Antara Belia dan 'Cool'

Beberapa hari yang lalu, aku telah dijemput oleh Exco Belia dan Sukan kerajaan negeri Selangor bagi satu mesyuarat tertutup sesi percambahan idea perkembangan belia Selangor. Sesi yang berbunyi sangat skema itu membawa maksud bahawa mereka mahukan kami yang hadir ke sesi tersebut memberikan idea2 bagi program2 belia Selangor sepanjang tahun depan.

Sesi ni berlangsung agak lama... adalah dalam lebih kurang 4-5 jam. Tapi itu belakang ceritalah. Apa yang aku nak cerita kat korang ni sebenarnya ialah... perkataan BELIA itu sendiri.

Belia.

Semasa sesi percambahan idea, aku terkena kejutan budaya selama lebih 10 minit terawal kerana banyaknya perkataan 'belia' digunakan. Itu belum lagi perkataan2 lain yang aku agak elergik seperti 'nyawa ideologi', 'liberalisasi' dan yang seangkatan dengannya.

Jadi, bagi mengelakkan telinga aku mencair, aku pun mencelah dan berterus terang "YB, kalau lah saya ni tinggal berhampiran di mana program dijalankan, dan ada poster terbentang sebut perkataan BELIA, nescaya saya tidak akan datang. Sebab bunyinya adalah sangat skema dan bosan".

Sejak dahulu kala lagi, kita hanya akan menggunakan perkataan belia atau mat belia untuk menggambarkan orang yang skema dan poyo. Yang berambut pendek dan sikat ke tepi. Yang 'tuck in' dan pakai baju berkolar. Yang tidak percaya pada konsep 'dilarang melarang'. Eissh tak 'cool' langsung.

Aku mencadangkan supaya perkataan 'anak muda' atau 'muda' digunapakai menggantikan perkataan belia. Aku harap, ia dipertimbangkan. (Atau korang ada cadangan lain?)

Satu lagi isu pada aku ialah umur belia.

Dalam undang-undang Malaysia, belia adalah seseorang yang berusia di dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Ini bermakna, kalau seseorang itu berkahwin pada umur 24 tahun dan mendapat anak pada umur 25 tahun, beliau dan anaknya akan sempat mem-belia bersama2 selama setahun.

Aku berasakan bahawa perlu ada rujukan semula berkenaan perkara ini. Atau sekurang2ya, pentadbiran dan pengurusan bagi belia ini perlu dibahagikan kepada dua. Satu untuk yang berumur dalam lingkungan 15-25, satu lagi yang berumur 26-40 tahun.

Ini adalah kerana isu dan permasalahan yang dihadapi oleh belia dalam kedua2 lingkungan tersebut agak berbeza. Isu pendidikan, sukan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kepimpinan kan lebih elok difokuskan kepada kepada lingkungan yang pertama. Entahlah. ini cuma pandangan aku saja.

Aku harap, segala idea yang elok dan praktikal yang telah dibentangkan semasa sesi itu akan mula dilaksanakan secepat mungkin bagi pembangunan anak muda di Selangor. Mana tahu, sekiranya berjaya, ia boleh juga digunapakai di negeri2 yang lain.

Amin.

Iklan Seni




Selama ini, kita asyik2 layan persembahan seni di KL dan Selangor. Walaupun orang2 yang membuat persembahan tu belum tentu orang KL atau Selangor, tapi entah kenapa gerakan mempopularkan seni hanya berpusat di kawasan bandar sahaja. Kesian orang2 luar KL yang tak ada pengangkutan untuk ke mari.

Bukan sahaja program2 seni komersil dan berarus perdana, malah program2 seni yang merakyat seperti lagu2 rakyat dan pembacaan puisi juga kebanyakannya hanya dipersembah di KL dan Selangor sahaja. DBP yang dipertanggungjawabkan untuk membudayakan seni dan bahasa juga asyik2 buat program di sekitar sini saja.

Jadi, acara seperti di poster di atas adalah satu usaha yang sangat2 baik oleh kawan2 seperti lanterajiwa dan geng untuk mempromosikan dan merakyatkan seni di luar bandar. Orang2 yang buat persembahan pun bukan calang2 orangnya... maka adalah sangat rugi jika orang2 Perak tak pergi!

Persembahan pada malam esok ni dikira sebagai satu percubaan pertama. Dan aku yakin akan ada percubaan kedua, ketiga dan seterusnya. Kata penganjur, mereka sudah bersedia dengan bilangan penonton yang sedikit untuk percubaan kali pertama hingga keberapa sekalipun, tapi mereka yakin yang satu hari acara ini akan disebut2 dari mulut ke mulut anak2 tempatan dan seterusnya akan mempopularkan seni rakyat ini.

Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan persembahan seni seperti ini, di bawah adalah sebuah klip oleh Meor, iaitu salah seorang yang akan membuat persembahan pada malam esok :-)



Jum datang ramai2!


Mengkritik dan Dikritik


Petang tadi, selepas kerja aku bergegas ke Bangsar Village. Di sana aku berjumpa dengan 4 orang peguam muda lain yang bersama2 aku semasa Filem Hitam. Kami ditemuramah selama lebih 2 jam oleh 3 orang wakil majalah Off the Edge, berbual2 tentang diri kami, peranan peguam terhadap masyarakat, pandangan kami tentang 'rule of law', sistem kehakiman, kepolisan, kerajaan, politik dan pandangan orang lain terhadap kerja2 yang kami lakukan.

Bercakap tentang pandangan orang lain.

Sejak dari kecil lagi aku sudah biasa disalahanggap. Mula2 disalahanggap sebagai budak bermasalah sebab terlibat dalam 'gang fight' masa darjah 6. Bukan salah aku, sapa suruh baling batu kat aku masa aku duduk diam2 kat tepi taman sekolah tu tengok ulat2 beluncas naik daun? tapi takpelah akhirnya dapat 'straight A' juga aku dalam UPSR.

Kemudian, disalahanggap sebagai budak sombong sebab tak balik kampung sendiri selama 2 tahun semasa di sekolah menengah, tapi mereka tak tahu yang aku kecil hati sebab mereka semua ni pandai2 nak 'take side' semasa keluargaku sedang berantakan.

Bila masuk U, aku disalahanggap pula sebagai sosialis dan pro-komunis hanya kerana aku lebih berminat dengan persatuan2 yang berjuang untuk hak golongan marhaen secara keseluruhan dan lebih percayakan hak kesamarataan daripada perjuangan yang hanya melindungi kumpulan2 tertentu.

Bila mula beramal sebagai peguam dan mula mengendalikan kes2 hak asasi, aku dikatakan pula sebagai orang muda yang hanya dijadikan 'alat' oleh parti2 pembangkang yang mempunyai agenda mereka sendiri (yang paling mengecewakan ialah bila 'pandangan' itu datang daripada bekas pensyarah aku sendiri yang mengutuk aku di dalam penulisannya- pandangan beliau itu seolah2 segala ajaran di universiti itu melahirkan graduan2 yang tidak tahu guna otak, dan hanya mengikut telunjuk orang lain).

Selain daripada itu, aku juga dah biasa disalahanggap sebagai Melayu liberal dan penyokong tegar Sisters in Islam hanya kerana aku ialah daripada golongan professional wanita Melayu yang tidak bertudung.

Oh ya, jangan lupa dengan sokongan aku terhadap kepulangan Chin Peng- seorang rakan seuniversiti aku secara terang2an mengutuk aku di dalam Facebook sebagai 'Melayu yang bukan Melayu'. Macamana tu?

Sebagai penentang kerajaan? Oh... itu dah biasa. Seorang rakan baik aku semasa di universiti yang kini bekerja sebagai pendakwaraya, pernah menyampaikan 'salam' kepada aku melalui seorang teman, ketika dia mengendalikan kes habeas corpus Uthayakumar dan menang pula. Katanya, tolong beritahu Puspa, tak payahlah susah2 nak ambil kes2 hak asasi ni, lebih2 lagi kes2 ISA sebab dia (aku) takkan menang punya.

Nasib baik aku ni jenis yang keras hati. Boleh buat muka lurus bila2 masa dan buat macam tak ada apa2 yang berlaku (itupun disalahanggap sebagai garang oleh sesetengah orang).

Sekarang, tiba masanya untuk aku pula beri pandangan terhadap orang lain.

Tapi, bukan di belog ini.

Tak main lah cakap2 belakang ni beb. Lebih baik aku hubungi orang2 tertentu tu, ajak keluar minum dan kemudian luahkan rasa tak puas hati depan2. Itu kan lebih baik. Penyampaian yang tepat, tak ada salah faham dan pertelingkahan pun boleh diselesaikan dengan cepat dan penuh hormat.

Lebih baik juga aku layan lagu Ayam Den Lapeh ni haa (saja je nak buat 'statement' yang aku ni berketurunan Minang dan berbangsa Malaysia). Ada sesiapa yang nak bertekak dengan aku pasal isu ni?




