Rahsia 2

Tadi aku ke Mahkamah. Kes pertikaian perniagaan. Kedua-dua pihak mahu selesai luar Mahkamah, jadi aku dan peguam pihak lagi satu pergi jumpa Hakim di dalam kamar beliau.

Hakim yang bijaksana nan seorang ni, memang agak peramah orangnya. Jadi selepas selesai urusan kerja, kami bertiga berborak sebentar. Kami bercakap tentang perjalanan prosiding kehakiman yang agak pantas sekarang ni. D-Track lah, T-Track lah dan macam2 lagi. Menurut Hakim yang bijaksana, sistem serupa ini akan diperkenalkan di Mahkamah-mahkamah Rendah tak lama lagi.

Lepas tu, Hakim menyentuh tentang kerja yang bertimbun2. "Tak kiralah peguam ke, hakim ke, kita kena jaga kesihatan" kata Hakim ni. Lepas tu beliau bercakap tentang sakit kepala, sakit otak, pendarahan dalaman, tekanan, Michael Jackson dan Yasmin Ahmad. "Lebih-lebih lagi kerja macam kita ni, bukannya kita boleh kongsi masalah dan rahsia dengan orang", tambahnya.

Hakim ni juga bercerita bahawa ketika beliau muda, dalam keadaan tertekan dan tidak boleh berkongsi masalah dengan orang lain, beliau akan memilih untuk berjalan kaki. Dari satu perhentian ke perhentian yang lain, beliau akan 'bercakap' dengan alam. Dengan pokok, rumput, bunga dan batu. "Bila dah sampai ke destinasi, kepala saya akan jadi ringan", katanya.

Mungkin dah tiba masanya aku mempertimbangkan kerjaya alternatif.

p/s: Malam nanti aku karang cerita hari pengumuman calon Bagan Pinang. Sekarang, aku kena pergi jadi peguam yang penuh rahsia dan separuh sewel.

Rahsia

Sebagai seorang peguam, aku dibayar untuk simpan rahsia orang. Semuanya 'private & confidential'.

Tu belum masuk rahsia-rahsia organisasi. Rahsia politik. Rahsia keluarga. Rahsia kawan-kawan.

Habis siapa nak tolong simpankan rahsia aku?

Nasib baik, ada 2-3 orang kawan yang sudi jadi Penyimpan Mohor2 Besar aku. Dan mereka muncul lebih kerap daripada pakcik pakai songkok yang tengok anak bulan tu. Walaupun kerapkali aku tengok muka mereka berkerut-kerut bila aku bercerita, tapi mereka mendengar juga. Terima kasih.

Bila fikir tentang rahsia, aku teringat tentang sebuah cerita yang aku pernah baca masa kecil, tapi tatau asal usulnya.

Zaman dahulukala, ada seorang tukang gunting rambut diraja yang bertugas di istana. Raja suka bercerita padanya. Mula2 cerita biasa, lepas tu cerita keluarga, lama2 cerita kerajaan pon diluahkannya juga.

Si tukang gunting dah tak tahan. Banyak betul rahsia kerajaan yang disimpannya. Nak diceritakan pada orang, takut kena potong kepala. Jadi dia simpan, sampai dapat migrain.

Satu hari si tukang gunting rambut dapat satu idea. Dia keluar dari istana, jalan jauh-jauh, sampai ke sebuah padang yang luas. Bila takde orang, si tukang gunting rambut pun korek sebuah lubang di padang tersebut. Dalam-dalam. Kemudian, dia ceritakan semua rahsia yang terpendam dalam lubang tadi.

Selepas habis semua rahsia diluahkan, si tukang gunting rambut timbus semula lubang tersebut. Kepalanya pun jadi ringan. Dia pulang ke istana dengan gembira.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu dan bulan pun berganti bulan. Tanah padang yang dikorek, dah lama rata. Dah tumbuh rumput. Rumput dah panjang, jadi lalang. Lama-lama jadi semak.

