Merukunkan Negara melalui Perlembagaan

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Keluhuran Perlembagaan.

Dalam konteks kenegaraan, Perlembagaan ialah dasar negara. Undang-undang bertulis kita menggelarkannya Perlembagaan Persekutuan. Dengan mengendors perlembagaan sebagai sesuatu yang luhur, seseorang mesti tertanya-tanya mengapakah kita diajar supaya memuliakan Perlembagaan?

Kerana Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama negara kita.

Artikel 4
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama negara dan mana-mana undang-undang lain yang digubal selepas Merdeka yang tidak konsisten dengan Perlembagaan ini, adalah terbatal.

Undang-undang apa yang ada di dalam Perlembagaan tu? Heh. Banyak beb. Antara undang-undang yang ada di dalam Perlembagaan adalah termasuk undang-undang hak asasi. Yeah. Tak caya kan, negara kita sebenarnya ada peruntukkan untuk melindungi hak asasi?

Artikel 5
Kebebasan individu. Sesiapa yang ditangkap mestilah ditahan secara sah. Mesti dibawa ke hadapan Majistret dalam masa 24 jam selepas ditangkap. Mesti diberitahu sebab-sebab tangkapan dan mesti dibenarkan mengupah peguam sendiri.

Artikel 8
Kesamarataan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Tidak boleh ada diskriminasi.

Artikel 10
Kebebasan bersuara dan berekspresi.
Kebebasan berhimpun selagi ianya aman dan tidak bersenjata.
Kebebasan untuk berpersatuan.

Artikel 11
Kebebasan beragama.

Artikel 13
Hak terhadap harta. Sekiranya harta seseorang hendak diambil secara wajib atau paksa (selalunya oleh kerajaan), pampasan yang setimpal haruslah diberikan.

Tu baru sentuh bab hak asasi tu. Malangnya, undang-undang yang nampak bagus macam ni selalunya adalah tertakluk kepada pengecualian dan beberapa undang-undang lain yang dibenarkan. Antara pengecualian yang lazim digunakan ialah bahawa kebebasan yang diberikan tidak boleh mengancam keselamatan awam. Hmm

Artikel 149
Mana-mana artikel berkenaan hak asasi yang telah disebutkan di atas, tidak akan digunapakai sekiranya didapati terdapat 'ancaman' daripada mana-mana kumpulan orang yang menyebabkan kekerasan, membangkitkan perasaan tidak suka kepada YDPA atau kerajaan dalam persekutuan, perkauman, menyebabkan ketenteraman awam atau mana-mana bahagian persekutuan....

Dan, ada lagi bab-bab yang lain...

Artikel 152
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

Artikel 145
Peguam Negara ialah seseorang yang dilantik oleh YDPA atas nasihat PM, dan Peguam Negara mestilah seseorang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

Artikel 183
Tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas YDPA atau Sultan/Raja melainkan dengan izin Ketua Peguam Negara.

Artikel 43
Susun atur kabinet/Parlimen




...dan banyak lagi.

Aku cadangkan korang semua pergi ke kedai buku, bahagian undang-undang dan beli senaskhah Perlembagaan Persekutuan. Tak mahal, kurang dari rm20 ringgit. Kalau yang bersaiz poket macam aku punya, harganya rm10.

Kenapa? Sebab aku nak korang faham, kenapa bila kami semua berteriak supaya mansuhkan ISA, mansuhkan pembelajaran di dalam bahasa Inggeris, bayar pampasan kepada peneroka bandar yang dihalau keluar dari tanah, mansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan media dan banyak lagi, ia semuanya bersebab.

Kerana undang-undang dan tindakan-tindakan itu adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan dan dilaksanakan bukan untuk menjaga kepentingan awam.

Artikel 149? Buktikan.

Undang-undang yang selalu digunakan untuk 'menyokong' Artikel 149- Akta Polis, Kanun Keseksaan, ISA, Akta Percetakan, Akta Rahsia Rasmi, EPOPCO, wtf.

Contoh 1: 10 orang peguam memegang kain rentang menuju ke bangunan Majlis Peguam- ancaman kepada negarakah?
Contoh 2: 5 orang peguam berdiri di hadapan pagar balai untuk bertemu dengan anak guam-menggugat kerajaan persekutuankah?
Contoh 3: Tanah kampung yang dahulunya tidak subur dan diabaikan pemerintah, tapi kemudian diusahakan oleh peneroka dan kemudian menjadi tanah yang subur dan bernilai. Peneroka dihalau kerana tanah itu, milik kerajaan. Pampasan tidak dapat kerana tanah bukan milik peneroka. Bila peneroka enggan keluar, dianggap mengancam ketenteraman awamkah?

Bila kita selalu sangat gunakan undang-undang yang ikut 'budi bicara' dan 'rasa' tanpa ada bukti yang kukuh dan pertimbangan yang wajar, maka Perlembagaan, akan terus menjadi sekadar perlembagaan sahaja.

Tidak?