Meraikan Kematian Demokrasi


Tidak berapa lama dahulu aku pernah bercerita secara ringkas tentang pelarian di negara kita. Betapa ramai orang kita yang tidak tahu membezakan di antara pendatang asing dan pelarian, antara pekerja migran dengan pelarian.

2 hari lepas, Amerika Syarikat telah menyenaraihitamkan Malaysia sebagai negara penyeludup manusia terburuk, dan semalam, Malaysia telah 'berjaya' mengekalkan rekodnya pada tahun lepas sebagai negara yang paling teruk untuk didiami pelarian berdasarkan layanan yang mereka terima di sini.

Korang tak percaya... dan rasa laporan itu berat sebelah?

Tadi, sepatutnya kami meraikan hari jadi pejuang demokrasi Burma iaitu Daw Aung San Suu Kyi. Demi keraian ini, aku pulang awal daripada biasa. Balik dari pejabat, pulang ke rumah sebentar dan terus menuju ke Taman Jaya. Aku membantu seorang ahli MBPJ menyelengarakan upacara ini. Kerja pertama yang aku lakukan ialah meniup belon2 merah dengan pam. Haha. Baru tengahari tadi aku melangkaui waktu makan dan berkejar ke Keramat untuk mendapatkan pam2 tersebut daripada Kak Laila. Semangat gila~

Hampir pukul 7mlm, beberapa orang pelarian Burma datang. Mereka ni sangat ringan tulang. Datang saja, terus membantu kami buat persiapan. Angkat kerusi, gantung poster, tiup belon dsb. Kami bergelak ketawa sesama sendiri dan aku baru perasan yang wajah mereka adalah lebih kurang je dengan wajah orang Malaysia. Inilah yang dikatakan bangsa serumpun, kataku di dalam hati.

Akan tetapi, keseronokan kami agak terganggu sedikit dengan kehadiran beberapa orang SB yang aku nampak lalu lalang di situ. Apabila mereka menyedari bahawa kami tahu bahawa mereka ni SB, maka dengan tak malunya mereka mulalah tercegat di khemah tempat kami bekerja dan buat macam khemah sendiri.


Tetamu yang tak diundang- sapa suruh amik gambar aku? Nah, sekarang aku amik pulak gambar ko!

Hari makin gelap. Jam menunjukkan hampir pukul 745mlm. Aku rasa sedikit pelik... kenapa tetamu2 tak ramai? Kan majlis mula pukul 8mlm? Kek pon tak sampai lagi! Beberapa ketika selepas itu, aku dan Kak Lat mula dihujani panggilan telefon daripada kawan2 dan tetamu jemputan khas. Kata mereka, semua jalan menuju ke Taman Jaya telah disekat oleh pihak polis. Mereka tanya jalan alternatif untuk ke Taman Jaya daripada kami. Fadiah juga terima panggilan daripada pembeli kek, Farhana yang melaporkan yang sama.

Makluman itu buatkan aku bengang. Bengang sebengang-bengangnya. Mereka ni takde keje lain ke? Orang nak meraikan Aung San Suu Kyi, lah! bukannya pembunuh kanak2 bersiri (yang masih gagal ditangkap polis)!

Hampir pukul 8, kami semua dapat lihat dari jauh hampir 10 orang SB yang berpakaian biasa menuju ke arah kami. Kami sudah bersedia. Aku masih memegang pam belon.

Tapi, kali ini mereka kurang ajar, lebih daripada biasa. Mereka tidak memberi salam pada tuan rumah. Malah, mereka tak ambil kisah pun untuk bertanyakan siapakah pengendali majlis pada malam itu. Mereka terus menuju ke arah pelarian2 Burma yang kami jemput khas untuk membuat persembahan nyanyian pada malam itu, merampas sijil status pelarian yang dikeluarkan oleh UNHCR daripada mereka, dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak berganjak daripada bangku tempat mereka duduk.


Pelarian2 Burma yang mempunyai status sah daripada UNHCR yang dibuli SB pada malam tadi

Kejadian tersebut membuatkan Kak Lat dan Eric, seorang bekas peguam hak asasi dan bekas pegawai UN khusus dalam bidang pelarian dan 'stateless person', mengamuk. Mereka terus meluru ke arah seorang pegawai polis yang nampaknya mengetuai kejadian kurang ajar itu dan bertanya kepada polis tersebut apakah justifikasi tindakan mereka itu. Aku sempat rakamkan sedikit adegan itu. Maaflah sebab tak nampak, cuma boleh dengar suara je... telefon kurang canggihlah :(



Selepas adegan itu, aku rasa polis itu mula tak puas hati. Dia terus meninggalkan tempat itu dan membuat panggilan telefon. Beberapa minit selepas itu, beberapa trak polis termasuk FRU juga datang ke Taman Jaya. Wow... sungguh efisyen polis2 kita!