Orang-orang kampung di sekeliling padang mula bercakap. Rumput dan lalang di padang tu, lebih panjang daripada biasa. Lebih-lebih agi yang disekitar lubang yang dikorek tu. Tapi tak seorang pun yang tahu tentang si tukang gunting rambut.

Sehinggalah pada satu hari... angin monsun melanda negeri. Setiap hari berangin. Sedap. Tapi angin yang kali ni lain macam sikit. Kalau kau berada di tempat yang sunyi, cuba kau dengar betul-betul sepoian angin tu. Angin yang melalui padang lalang tempat si tukang gunting rambut meluahkan rahsia, membawa sekali rahsia itu ke mana sahaja ia pergi. Dan bila angin itu sampai di telinga kau, kau akan dengar rahsia tersebut.

Akhirnya, rahsia sudah tak menjadi rahsia. Semua orang tahu skandal dalam negara. Orang bercakap, dan akhirnya sampai ke telinga sang raja. Murka baginda.

Apa yang terjadi kepada si tukang gunting rambut selepas itu?

Entahlah, aku tak ingat.

Hari Ini Hari Raya Keempat

Hari ni hari raya keempat...

Aku kerja.

Sob.

Haghi Ghayo Keduo

Haghi Ghayo Keduo, dimulokan dongan drama den mongamuk soghang2 kek ghumah sobab kopi dah habih. Den pun bueklah teh uncang, tapi efeknyo tak samo sobab den tak boliah monyanyi "ko ko ko kopi!" maso sarapan.

Lopeh tu, den bobaghing2 tengok tiwi cam ular sawo sementagho monunggu abang den bangun. Den dah bajet dah abang den mosti bangun lambek punyo, sobab malam tadi dio baliak puku ompek sotongah pagi (den ghaso, 'punch card' kek ghumah tu memang limit dio sampai pukul 430pagi, sobab malam semalam pun dio baliak 'time' tu juo).

Abang den bangun maso tongahari, itupon sobab den tondang pintu bilik dio 40 kali. Lopeh dio mandi, kami pun botolak ko Kualo Pilah. Tahun ni potamo kali kami baliak tanpo ayah, sobab ayah den boghayo kek Medan umah bini dio.

Sampai kek Bukit Putus, tibo-tibo jalan 'jam' pulak. Eden ngan abang den golak sampai gigil, sobab Bukit Putus mano ponah 'jam'. Lopeh tu sodaro kami kek Pilah tipon, katonyo ado kemalangan kek Tanjung Ipoh, sobab tu jalan 'jam'.

Bosan bona monghaghung jalan yang 'jam' di Bukit Putus, apo laie bilo abang den punyo 'CD collection' adalah sangat kodi. 'Club remix' la, Peterpan la, sampai kek Ulu Bendul, den raso den botul2 bondul.

Setibonyo kek Pilah, kami poie ko kubur dulu. Menziarah kubur atok den. Menziarah kubur uwan den. Menziarah kubur omak den.

Lopeh tu, kami botolak ko ghumah Pak Lang. Ghumah Pak Lang ni sobolah rumah uwan jo. Sampai kek sano, macam biaso kami torus makan. Rondang ayam, rondang dagiang, lomang, tempoyak pucuk. Poncuci mulut, macam biaso, ialah tapai.

Kali ni, kami botandang lamo sikit, sobab malam nanti nak menziarah rumah Induk Sukar pulak. Jadi eden habiskan maso bergossip dongan Pak Lang den. Corito pasal atok, wan, API, AWAS, sampailah ko Bagan Pinang.

Abang den cubo nak menghasut, "Pak Lang boliah tak tolong nasihatkan dio ni, asyik kono tahan jo". Tapi Pak Lang den kato, "biarlah dio bojuang, namanyo pun cucu atok dio" ditambah pulak dongan Mak Lang den "kami kek sini bobanggo dongan kojo2 kamu tu. Toruihkan" (hehehehe silap laa abang oi ni kan territory gua :p)

Lopeh tu, kami bojalan2 kek kampung tu dan boronti minum kopi. Malam lopeh maghrib, kami botolak ko ghumah Induk Sukar (induk=makcik). Ghumah Induk ado nasi minyak. Makan laie.

