Bodoh

Tadi aku terbaca sebuah artikel berita daripada Malaysiakini tentang demo yang dilakukan oleh Perkasa di depan pusat gerakan MCA.

Kemudian, ada pula gambar ini yang dilampirkan sekali dengan artikel:-




Berdasarkan gambar di atas, sedarkah mereka-mereka ini bahawa isu sebenarnya bukan siapa lebih rasis, tapi kita semua sebenarnya tak patut rasis LANGSUNG?

Bodoh piang trang tang tang!

Gedik

Malam tadi aku pegi konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya. Sebuah konsert mengenang jasa arwah Loloq yang banyak menulis lirik-lirik lagu untuk penyanyi-penyanyi terkenal tanah air.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

.

.

.

.

.

.




NAMPAK TAK NAMPAK TAK NAMPAK TAK???

:D

Student Power

Di bawah ialah satu emel comel yang aku terima daripada King Chai, salah seorang daripada pelajar sains politik UKM yang dikenakan tindakan di bawah AUKU setahun lalu akibat berada di kawasan pilihanraya Hulu Selangor (weiii dia tu pelajar sains politik lah mestilah nak belajar pasal pilihanraya itupon takleh fikir ke?)

Pada hari kejadian aku sedang buat kerja di opis seperti biasa dan terima panggilan daripada mahasiswa yang minta bantuan. Maka aku dan Radzlan pun pergi membantu. Di situlah kami berkenalan dengan 4 orang pelajar sains politik ini yang kemudiannya digelar UKM4.

Aku telah minta kebenaran daripada King Cai untuk menerbitkan kandungan emel beliau kerana aku rasa pandangan dan suara hatinya wajar dikongsi bersama :)


Salam hormat kepada kalian,

Emel ini ditulis dan dihantar khas kepada kamu semua kerana kalian merupakan antara core group kepada perjuangan untuk mansuhkan AUKU, bukan kerana masa depan kami berempat sahaja, tetapi kerana kalian ingin membebaskan minda generasi muda ini daripada kongkongan AUKU.

Bagi diri saya sendiri, saya merasakan bahawa perjuangan ini jauh dari selesai dan saya rasa amat syukur kepada Ilahi kerana mempunyai kalian, bukan sahaja sebagai rakan seperjuangan dan komrad, tetapi juga sebagai abang, kakak dan adik kepada saya sepanjang tempoh satu tahun ini.

Banyak pengajaran dan pengalaman yang telah kami berempat perolehi daripada usaha kami, terutamanya dari segi bertindak balas untuk menentang kezaliman dan hegemoni negatif oleh pihak yang berkuasa ke atas kami, empat orang mahasiswa, yang bergantung sepenuhnya kepada sokongan keluarga, rakan-rakan dan kepercayaan daripada masyarakat umum untuk membebaskan minda dan pemikiran generasi ini.

Kepercayaan.

Komitmen.

Disiplin.

Pengorbanan.

Semua ini merupakan nilai-nilai yang telah ditanamkan dalam diri kami, jurusan daripada kes ini. Hanya kerana kami ingin belajar dan kami ingin tahu.

Apakah itu keadilan apabila sekali lagi kami akan diheret untuk menghadapi prosiding tatatertib pada 4hb. Mei 2011 apabila kami semua begitu hampir untuk menamatkan pengajian 3 tahun kami? Lebih-lebih lagi apabila kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan tesis serta mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir yang akan menentukan masa depan kami berempat.

Apakah itu keadilan apabila kami dihentam dan difitnah di Facebook, Twitter, blog oleh proksi-proksi kepada pihak yang berkepentingan dalam kes kami?

Bagi saya, perkara ini amat straight forward dan tidak perlu berbelit-belit. Sudah 1 tahun kita berjuang bersama untuk menghadapi cabaran dan tohmahan yang dilontar kepada kami berempat dan penghinaan kepada kematangan mahasiswa. Dan kita tidak boleh menghampakan rakan-rakan dan barisan mahasiswa yang lain, yang telah memberi komitmen, sokongan dan kepercayaan kepada kumpulan kami untuk meneruskan perjuangan.

