Jalan Raya yang Sibuk/Menyibuk di Jalan Raya?

Malam Jumaat lepas-eh silap, pagi Sabtu yang lalu, selepas bermakan malam, bermalam lewat malam dan bersarapan awal pagi dengan bebudak Legal Aiders, aku melalui sebuah jalan di Damansara.

Ketika sampai di selekoh, kelihatan sebuah van yang diletakkan di tepi jalan, betul2 di tepi selekoh. Bahaya betul. Lebih membahayakan, ada seorang lelaki yang terbaring di sebelah van itu! Cuba bayangkan kalau ada orang yang memandu di selekoh tersebut dengan laju, tak ke terpenggal kepala lelaki itu?

Teman aku berhentikan kereta, dia cuba nak membantu. Aku risau, ingatkan mayat. Rupa-rupanya, lelaki yang terbaring itu sedang mabuk. Dia dah tak boleh nak memandu. Selepas kami, ada sebuah lagi kereta dan beberapa motor yang berhenti, semuanya nak membantu.

Lelaki itu agak berat, beberapa orang lelaki ramai-ramai cuba untuk mengangkatnya. Tapi kemudian lelaki itu menjerit di dalam bahasa kantonis menghalau semua orang ada. Akhirnya dia ditinggalkan bersendirian.

Teman aku tak puas hati, dia ajak aku ke balai polis berhampiran. Sekurang-kurangnya polis boleh bantu mengalihkan lelaki tersebut supaya dia tak dilanggar kereta. Ketika kami tiba di balai, kelihatan beberapa buah motor dan kereta yang sama-sama berhenti tadi, juga ada di situ.

Begitulah prihatinnya rakyat Malaysia.

Tapi.

Bukan semua kejadian di atas jalan raya berbaloi untuk korang berhentikan kereta dan melihat-lihat, okay?!

Aku nak pergi Mahkamah Tinggi Seremban pagi tadi, aku bertolak pukul 715, sepatutnya pukul 8 lebih dah boleh sampai, tapi pukul 930 aku masih di KL! di KL! Kenapa?

Sebab, orang-orang yang terlalu prihatin berhentikan kereta atau perlahankan kereta mereka, semata-mata untuk melihat sebuah lori sampah yang pancit tayarnya! diulangi, lori sampah yang pancit tayarnya! Jalan sesak 3 jam!

Apa jadi dengan kes aku di Seremban? Aku tak dapat pergi! Nasib baik pihak lawan minta tarikh baru daripada Mahkamah sebab kesian kat aku!

Kalau nak jadi prihatin pon, agak-agak lah sikit!

3 komen:

j or ji berkata...

saya juga ingin mengikut jalan itu tadi untuk ke Bangi, tapi selepas tol penchala, saya terus tukar haluan mengikut jalan Duta. Phew!

Rupa2nya lori sampah tayar bocor!! arghh! Malaysia!

:)

rawsktar berkata...

hahahahahhahahah.

ko ni prihatin la puspa.

Tanpa Nama berkata...

jam for nothing..biasaklah tu.kalo lalu dpn motorola tu pon..takde pape..tapi jamnye dari jalan PP narayanan tuh.ceh

mas