Eden raso sogan sikit dongan diri sendiri, sobab ado namo sodaro yang eden tak ingat. Tahun ni, eden socaro rasminya dikonali sobagai Induk Ti @ Nok Ti sobab ado sepupu den yang dah beranak. Kato Kak Cik, memang kono bonarlah tu... Nok Ti yang 'naughty' hahahah.

Maso kami botolak pulang, haghi dah golap bona. Tapi abang kasanova den nak juo baliak ko KL, ada 'hal' katanyo. Tak kisahlah tu. Tapi bawo kereto cam pelesit sakit poghut tu yang den hangin tu. Akhirnya kami tibo juo... dan eden ditinggalkan laie, mungkin sampai puku 430 pagi laie.

Sobonanyo den gombigho gak dio takdo ni ha, sobab boleh la den melantak tempoyak pucuk samo rondang daging dan rondang ayam yang ditapau dek Mak Lang ni sampai habih, den ingatkan nak tinggalkan sopiring jo kek dio sebagai tando protes. Padan muko.

Selamat Haghi Ghayo semuo.


Rumah wan den yang sodang di'renovate' oleh Pak Long den


Farah bosamo induk-induknyo

Hari Ini Hari Raya

Hari ini Hari Raya, yang dimulakan dengan drama aku terkunci di luar rumah dan tidur dalam kereta sehingga pukul 430 pagi sebab ayah lupa nak beritahu aku yang dia dah tukar kunci pintu rumah. Kena tunggu abang balik merayau dari Jalan TAR untuk masuk.

Hari ini Hari Raya, makan sarapan berat iaitu nasi impit, rendang, kuah kacang, udang goreng. Tapi tahun ni, kuah lontong takde.

Hari ini Hari Raya, macam biaso den balik rumah nenek bolah ayah kek Gombak. Dan macam biaso gak budak2 beratur minta duit raya, den bagi. Kek keliling rumah nenek ialah rumah anak2 dia seramai 6 orang, jadi den bojalan pakai selipar jopun jo merantau carik makanan. Konyang den makan laksa, rondang, kuah lontong, ayam goreng, lomang, nasi ayam. Esok, den poie Kualo Pilah plak, umah wan bolah arwah mak.

Hari ini Hari Raya, tapi ayah sebok nak berjalan gi Indonesia, abang kena pegi hantar ayah ke KLIA, tinggal aku sorang2.

Hari ini Hari Raya, tapi aku rasa cam hari biasa, adakah sebab faktor keadaan sekeliling yang tak berapa nak gembira, buat muka aku pun ketat semacam? Apapun, aku tetap bersyukur sebab ada keluarga dan saudara mara untuk beraya bersama :)

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir. (err dosa batin tu cemana ntah?)


Gambar skandal dengan Pak Uda yang suka manjakan aku sejak kecil :)

Suara Rakyat Malaysia

Hari Khamis lepas, ada sidang media ulangtahun ke-20 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Aku hadir memberikan sokongan. SUARAM ada 8 orang ahli sekretariat dan 10 orang koordinator. Mengenai SUARAM, ia ditubuhkan oleh beberapa orang aktivis hak asasi manusia dan bekas tahanan ISA selepas peristiwa 'Operasi Lalang' pada tahun 1989 yang mana lebih 100 orang telah ditahan dan disumbatkan ke dalam ISA. Sejak daripada itu, SUARAM sangat lantang dalam isu2 yang melibatkan hak-hak sivil dan politik. SUARAM juga adalah salah satu badan sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mengenang kembali penglibatan aku bersama SUARAM, ialah ketika aku masih berada di tahun pertama universiti dahulu. Waktu tu tengah bosan, cuti semester 3 bulan. Ada seorang kawan aku namanya Yueh Jiin, ajak buat kerja2 sukarela di mana2 NGO yang memperjuangkan hak asasi. Kami pun ber'yahoo' dan ber'google' dan akhirnya sampai di laman web SUARAM. Kami telefon dan kata nak buat kerja sukarela. Mereka suruh kami datang ke pejabat di PJ.

