak guna, pegi tonton sendiri. Tak tahu mana nak cari? Sila telefon SUARAM. Nak order dari aku pon boleh :)

Tukar Angin

Aku bakal pindah rumah baru bulan depan. Kat Jalan Maarof. Akan tinggal bersama 3 orang yang lain. Rasa excited terlebih sebab aku mau tukar angin.

Kenapa mau tukar angin? Entahlah. fikiran berkecamuk sekarang. Aku ikot nasihat Kak Lat. Dia kata kalau tensi keja, buat kerja lain. Kalau rasa rimas, pegi mandi. Kalau sedih, sibukkan diri. Kalau pening masuk rumah sendiri, pindah.

Jadi aku akan pindah.

Masalahnya sekarang, aku kena cari pengganti aku kat apartment tu. Itu persetujuan dulu2 masa baru pindah masuk. Sesapa nak kluar, kena cari pengganti.

Kan best kalau peraturan tu apply di dalam perhubungan juga? Sapa2 minta putus, sila carikan pengganti utk bf/gfnya. Hahahahah

Apakah ke'rasional'an cadangan Kak Lat tu? Ye lah.. kalau kita buat apa yang kita tak suka lepas tu tensi setiap hari tanpa ada jalan penyelesaian, setiap hari mesti kita jadi orang yang perengus dan kuat membebel dan hanya tau mengkritik ajer dan lepas tu mengadu kat orang lain sampai orang lain pon naik bosan.

Sama juga macam kerajaan lah, korang asyik membebel taknak itu tak suka itu benci itu, tapi bila pilihanraya, korang kasi yang itu gak menang, sapa suruh? Kalau tukar kerajaan, sekurang2nya korang dah tak jadi orang yang perengus dan kuat membebel dan hanya tau mengkritik aje dan lepas tu mengadu kat orang lain sampai orang lain pon naik bosan bagi tempoh yang agak lama.

Tak caya? cubalah!

P/s: sapa2 rasa nak merasa tinggal kat apartment Pantai Hillpark (perempuan sahaja) dan sebilik dengan roommate aku yang cool, sila hubungi aku pusparos@yahoo.com. Bilik dan rumah sudah lengkap dengan perabot, talian internet (wireless) dan ASTRO.

Mari Ketawa

Kalau nak hilangkan rasa sedih, cara yang paling mujarab ialah ketawa :)




Teater Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuahnya

Malam tadi aku pegi menonton teater PGL di Istana Budaya. Tiket PGL ni kawan aku, Sara dah beli sejak bulan Ogos/September tahun lepas jadi kami dapat tiket yang paling murah dan paling depan di tingkat paling atas (yer.. yer... saya adalah seorang loyar yang kedekut).

Memang agak menarik la ceritanya. Cerita cinta antara laksamana Hang Tuah dan Puteri Majapahit. Lebih menarik bila ada abg Petong sebagai salah seorang penari. Abg Petong ni senior aku masa di univ. Dia mmg sangat minat dengan bidang teater ni sampai sanggup berhenti sekejap sebagai loyar semata-mata untuk tumpukan perhatian pada sesi latihan PGL ni. Cayalah :)

Akan tetapi, walaupun PGL ni tampak menarik dengan persembahan yang mantap, prop2 yang besar dan mahal, susunan musik yang merdu, tapi hati aku menonton teater PGL ni dengan sinis dan skeptikal. Sebabnya? aku tak suka watak Hang Tuah. BUKAN tak suka Stephen Rahman ok, dia kacak dan pandai nyanyi. Tapi, hanya Hang Tuah. Sultan Melaka tu tak payah cakap lah kan , @#$@$%!

Kenapa aku tak suka Hang Tuah? pertama, dia kaki perempuan. Seingat aku dalam kitab Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang, Hang Tuah ni dah ada 2 bini. Anak, kalau tak silap dah ada 4. Anak perempuannya daripada bini kedua (nama tak ingat) telah diberikan kepada Sultan Melaka untuk dijadikan gundik.

Kenapa setiap kali dia kena pegi pick-up pompan untuk Sultan, pompan2 tu akan jatuh cinta dengan dia haa? PGL, Tun Teja (walaupun ada yg kata peristiwa Tun Teja tu bukan dengan Hang Tuah, tapi dengan anak lelaki Hang Tuah iaitu Hang Nadim. Ceh. Anak beranak sama je kaki pompan) dan lain2 lagi. Walaupun takde dalam mana2 kitab hikayat, aku suspect yang Hang Tuah ni dah flirt habis2an dan pegang2 pompan2 ni masa dorang dalam kapal on d way ke Melaka. Ye lah.. pelayaran dengan kapal kan ambil masa berbulan2 lamanya, mestilah gersang!

Kedua, aku stress bila tgk PGL ni kerana semata2 untuk menonjolkan 'kemuliaan' dan 'keagungan' cinta PGL dan Hang Tuah, mereka sanggup mengenepikan beberapa watak perempuan yang aku rasa sedang sangatlah sengsara dan merana bila Hang Tuah ni bercinta dengan PGL. Paling utama, mestilah isteri2 dan anak2 dia kan? Cis manalah dorang nak letak muka bila satu Melaka dah tahu yang suami dorang bercinta dengan Puteri Majapahit yang seksi tu. (Tu lah, kahwin lagi dengan lelaki berpangkat Datuk Laksamana, memanglah ada harapan nak berpoligami!)