Tanggal 22hb. April 2011, kes UKM4 akan genap satu tahun dan saya ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada kalian kerana sanggup bersama kami berempat sepanjang tahun ini. Jangan kita berputus asa lagi. Selagi AUKU itu masih wujud dan terus menjadi alat kepada hegemoni pemikiran mahasiswa di Malaysia, selagi itu kita ada tanggung jawab untuk mencabar legitimasi dan autoriti undang-undang yang drakonian dan mengekang pembangunan masyarakat.


Student power!


King Chai
18 April 2011

Protes Gaya Santai



Dah berapa lama korang (aku) tak baca suratkhabar? Kalaupun korang (aku) baca suratkhabar, selain daripada ruangan hiburan dan sukan, korang (aku) baca tak? Ye laaa.... asyik-asyik kita (aku) baca pasal orang tu kutuk orang ni, orang ni kata orang tu macam tu , tak habis-habis. Lebih-lebih lagi di dalam media arus perdana. Propaganda kow-kow pergh pergh tipu sana sini sampai tak ingat Tuhan.

Hari Sabtu lepas kami (aku) telah tunjuk rasa tak puas hati kami secara spontan dengan membaca suratkhabar yang kami menyampah secara terbalik. Acara dilakukan di beberapa tempat secara serentak. Aku pilih untuk sertai secara fizikal di pusat bandar KL.

Siapa 'kami' yang aku maksudkan? 'Kami' ialah kenkawan lepak-lepak je. Ada juga yang aku baru kenal haritu melalui kawan-kawan lain. Takde afiliasi politik. Kami biarkan acara tu dibuat secara terbuka dan sesiapa pun boleh turut serta. Tambahan pula, kami lihat ramai orang muda yang takut nak suarakan pendapat mereka tentang isu-isu semasa kerana mereka takut/belum bersedia untuk dilihat mengambil bahagian dalam gerakan aktivism. Ini adalah kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai 'orang politik'. Padahal, sebenarnya, mengambil bahagian di dalam gerakan sebegini bukan bermaksud anda telah menyertai mana-mana parti politik. Harmless. Polis pun tak kaco (diorang tengok je).


Kami mula membaca di depan Masjik Jamek selama beberapa minit:-





Kemudian, kami singgah sebentar di Jalan Melayu:-



Singgah sebentar di Kamdar dan Sogo:-








Lepas tu naik elarti pergi KLCC:-








Setibanyak kami di KLCC, rerupanya ada acara 'flash mob' haritu di mana orang ramai akan tidak bergerak selama 4 minit. Jadi kami beritahu penganjur yang kami nak join, tapi sambil baca suratkhabar terbalik. Ada orang rakam video :) (Zulhabri punya url di Youtube)





Kalau kami buat lagi lain kali, kamu nak turut serta? :)

(gambar daripada Sakinah, Syafiq, Zulhabri dan OrangGilak)

Panik

Ada banyak perkara, terutamanya kerja yang aku suka buat sendiri. Sendiri maknanya aku tak suka buat kerja dengan ramai orang. Selalunya kerja ramai-ramai ni akan lambat siap. Selalunya lah.

Jadi, bila kerja di opis aku akan tutup pintu. Aku tak kisah kalau staf nak borak-borak kat luar, aku akan cover telinga dengan earphone, takde masalah. Janji, kau jangan kacau aku sampai kau nampak aku bangun dari kerusi. Rasa dunia ini ana yang punya.

Tapi cerita di atas tu hanya separuh benar- aku memang tak suka kena kacau, tapi aku suka kacau orang. ahahahah.... best gila kacau orang tengah buat kerja terutamanya sekretari sendiri. Aku suka pergi tempat sekretari aku pastu kacau dia. Kadang-kadang aku usik dia, aku kata dia amik pen aku padahal aku yang sebenarnya amik pen dia... sampai ke satu tahap dia kena labelkan pen dia dengan liquid paper sebab takut aku amik :p

Sekretari aku namanya Uma. Umur beberapa tahun je beza daripada aku, jadi boleh lah geng. Selalunya dia banyak cover line untuk aku kalau aku tetiba 'ada meeting' kat luar. Tapi kadang-kadang aku merungut jugalah- sebab dia ni suka suruh aku sain surat banyak-banyak sekali gus. Dalam satu hari tu ada dekat 50 kot. Rajin betul dia taip surat.