Esoknya, Yueh Jiin dan aku naik komuter dari rumah kami di Subang ke stesen Petaling. Jalan kaki 10 minit je, dan sampai pejabat SUARAM. Yang menemuduga kami pada waktu itu ialah bekas Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel. Cynthia kata, memandangkan kami ni pelajar undang2, apa kata buat 'attachment' terus kat situ. Lagipun, mereka akan bagi duit tambang dan elaun makan. Kami pun kata 'ok'.

Sehari di SUARAM, aku diperkenalkan dengan koordinator2 SUARAM yang lain. Waktu tu koordinator2 SUARAM ialah Yap Swee Seng, Eric Paulsen, Arul (kini setiausaha agung PSM) dan Lih Kang (kini ADUN Teja, Perak). Mereka ni semua sangat cool dan ajar aku banyak perkara. Tapi aku agak takut dengan Eric, sebab dia selalu nak bagi pop kuiz. Tiap2 hari, Eric akan beri kami satu buku untuk dibaca dan kena dihabiskan dalam sehari. Lepas tu, masa waktu minum petang (yang sepatutnya adalah waktu gembira), dia akan tanya soalan2 "apa yang berlaku pada 1989? apa itu GAM? Senaraikan 30 artikel2 UDHR" dan banyak lagi. Takut gila. Selain daripada itu, Eric juga selalu suruh kami baca dan gunting keratan suratkhabar berkenaan hak asasi setiap hari. Bosan ah. Jadi aku selalu lari ikut Arul. Arul best. Dia selalu pegi balai polis dan mahkamah untuk kes2 yang melibatkan kematian dalam tahanan (ooops.. adakah itu juga sebab kenapa aku 'suka' pegi balai polis sehingga sekarang? hahahaa).

Lepas tamat tempoh 'attachment', Yueh Jiin dan aku masih lagi berhubungan dengan SUARAM. Kadang2, kami tolong SUARAM buat 'watching brief' di Mahkamah, kemudian buat laporan di laman web SUARAM. Kami juga banyak buat kawan dengan NGO2 yang lain dan cuba memahami perjuangan masing2. Kini, aku ialah salah seorang ahli sekretariat SUARAM :)

Apa yang aku perhatikan sepanjang terlibat di dalam bidang ini ialah, perjuangan hak asasi bukanlah satu kerja yang mudah. Kita akan terdedah dengan macam2 perkara. Kena intip, kena ugut, kena tangkap, kena kutuk dan sebagainya. Sebab itu, adalah penting untuk kita memahami dan memberi sepenuh kepercayaan kepada diri sendiri dan subjek yang kita perjuangkan sebelum kita pergi ke depan dan berjuang. Kalau tak, kita akan rasa takut dan cepat bosan dan kadang2, akan tinggalkan terus perjuangan ni, seperti yang aku lihat telah banyak terjadi kepada aktivis2 muda semasa aku belajar dahulu.

Kini, SUARAM telah berusia 20 tahun. Percayalah, ia bukan satu perjalanan yang mudah, tapi SUARAM berjaya mengharunginya dengan gaya yang sangat cool (cewah). Dan untuk itu, kami pun bercadang untuk membuat satu majlis makan malam besar-besaran, gilang gemilang dan terbilang. Tapi, oleh kerana SUARAM adalah satu NGO yang tak berapa kaya (pejabat pun kat atas kedai dobi okay), dan tak seglemer Mawi yang ditaja beratus-ratus orang, kami akhirnya terpaksa bersetuju dengan lokasi majlis makan malam yang mengikut bajet, iaitu Dewan Sivik MBPJ.

Butir-butir majlis makan malam adalah seperti di poster di bawah:-




Oh ada satu info yang takde dalam poster. Tiket semeja ialah minima RM500 (kalau nak bagi lebih pun boleh) untuk sepuluh meja. Tapi kalau korang takde ramai kawan, boleh la beli tempat duduk je. Satu tempat duduk ialah rm50. Kalau datang dengan pasangan, belilah dua RM100. Lain-lain info, sila klik sini.

