Kartun Satira Rakyat




Besar kan poster di atas? Di situlah daku berada pada malam tadi. Pelancaran yang meriah dihadiri oleh rakan-rakan dan peminat kartunis Ronasina.

Buku Negaraku ialah himpunan karya-karya Ronasina yang pernah tersiar sebelum ini. Walaupun hanya berwarna hitam putih, tapi isinya padat dan kelakar. Harga RM25 senaskhah adalah sangat berbaloi.

Cepat beli sebelum ia diharamkan! :p

Pembelian boleh dibuat dengan cara ini:

Koleksi Kartun Satira Rakyat
Tajuk : NEGARAKU
Genre : Satira Politik
96 mukasurat
harga : Rm25.00 + RM3.00 (wang pos) = RM28.00
no akaun : Raja Rohaisham 
Maybank
162021363678
no tel : 0123499276
email : raja_uda@yahoo.com
sila email bukti pembayaran, alamat dan no telefon selepas anda membuat transaksi


Bersama Ronasina. Aku ada DUA naskhah. Kau hado?


Alasan Paling Meyakinkan Di Dunia

Ketika saya menjadi pelatih dalam kamar (chambering student/pupil) 6 tahun dulu di sebuah firma guaman di Jalan Raja Chulan, saya tidak berkereta. Waktu itu saya masih tinggal bersama keluarga di Subang. Jadi setiap hari saya bangun sangat awal untuk menaiki komuter sehingga ke KL Sentral, dan kemudian berjalan kaki ke stesen monorail di Brickfields. Tapi tidak apa kerana saya rasa bersemangat.

Tak cukup kerja 5 hari seminggu, hampir setiap minggu saya perlu ke pejabat pada waktu hujung minggu untuk menghabiskan tugasan yang diberi atau pun membuat rujukan di perpustakaan firma. Tapi saya tak merungut kerana tempoh latihan dalam kamar hanya 9 bulan dan saya perlu gunakannya sebaik mungkin untuk belajar. Saya cuma tak suka bila kena marah :p

Itu cerita 6 tahun dulu.

Sekarang, dah jadi loyar dan berkereta pun saya masih balik kerja lewat malam. Kadang-kadang balik awal, makan, dan kemudian sambung semula kerja di rumah yang telah dihantar siap-siap melalui emel. Saya juga masih sering ke pejabat pada hujung minggu. 

Persoalannya, kerja loyar ni memang tak habis-habis ke?

Saya ialah peguam litigasi. Setiap minggu saya di Mahkamah. Kadang-kadang berturut-turut. Kalau ke Mahkamah untuk bicara penuh, kadang-kadang hingga pukul 5 petang. Untuk pendengaran mungkin sampai ke tengahari. Setakat sebutan atau pengurusan kes, barangkali pukul 11pagi sudah habis. Walau apapun, itu bermakna, apabila saya kembali semula ke pejabat, saya sudah kehilangan separuh hari waktu bekerja. Atau mungkin sepanjang hari. Itu belum kira kalau ada kes jenayah lagi. Kalau klien kena tangkap waktu petang, alamatnya sampai ke tengah malam lah saya di balai polis.

Jadi memang tiada jalan lain selain daripada menggantikan masa yang 'hilang' itu dengan bekerja lebih masa di pejabat, Itu ialah pengorbanan yang saya harus buat kerana tiada siapa-siapa yang memaksa saya untuk menjadi seperti ini, 

Cuma bezanya, kini saya boleh menguruskan masa dengan lebih baik kerana mengendalikan fail sendiri. Jadi saya cuba kurangkan bekerja pada hujung minggu. Kalau terpaksa pun, mungkin saya akan memilih Sabtu atau Ahad dan bukan kedua-duanya sekali. Tapi, badan manusia juga seperti bateri yang harus dicas.Manusia juga perlu bersosial. Jadi setiap tahun saya akan ambil cuti panjang dan ber-backpacking dengan kawan baik.

Tapi saya rasa agak pelik kerana tahun ini, nampaknya kerja saya tak habis-habis dan tak nampak penghujungnya. Saya cuba cari satu tempoh yang membolehkan saya bercuti panjang tapi tak jumpa. Sedih betul.

Bulan lepas, Awal Muharram dan Deepavali jatuh pada minggu yang sama.  Jadi saya telah mengambil kesempatan itu untuk bercuti selama seminggu. Itu ialah cuti panjang pertama saya untuk tahun ini.  Sepanjang cuti seminggu itu, setiap hari saya habiskan dengan melepak dengan rakan-rakan dan orang tersayang. Saya bersarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam bersama-sama kawan-kawan. Saya juga menggunakan satu hari cuti untuk tidur sepanjang siang. Walaupun lepas tu kepala saya rasa nak pecah, tapi saya rasa best gila. 

Sekarang, saya rasa bertenaga dan bersemangat untuk berkerja.

Dan mungkin untuk apdet belog :p