Kadang-kadang aku saja je bagi dia kerja lain- pegi tostet ke binding bundle ke.. janji jangan suruh aku sain surat. Tapi akhirnya dia akan datang juga ke tempat aku dengan surat-surat. Sebenarnya, ada je loyar-loyar lain yang boleh sainkan surat-surat tu. Tapi dia takut dengan loyar tu. Mentang-mentang lah aku tak banyak songeh. Kadang-kadang aku ugut dia, kata aku taknak sain surat-surat tu. Tapi pastu dia ugut aku balik, kata dia akan minta bos sain. Cis.

Uma ada satu kepakaran. Dia ni 'files detector'. Kau sorok la files tu kat ceruk mana pun, dia mesti jumpa punya. Kadang-kadang, files tu kat tepi aku je, tapi aku tak nampak. Ini adalah kerana bilik aku penuh dengan files. Dah macam setor. Jadi Uma kena masuk bilik aku, tarik files tu pastu letak depan aku. Tak guna punya OrangGilak.

Hujung minggu, aku rajin pegi ofis (sebenarnya KENA pegi ofis sebab kerja tak siap masa office hour akibat selalu 'ada meeting kat luar'). Jadi Uma kena on hp dia. Ini kerana aku selalu tak jumpa files. Jadi Uma akan bagi instruction "ok puspa... dari kerusi kau, 2 langkah ke depan, pastu pusing 90 darjah ke kiri, files tu di bahagian bawah" lebih kurang camtulah. Lepas tu mesti files tu ada kat situ punya. Terer betul Uma.

Lagi satu, oleh sebab terlalu banyak kerja, aku selalu buat kerja last minute selepas berjaya mengejar deadline kerja yang lain. Kalau deadline kerja tu esok atau lusa, baru aku mula buat. Selalunya aku akan catat tarikh akhir tu di atas sehelai kertas yang kemudiannya aku kepil di bahagian atas files. Tapi, oleh sebab tempoh yang selalu singkat, kadang-kadang tak siap. Bila tak siap kena minta extension. Tah ape-ape tah.

Jadi, untuk mengelak perkara itu berlaku, Uma akan tipu aku. Dia akan kata deadline ialah lusa, padahal deadline lagi sepuluh hari. Bila aku melompat-lompat sebab kepanikkan, baru dia akan beritahu yang deadline ialah minggu depan. Kalau sempat siap, dia akan diam je. Tapi bukan semua files dia akan letak tarikh cenggitu, sampai aku pun dah confuse yang mana satu betul atau tak. Jadi, akhirnya aku kena ikut tarikh yang Uma bagi. Cis.

Tadi, Uma beritahu aku dia akan cuti mulai dari esok selama beberapa minggu. Aku tanya kenapa dan dia jawab kena pegi hospital. Dia kena jalani pembedahan kecil esok, sebab ada ketumbuhan dalam perut. Aku panik sekejap, sebab sebelum ni dia takde masalah kesihatan, kecuali dalam sebulan tu ada beberapa hari dia tak datang sebab sakit perut katanya. Aku ingat senggugut.

Muka aku cuak semacam tadi. Satu sebab risaukan Uma, satu sebab lagi ialah sebab.... aku takut nanti tak jumpa files. Tapi aku diam je. Pastu tetiba Uma cakap "nanti esok lepas pukul 10pagi, aku kena off hp dan akan tak sedarkan diri mungkin sampai malam. Kalau kau nak cari files, kau tunggu sampai hari Ahad la nanti aku on hp semula yer".

Bila Uma cakap macam tu, aku terdiam kejap. Aduh la kesian dia dah la sakit nak kena risaukan pasal aku yang tak jumpa files pulak. Aku rasa segan dan sedih pula bila terbayangkan Uma yang tengah sakit perut pastu sibuk fikirkan samada aku dapat jumpa files atau tidak.

Oleh itu, selepas berfikir sampai ke malam, aku bertekad untuk mencari jalan supaya aku tak perlu call Uma langsung selama dia bercuti sakit ni. Biar dia berehat. Aku akan melabel segala kabinet dan dinding bilik aku esok dengan nama files. Files akan disusun ikut alphabetical order untuk memudahkan pencarian. Aku akan gunakan chambering student untuk bantu aku melabel. Yes... idea yang bagus. Tapi... takkan aku takde deadline kerja esok?



Aku akan call Uma sebelum pukul 10pg esok untuk tanya.


p/s: Get well soon Uma! Dan Selamat Menyambut Tahun Baru Tamil kepada yang meraikannya :)