Selain daripada makan dengan gembira dan berkenalan dengan para aktivis, kalian juga akan dihiburkan oleh penyanyi lagu2 rakyat, Meor dan juga pemenang AIM, Shanon Shah. Khabarnya, sekumpulan anak muda juga akan membuat persembahan teater berkenaan hak asasi :)

Lagi, pada malam itu, SUARAM akan mengumumkan pemenang pertandingan mereka t-shirt SUARAM. Korang berminat nak sertai pertandingan ni? sila lihat poster di bawah:-


psst 14 oktober tu harijadi aku (hehe tak malu!)

Sila klik sini untuk syarat2 penyertaan.

Selain daripada itu, kami juga akan mengumumkan pemenang anugerah hak asasi bagi tahun ini. Anugerah ini adalah acara tahunan SUARAM. Antara pemenang-pemenang terdahulu ialah penduduk kampung Bukit Jelutong, kumpulan pelarian Chin (Burma), komuniti Penan di Ulu Beram dan HINDRAF.

Oh ya, percalonan bagi pemenang anugerah hak asasi bagi tahun ini masih terbuka sehingga 15 November ini. Sila klik sini dan sini untuk syarat2 percalonan.

Waah panjang betul entry aku kali ni (buat-buat terkejut :o) Baiklah kawan2, aku nak pergi servis kereta, balik rumah ayah dan tolong apa2 yang patut.

Sementara korang baca belog aku sambil anyam ketupat, janganlah lupa kepada nasib orang2 tertindas di luar sana, seperti tahanan dan bekas tahanan ISA yang masih belum pulih mental mereka sepenuhnya akibat diseksa, penduduk-penduduk kampung yang baru diroboh rumahnya, golongan2 minoriti yang dinafikan haknya, orang-orang asli yang diambil tanahnya, peneroka2 FELDA yang ditipu gerannya dan pembayar2 cukai yang disalahgunakan wangnya.

Selamat Hari Raya semua.

Menjelang Hari Malaysia

Zaman dulu-dulu, ketika pencemaran udara adalah kurang dari 0.1%, basikal ialah alat pengangkutan utama. Pergi kerja naik basikal, pergi sekolah naik basikal, pergi pasar, pergi clubbing (pesta muda-mudi) pon naik basikal.

Tapi sekarang, basikal ni hanya sekadar alat untuk beriadah je (baca: alat untuk menguruskan badan).

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir orang @ aktivis alam sekitar yang sudah mula mempopularkan kembali basikal. Bagi membuktikan yang mereka bukan cakap2 kosong je, mereka sudah mula pergi kerja naik basikal.

Ini ialah cerita pasal kawan aku, Chi Too:-



Ini pula ialah basikal Chi Too:-



Basikal Chi Too boleh dilipat:-



Chi Too sudah mula pergi kerja naik basikal sejak setahun yang lepas. Bagi memudahkan perjalanan, Chi Too akan melipat basikalnya dan menaiki LRT sehingga sampai ke stesen yang hampir dengan tempat kerjanya, kemudian dia akan berbasikal kembali.

Walaupun menaiki LRT dengan basikal adalah dilarang sebab ia memakan ruang, tapi oleh kerana basikal Chi Too boleh dilipat, pihak pengurusan LRT telah membenarkan Chi Too dan basikalnya naik :)

...sehinggalah minggu lepas.


Sila klik gambar untuk baca dengan lebih jelas

Tak faham betul aku dengan motif 'gangster' dan polis bantuan tersebut. (aku tak rasa mereka gangster... korang?) Bukankah kita sepatutnya menggalakkan gaya hidup yang seperti ini? Nak paksa semua orang berkereta dan bermotor kah? Tak cukup ke untung minyak berbilion-bilion yang korang sorok selama ni?

Selamat Hari Malaysia semua.

Daddy Cool

Kalau ada pemenang anugerah ayah paling pelik dalam dunia, maka ayah aku lah orangnya.