Pada masa yang sama, tetamu2 yang terlewat kerana sekatan jalan raya juga mula hadir. Aku nampak Irene Fernandez dan ahli2 keluarganya, Kak Renuka seorang peguam hak asasi yang banyak mengendalikan kes-kes pelarian dan pekerja asing, beberapa orang rakan wartawan, YB Ronnie, Black dan Meor yang sepatutnya membuat persembahan pada malam itu bersama Rahmat Haron, dan lain2 lagi.

Kak Renuka menyuruh Fadiah dan aku mengumpul nama2 pelarian yang berada di situ bersama2 dengan nombor pengenalan status pelarian yang telah diberi oleh UNHCR. Ketika Fadiah menghulurkan kertas untuk diisi oleh mereka, aku lihat tangan pelarian2 itu terketar2. Mereka dalam ketakutan. Aku rasa sangat hiba melihatnya.

Manakala, Kak Lat dan Eric masih lagi sedang 'bergaduh' dengan polis. Kata polis, mereka menunggu pihak Imigresen datang ke Taman Jaya. Akan tetapi, tidak berapa lama kemudian, polis tukar rancangan pula. Mereka telah diarahkan untuk mengangkut kesemua pelarian ke IPD PJ. Aku sudah mula berasa risau. Entah apalah nasib mereka jika dibawa ke balai.

Eric sudah mula beremosi kurang baik. Dia mula mengingatkan polis2 tersebut bahawa pelarian2 Burma yang datang ke negara kita adalah pejuang pro-demokrasi dan lari kerana tekanan politik daripada junta Myanmar yang kejam. Jika mereka dihantar pulang ke negara itu, mereka sudah pasti akan dibunuh oleh junta tentera. Oleh itu, kita secara tidak langsung sedang menghantar mereka untuk dibunuh! Akan tetapi, polis2 yang tidak berhati perut itu buat tak tahu je.

Tidak berapa lama kemudian, aku lihat orang2 di sekelilingku mula batuk2. Aku rasa pelik. Kemudian, tekakku mula rasa pedih dan rasa pahit. Ah... semburan gas kimia rupanya. Tapi kali ni mereka gunakan yang ringan punya, ia tak pedihkan mata tapi boleh dirasa di tekak dan hidung (wah aku sudah pakar sekarang. sila tepuk). Tak cukup bajet ke, bang?

Kak Lat kemudiannya mengarahkan kami supaya bersedia di balai polis (IPD PJ). Dia minta aku sebarkan SMS kepada peguam2 hak asasi yang lain. Maka aku mula menyebarkan SMS ke seberapa ramai peguam yang boleh, kali ni bukan sahaja kepada pasukan 'urgent arrest' Pusat Bantuan Guaman, tetapi juga kepada peguam2 drpd Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam yang aku kenali.

Setibanya di IPD PJ, aku nampak Temme, koordinator SUARAM yang mengendalikan kes2 pelarian berdiri di hadapan balai. Itu menandakan bahawa perkara itu sudah tersebar luar dan SUARAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan polis secepat mungkin.

Tidak berapa lama kemudian, YB Tian muncul. Beliau sepatutnya memberikan ucapan khas pada majlis hari jadi yang tidak sempat diadakan itu. Kemudian, beberapa orang peguam yang telah dihubungi juga tiba. Kami semua berlegar2 di hadapan balai kerana tidak dibenarkan masuk, dan pagar balai telah dihalang oleh FRU.


Pegawai2 FRU yang ditugaskan menjaga pagar balai. Wow. 'Pengganas'nya kami!

Disebabkan kebosanan menunggu bulan jatuh ke riba, aku dan beberapa peguam muda lain bertanya kepada Kak Lat samada kami patut menyambung saja acara di hadapan balai ini, memandangkan kek kek kek sudah tiba. Ya... kami ada 3 biji kek! Kak Lat jawab... kalau 'daring', buatlah.

