Geng

Semalam pergi jumpa geng sekolah menengah. Dah 2 tahun tak jumpa. Mimot ajak jumpa sebab dia dah nak beranak minggu depan. Geng ada 5 orang, tapi yang dapat datang 3 orang je. Alasan Ida agak logik la, iaitu "sapa suruh korang buat masa bday aku? Husband aku nak celebrate dengan sapa?" Yang paling tak logik ialah alasan Anyza iaitu "teman sepupu pi spa". Kalau dia yang pi spa tu aku terima gak la, sebab spa best.

Apapun, malam tadi memang best. Kami menyalahkan sesama sendiri kenapa tak jumpa padahal Fazlin kerja di Bank Negara dan aku di PJ je. Mungkin sebab Mimot keja di Dubai. Dia balik sebab nak beranak je. Hurm.

Pada aku, kawan sekolah berbeza dengan kawan sekerja sebab kawan sekolah lebih tahu pasal latar belakang kita. Selalunya, kita melepak dengan kawan sekolah dekat rumah, samada rumah dorang atau rumah kita. Jadi secara tak langsung kita akan kenal dan rapat dengan keluarga mereka juga. Keluarga Mimot paling aku kenal sebab kami kawan sejak sekolah rendah. Aku teringat, masa putus cinta pertama kali masa umur 19 tahun, Mimot takde kat rumah sebab dia sibuk final exam di UITM. Jadi apa yang aku buat? Aku pi cari mak dia kat pusat kecantikannya dan mak dia ajak aku tido rumah dia 2 hari.

Fazlin plak teman gayut. Dulu-dulu tak terasa sangat kalau bergayut di telefon sebab telefon rumah kan murah. Yang kelakar aku mesti ter-telefon waktu dia tengah basuh baju (guna mesin basuh la). Kadang-kadang masa dia telefon aku pun dia tengah basuh baju dan hanya akan berhenti bila tiba waktu untuk menjemur pakaian.

Agak mengejutkan lepas berbelas-belas tahun, kami bertiga masih kongsi sentimen yang sama tentang banyak perkara, baik perkara dulu-dulu ataupun masakini. Padanlah kami boleh jadi geng tanpa gaduh. Yup, kami tak penah bergaduh walau sekalipun. Gaduh dengan orang lain mungkin pernah lah kot, 'gang fight'. Itupun masa sekolah rendah. Geng aku menang, tapi kena denda dan ibubapa kena datang sekolah lepas geng yang kalah tu nangis dan balik beritahu mak dia. Tah apa-apa.

Harap-harap lepas ni jumpa lagi. Hurm, memang nak kena jumpa lagi sebab Mimot dah nak beranak dan aku 'order' minyak wangi dari pusat kecantikan mak dia.



3 komen:

mizuraesa berkata...

seronotttt.. nanti kita makan2 lagi k.. lepas aku pantang la.. hehe.. or korang dtg la umah aku makan2.. tapi aku takleh buatkan lasagna sbb aku tgh pantang! :D

OrangGilak berkata...

haha okok. kita suruh fazlin masak!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

DULU SEMUA COMEL TAPI SEKARANG KENAPA TAK..SAPA BOLEH JAWAB