Sebagai orang Minang sejati, ayah selalu mengajar anak-anaknya berdikari dan guna duit sendiri kalau nak apa-apa. Kalau nak harapkan ayah belikan sesuatu tanpa membodek sekurang2nya seratus hari, lupakan.

Imbuhan sebab dapat nombor satu dalam kelas? Takde. PMR cemerlang? Ayah senyum je. SPM gred 1? "Ramai orang boleh dapat" katanya. Dapat masuk U? "Ambil course yang senang dapat kerja" reaksinya. Hari konvokesyen aku minta bunga, aku hanya dapat bingkai gambar, untuk gantung gambar terima ijazah.

Seminggu sebelum masuk kampus, ayah suruh mohon pinjaman. Tapi entah kenapa, pinjaman aku sangkut sampai 2 tahun. 2 tahun! Maka ayah aku kata "takpe pakai duit ayah". Selalunya ayah akan bagi duit ngam-ngam untuk yuran belajar. Yang selebihnya, aku kena pandang mata ayah lama-lama sambil buat mata bersinar-sinar macam mata anak kucing. Jadi sementara nak dapat duit pinjaman, aku keje 7-eleven. Lepas tu sebab tak larat, aku buka "7-eleven" sendiri dalam bilik asrama di kampus (bilik aku macam-macam ada... sewa cd, sewa buku cerita, nak beli megi/roti/minuman 3 dlm 1 silalah datang ke tingkat 1 Blok D) pastu hujung minggu aku naik bas ke pekan Gombak mengajar budak2 SPM dari rumah ke rumah. Hari-hari biasa, aku jadi assistant researcher untuk pensyarah. Masuk tahun ketiga... baru aku dapat pinjaman pendidikan. Dan yang bestnya, aku dapat sekali duit yang sepatutnya aku dapat masa tahun pertama dan kedua. Aku beritahu ayah. "Baguslah, boleh bayar balik duit ayah", katanya. Ok. Sob.

Masa tengah chambering, ramai kawan2 mula pakai kereta. Aku pon bagilah 'hint' kat ayah. "Tu elaun chambering tu kan ada, pegi guna duit tu bayar yuran belajar memandu". Ok. Sob.

Lepas dapat lesen, aku tunjuk kat ayah. "Hmm... nanti bila dah mula kerja, pergilah buat pinjaman bank, beli kereta sendiri". Ok. Sob.

Sekarang ni, walaupun dah tinggal berasingan dan aku jarang balik rumah ayah (padahal dekat je kat Subang) aku akan cuba luangkan sekali dua sebulan jumpa bapa aku dan belanja dia makan. Itupun ayah ungkit juga, sebab "asyik-asyik kodai mamak. kombang tokak den". (Nak buek camno yah, anak daro ayah ni loyar rakyat...bukannyo loyar korporat).

Tapi...

Setiap kali aku kena tangkap sebab bergaduh dengan polis, ayah akan bagi hadiah.

Masa kena tangkap depan balai polis Brickfields Mei lalu, ayah aku tak tau. Memang aku sengaja taknak beritahu ayah pun. Takut kena marah. Sebab, seingat aku masa muka aku keluar tv kerajaan beberapa tahun lalu ketika berdemo dengan sarikata di bawah tertulis "Ini Bukan Budaya Kita", ayah aku kasi ceramah selama 40 minit kaw2 punya. Inikan pula kena tangkap. Aku siap ugut abang aku, jangan beritahu ayah. Tapi akhirnya abang pecah lobang gak. Sampai sekarang, abang aku akan repot segala kegiatan aku kat ayah, lebih2 lagi dia rajin baca belog aku (tak aci tau abang... adik tak penah repot aktiviti abang kat ayah :p)

Seminggu lepas tu, aku takut gila bila ayah aku call, kata nak jumpa. Selalunya ayah hanya akan call aku bila nak beritahu aku yang nenek aku buat kenduri kat kampung (kampung kat Gombak je), suruh balik. Nenek aku punya hobi ialah membuat kenduri tanpa apa-apa sebab yang spesifik. Selalunya nenek akan gelar kenduri tu kenduri doa selamat. Tapi itu lain cerita. Berbalik kepada panggilan ayah aku yang secara tiba-tiba tu. Gigil beb.

