Kambing



Gambar di atas merupakan gambar seekor kambing. Aku jumpa kambing ni 2 tahun lepas, kat Jelebu. Bukan sebab nak pi beraya di kampung Tukar Tiub, tapi ada kenduri kahwin. Kambing ni agak fotogenik. Rupanya secara 'live' sama dengan rupanya di dalam gambar.

Kambing selalu dikaitkan dengan bau busuk. Padahal, banyak lagi benda yang lebih busuk daripada kambing. Contohnya, tahi lembu, bau nafas orang tak mandi dan bau kaki. Kalau diperhatikan betul-betul, kambing ni sebenarnya agak comel. Mukanya bak kucing tapi lonjong sikit, dan lebih macho daripada lembu sebab ada janggut sejemput. Tapi, disebabkan faktor bau, kambing selalu dijauhi.

Di samping itu, walaupun daging kambing agak sedap, tapi ia selalu dikaitkan dengan kepanasan. Disebabkan cerita-cerita negatif tentang kambing, kambing selalu tak dapat jadi 'hero.' Kambing selalunya akan jadi 'sidekick' sahaja. Contohnya kalau tetamu tak makan daging lembu atau babi sebab agama, maka barulah hidangan kambing akan disediakan.

Begitu juga dengan susu kambing, jarang orang nak minum susu dia, sebab susu lembu lebih popular. Kesian kambing.

Tapi ada satu kelebihan kambing yang binatang lain tak boleh lawan. Lamb Chop Station 21. Pergh. Persetankan 'chicken chop', 'beef steak' atau 'fish and chips' sekalipun. 'Lamb Chop is number one'. Uno. Harga mahal sikit takpe, janji puas hati.

Kadang-kadang aku rasa aku ni cam kambing. Comel tapi busuk, busuk tapi mahal.

5 komen:

Hanggokan berkata...

kahkahkah!
ok - aku dapat apa yang kau cuba sampaikan. sesunggohnya kambing adalah idola aku. dahulu aku ada bela kambing bernama kasem (KAmbing+henSEM). tapi dia akhirnya tewas pada satu upacara akikah. TQ!
kahkahkah!

rawsktar berkata...

kau ni kelakar la.

kambing yang kelakar.

w.a.w.a berkata...

Sesungguhnya awak ialah kazen kita yg paling busuk sekali..

Namun begitu "hepi belated birthday"

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

aku selalu ambik kambing untuk di cerminkan di sebelah... agar aku sentiasa nampak kacak

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL berkata...

erm.. Entri ni sedikit sebanyak menimbulkan rasa suka aku pada haiwan yg bernama kambing ni. Jika diperhatikan dgn b'sungguh2, ia memang comel!!