Sepintas Lalu

























Tadi saya menonton teater. "Tattoo Gestapo" tajuknya, sebuah lagi penghasilan Rumah Anak Teater. Barisan pelakonnya bagus-bagus, ada yang baru dan ada yang lama.

Tapi ada sesuatu yang tidak kena.

Bagi sebuah teater yang berdurasi 45 minit, pada saya babak dan dialognya terlalu sedikit dengan pemanjangan yang dibuat-buat.

Sayang sungguh bakat dan ruang yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana jalan cerita yang terlalu ringkas. Ini luar dari kelas RAT.

Mengharapkan hasil yang lebih baik untuk teater yang seterusnya. Disember.







Susun

Sekarang ialah masa untuk menyusun perjalanan hidup dalam 2-3 tahun ni. Dah sesuai betul ni. Tak sia-sia aku datang kerja masa hari raya kedua Tahun Baru Cina lepas dan kerja tak henti-henti selepas tu. Depa kata, bawa untung. Depa katalah.




Iklan