Ketiga, mana pegi watak permaisuri Melaka pada masa materia? Takkanlah dia sedap2 tidur je masa leher puteranya nak dikelar oleh suaminya yang kejam tu? (Oh ya... permaisuri pon ex-gf Hang Tuah khabarnya).

Hang Tuah memang tak gentleman. Aku memang dah tak respect dengan Hang Tuah semenjak aku dapat tahu cara sebenar dia mengalahkan Hang Jebat (Ada yang kata Hang Kasturi sebenarnya) ketika mereka bertarung selepas Hang Jebat menakluk istana Takeshi. Eh! istana Melaka.

Masa tu, Hang Tuah baru je dilepaskan oleh Bendahara yang menyembunyikannya di dalam hutan selepas Sultan Melaka bagi perintah supaya Hang Tuah dihukum bunuh (sebab hukuman bunuh? macam biasalah, Sultan dapat tahu yang Hang Tuah potong line dia untuk mengurat seorang pompan yang cun waktu tu. Walaupun ada yang kata Hang Tuah difitnah, tapi aku syak ianya betul berdasarkan rekod2 kegatalan Hang Tuah sebelum itu).

Ketika disembunyikan di dalam hutan, Bendahara telah memasung Hang Tuah (kepala dan tangan diikat) supaya Hang Tuah tak melarikan diri dan dijumpai orang. Jadi, secara logiknya, sebaik sahaja Hang Tuah dilepaskan oleh Bendahara supaya pergi berlawan dengan Hang Jebat, mestilah keadaan badan dia tak stabil kan? Ye la, kan dah lama kena pasung.

Maka terhuyung hayanglah si Hang Tuah ini menuju ke istana Melaka. Selepas habis sesi perang mulut dengan Hang Jebat di tangga pintu masuk istana, maka Hang Jebat pun membenarkan Hang Tuah masuk. Lepas tu, mereka berlawan.

Memandangkan Hang Tuah masih terhuyung hayang masa tu, maka kerisnya asyik tertusuk di dinding ajer. Jadi dia pon cakaplah dgn Hang Jebat- "Wei, kalo ko gentleman, ko tak akan menikam aku ketika kerisku tertusuk di dinding. marilah berlawan secara adil". Hang Jebat yang macho dan adil pon kata "OK". Maka berlawanlah mereka begitu. Setiap kali keris Hang Tuah tertusuk ke dinding, Hang Jebat akan tunggu sampai keris dicabut semula pastu lawan balik.

Nak dijadikan cerita, sekali tu keris Hang Jebat pula yang tertusuk di dinding. Hang Tuah pon mengambil kesempatan tu dan tikam Hang Jebat dari belakang. 2 kali. Adegan seterusnya, walaupun takde dalam buku hikayat, tapi aku percaya yang Hang Jebat kata "Tak guna. Cakap tak serupa bikin" kepada Hang Tuah sebelum mati.

Jadi, itu sebablah hati aku agak berbelah bagi menonton cinta agung si Hang Tuah ni malam tadi. Sebab, as a person, dia ni tak lah mulia sangat. Perangai buruk nak mampus. Kalau ko dah tau orang tu berperangai buruk, ko nak ke simpati kat dia habis-habisan bila dia berada di dalam keadaan yang sangat kasihan? "Be professional dan ingat arah tuju kita", titah Sultan Melaka kepada Tun Sri Lanang (yang ni aku reka je).

Sekian.


Perak oh Perak


Sejak 3 hari lepas, aku terima beberapa panggilan telefon dari kawan2 yang bertanyakan hal Perak. Sebenarnya kebanyakan daripada mereka bukannya kisah pon pasal apa yang jadi, tapi saja je nak ketawakan dan buat lawak sebab mereka tahu di mana aku berdiri selama ini.

Pada aku, memanglah memula tu aku rasa sedih. Tapi, kemudian bila berbual dengan orang2 yang lebih senior dalam arena ni, aku mula terima semuanya dengan pasrah dan anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran supaya kita lebih berhati-hati pada masa depan.

Pada Khamis malam Jumaat tu, aku naik ke Perak bersama-sama dengan Kak Lat, Abang Amer, Moon Hui dan Chee Seong. Aku gembira kerana di rumah MB Nizar, ramai rakyat Perak memberikan sokongan. Anggaran aku, adalah dalam lebih kurang 5 ribu. Aku juga terserempak dengan ramai kawan-kawan yang dtg dari KL.

Tekun mendengar ceramah di rumah MB

Sebagai seorang peguam, kejadian yang berlaku sangatlah menarik perhatian aku kerana ia melibatkan soal demokrasi, jenayah rasuah, Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan 'kekebalan' seorang manusia yang bergelar Sultan.

Aku akan bincang perkara ni dengan lebih mendalam lain kali. Sekarang, aku takde 'mood' sebab ulcer lidah (tu lah, mengumpat lagi!)

Hari terakhir dpt pose camni. Masing-masing terseyum kelat.
Dari kiri aku, Kak Lat, YB Chang, YB Chan, Moon Hui, Abg Amer dan Anil Netto

(Gambar2 oleh Chee Seong)