"Apasal tak call masa tu?" "Err... hp habis bateri." "Apasal tak caj awal-awal kalau dah tahu bateri weak?" "Err... bateri hp tu mmg problem. Tiba-tiba je hp akan mati". "Apasal tak beli bateri baru?" "Err.. takde masa". "Pegi buat kerja2 tu ada masa plak!" "Err.. err"

Esoknya, ayah call lagi, kata nak jumpa. Gigil lagi. Ayah bagi hp baru. Hp Samsung yang edisi terhad punya, warna ungu. Pelik gak. Selalunya benda2 yang tak melibatkan keperluan asas ni, ayah akan suruh beli sendiri. Aku ambil masa selama sebulan untuk adjust diri aku dengan hp berteknologi canggih ni. Wah boleh buat video conference (ceh macamlah aku nak berkonferens dengan sapa2). Bila hp orang lain berbunyi pon, aku sibuk-sibuk nak periksa hp aku. Shallow gila.

1hb Ogos lepas, aku kena tangkap depan Masjid Jamek. Tapi sekejap je, lebih kurang 10-15 minit je. Waktu tu aku ingat selamat, sebab ayah aku outstation ke Indonesia selama lebih sebulan. Dia takkan tau punya heheheheh. Tapi aku lupa, abang aku baca belog aku. Cis.

Minggu lepas aku dapat tahu ayah dah kembali ke Malaysia. Aku cuba buat macam biasa. Tiba-tiba satu hari lepas baru balik dari Mahkamah, aku periksa hp ada satu misscall dari ayah. Oops. Aku call abang. Abang suruh aku call ayah. "Ada kenduri ke?" "Takde. Call je lah ayah". "Ni mesti abang repot lagi ni!!!" Abang aku cepat2 letak hp. Grrr

Esoknya seperti yang dijangka, ayah aku call lagi. "Balik Subang sekarang". Baiklah. Dan, seperti yang dijangka, kena ceramah lagi. Kali ni ayah aku guna taktik lain. Dia kata, Najib sengaja kosongkan kem Kamunting tu sebab nak letak orang2 macam aku kat dalam. Aku kata, taklah, dia kosongkan sebab nak renovate dengan Fella Design, kasi tempat tu mesra rakyat sikit. Kan sekarang ni rakyat didahulukan. Hahaha! Tapi, ayah tak ketawa. Err...

"Hp Samsung tu rosak juga ke?" "Err.. taklah. Cuma skrin dia ada goyang sikit sebab haritu terjatuh." "Jatuh masa berdemo ke masa bergaduh dengan polis?" Aku diam. "Jum, ikut ayah!" "Pegi mana?" "Repair skrin tu!"

Masa di KL, tukang repair hp kata akan ambil masa sejam, suruh kami pegi jalan-jalan dulu. Maka kami pon pegi jalan-jalan. Aku belek-belek hp dan IPhone yang aku tak mampu beli kalau guna duit sendiri. Aku nampak satu pocket PC, jenama Acer. Smart gila body dia. Aku tengok. Lepas tu, aku pegang. Lama-lama.

"Nak ke?" ayah tanya. "Err.. nak. Tapi sekarang takde duit. Kedai ni terima ansuran ke?" Tanya aku secara bona fide. Tiba-tiba, ayah panggil tuan punya kedai. Dia suruh brader tu terangkan kat aku cemana nak guna pocket PC tersebut, pastu ayah keluarkan dompet dia. Terkejut gua. Tapi otak loyarku bergerak dengan pantas. "Err.. daripada beli pocket PC ni, lebih baik beli Blackberry kan ayah".

"Setakat kena tangkap 10 minit, itupun hanya sebab edar risalah, ada hati nak minta Blackberry" kata ayah selamba.

Oh, macam tu rupanya. Baiklah.

Lepas ni, aku akan 'berusaha' dengan 'lebih gigih' lagi. Dan akan ku tulis semua dalam belog supaya abang boleh repot kat ayah.

Aku nak tv besar yang leper tu.