Sejak awal tahun ni, Majlis Peguam telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perlembagaan, yang ditubuhkan untuk mengkaji dan memberi usul terhadap segala peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Jawatankuasa ini diketuai oleh Uncle Ed ooops Encik Edmund Bon, seorang peguam hak asasi manusia.

Jawatankuasa ini sangat aktif, dan akan melancarkan kempen kesedaran undang-undang Perlembagaan Persekutuan pada hari esok.

Acara: Kempen Perlembagaanku
Bila: Jumaat 13.11.2009
Mana: Auditorium Majlis Peguam, Leboh Pasar, KL
Masa: 3ptg
Apa lagi yang ada selain drpd majlis pelancaran: Forum berkenaan perlembagaan. Ahli-ahli panel ialah Prof Shad Faruqi, Prof Aziz Bari, Tuan Haji Sulaiman, Malik Imtiaz dan Azmi Sharom.

Datanglah beramai-ramai. Ianya terbuka dan percuma. Tak rugi :)



Edmund Bon ketika sedang gembira

Terkena

Bulan ni bulan November kan? Bukan April Fool kan?

Adegan 1

(Ketika sedang berlari-lari sebab terlewat 10 minit menonton tayangan lewat malam)

Aku: Hnnns hnnns nah tiket saya
Brader jaga tiket: Eh sori la cik dah tak boleh masuk dah?
Aku: Apa? alaa lewat 10 minit jer lagipun saya dah beli tiket! Kawan2 dah tunggu kat dalam...
Brader jaga tiket: Betul ni tak boleh masuk dah (sambil mengunci tali penghadang dengan muka serius). Hahahahaha saya buat lawak je! Silakan masuk! (sambil buka tali penghadang)

Adegan 2

(Ketika sedang memecut- ok... kalau aku yang pecut maknanya kelajuan adalah di tahap normal bagi orang lain- untuk ke program amal mangsa gempa bumi. Aku dah lewat satu jam)

Aku: Alamak dik akak takde duit kecik la. Ada pecah RM50 tak?
Adik jaga parking: Jangankan RM50, RM100 pon saya ada kak.
Aku: Wow hebat. Nah!
Adik jaga parking: (Datang beberapa minit lepas tu dengan muka panik) Alamak kak... macamana ni tak cukup duit la. Akak korek laa wang syiling yang ada?
Aku: Alamak... jap jap (sambil tertonggeng-tonggeng dalam kete cari beg)
Adik jaga parking: Dah la tu kak! buruk la orang nampak! Nah duit baki saya main2 je tadi hahahahah!

Cis.

Sepetang di Pantai Klebang

Semalam Fad, Far dan aku ke kenduri kahwin Beri di Melaka. Habis kenduri, kami telah mulakan misi jalan-jalan cari makan, bermula dari sebuah warung di Pantai Klebang.

Aku: Kakak, bagi mi udang satu
Fad: Saya pun nak
Far: Mi Bandung satu
Kakak 1: Minum?
Aku: (Melihat menu) Sirap laici kurang manis satu
Fad: Saya pun nak
Far: Laici satu

10 minit kemudian

Kakak 2: Dik, mi udang tu nak yang macam mana?
Aku: Er. Mi yang ada udang?
Kakak 2: Ye lah, yang goreng ke apa ke
Fad: Yang berkuah la kak, lepas tu ada udang
Kakak 2: Kat sini takde jual mi udang
Aku: Lah apasal tak cakap tadi? oklah kami tukar. Minta menu
Fad: Bagi saya bakso lah
Aku: Tambah satu lagi

10 minit kemudian

Kakak 1: (Bercakap dengan Far) Dik, mi bandung takde
Far: Aik? Tadi ada?
Kakak 1: Sekarang dah habis
Far: (melihat menu) oklah bagi saya char kue tiau kerang satu
Kakak 1: kerang takde
Far: Habis apa yang ada? char kue tiau biasa je lah! erm air kami mana?
Kakak 1: kejap

Sementara itu dialog dari meja sebelah...

A: Kak, bagi air laici satu
Kakak 2: Laici takde
Aku: Aik? Fad, tadi dia tak kata apa-apa pun? kita pun minta laici kan? sirap laici
Fad: Ha ah takpelah, nanti dia kasi kita sirap pon oklah
Far: Tapi aku minta air laici!

2 minit selepas itu

Kakak 2: Nah (letak sepinggan mi bandung di depan Far)
Far: Aik? Tadi kata takde mi bandung?
Kakak 2: Sekarang dah ada
Far: Lah saya dah berangan nak makan char kue tiau. Takpe la kue tiau tu kensel ye

Kemudian bakso kami pun datang. Makan lebih kurang 20 minit, minuman tak sampai-sampai. Dialog dari meja sebelah

B: Mana air kami? makanan dah lama habis dah ni!
Kakak 1: Kejap... kejap

Kami semua menunggu air minuman masing2 selama 15 minit lagi. Oleh kerana tak sampai juga, kami kensel minuman, bayar harga makanan dan pergi.

Ntah apa-apa ntah.