Ha apa lagi. Itu dah kira lampu hijau la tu. Farhana dan Sasha mula menuju ke kereta untuk mengambil 2 biji kek. Satu lagi kek adalah daripada wakil DAP (dan kek mereka lebih lawa daripada kek kami :p). Black & Meor yang sedang minum di gerai berdekatan, dipanggil untuk memeriahkan majlis. Kak Lat menyuruh kami menyimpan sebiji kek untuk 16 pelarian yang ditangkap. Maka kami buka 2 kotak kek (kami punya dan DAP punya), dan letakkannya di atas kotak2 air mineral yg kami bawa sekali. Kami pasang lilin dan nyanyi lagu Selamat Harijadi kepada Aung Sang Suu Kyi. Kemudian, ada orang suruh nyanyi lagu itu sekali lagi untuk Eric. sebab 19hb Jun juga adalah harijadi dia. Ooo patutlah dia beremosi terlebih :-)

Selepas nyanyi lagu Selamat Harijadi, Black pun mula nyanyi lagu2 kebebasan. Semua orang bertepuk tangan. Kemudian kami mula potong kek dan agih2kannya di kalangan kami. Anehnya, polis tak ganggu pon kami walaupun kami agak bising. Kan elok kalau mereka biarkan je kami teruskan acara di Taman Jaya tadi? Sama je!!!

Kemudian, Tian telah buat tindakan kelakar dengan menghulurkan 2 pinggan kek kepada polis2 di sebalik pagar yang ditutup. Dan, mereka ambil kek2 itu dan makan! Tsk3x...

Tidak lama kemudian, 3 orang pelarian yang mempunyai status sah telah dibenarkan keluar oleh polis. Walaubagaimanapun, 13 lagi masih ditahan. Kami terus menunggu.

Apabila jam menunjukkan hampir pukul 12, Kak Lat telah menerima SMS daripada seorang pelarian daripada dalam balai yang menyatakan bahawa mereka akan dibawa ke lokap pada malam itu. Beberapa minit kemudian, kami nampak sebuah trak polis keluar daripada balai. Sebaik sahaja trak tersebut melepasi kami, kami nampak para pelarian tersebut di dalam trak melambai2 ke arah kami.

Aku rasa sangat sebak pada waktu itu. Ini adalah kerana kes2 pelarian tidak sama dengan kes2 biasa. Kemungkinan besar mereka akan dihantar pulang ke negara asal atau disumbat ke kem pelarian yang sesak dan kotor. Atau, bagi mereka yang masih belum memperoleh sijil pelarian (walaupun sudah membuat permohonan sah kepada UNHCR), mereka akan dihukum di Mahkamah dan akan disebat sebelum dihantar ke kem sebelum dihantar ke negara asal.

Adakah ini akan menjadi kali terakhir aku melihat mereka? Aku teringat akan keseronokan kami bersama2 membuat persiapan untuk acara petang tadi. Ketika aku menoleh ke kiri, aku lihat Fadiah yang berada di sebelah aku telah menitiskan air mata dan matanya merah.

Selepas trak itu berlalu pergi, kami secara beransur2 meninggalkan perkarangan IPD PJ. Perasaan kami bercampur baur. Kami rasa sedih kerana majlis itu dianjurkan kami. Kami juga marah kerana polis tidak sepatutnya menangkap pelarian2 tersebut. Mereka mempunyai status sah pelarian yang diiktiraf komuniti antarabangsa dan mereka bukan penjenayah!

Aku tak tahu bagaimana untuk menamatkan cerita kali ini kerana aku rasa ia belum sampai ke penghujungnya. Aku harap aku akan dengar khabar yang baik tentang pelarian2 tersebut tak lama lagi.

Cerita ini aku taip sambil makan kek yang sepatutnya diberikan kepada pelarian2 yang ditangkap, tapi tak sempat diberi. Hiba.

Meraikan Demokrasi



Aung San Suu Kyi

Daw Aung San Suu Kyi (Daw Suu) ialah satu susuk politik dan pejuang demokrasi yang tidak asing lagi, bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di serata dunia. Ketika kemuncak konflik di Burma pada tahun 1988 yang menyaksikan pembunuhan beribu-ribu penduduk Burma oleh junta tentera, Daw Suu bangkit memimpin Parti NLD (National League for Democracy) dan menyeru pemerintah supaya mengadakan pilihanraya ala-demokrasi. Sebelum itu, Burma diperintah oleh parti yang mendapat sokongan kuat daripada junta tentera sahaja.

Walaubagaimanapun, Daw Suu ditangkap pada 1989 dan dikenakan hukuman tahan dalam rumah.

Daw Suu sepatutnya sudah boleh menjadi Perdana Menteri Burma apabila parti pimpinannya memenangi pilihanraya kebangsaan pada 1990. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat memerintah Burma apabila junta tentera enggan mengakui kemenangan tersebut dan berterusan menyambung hukuman tahan dalam rumah ke atas Daw Suu sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, pemerintah Burma telah mendakwa Daw Suu melanggar hukuman tahan dalam rumah apabila seorang warga Amerika telah menyeberangi sebuah tasik semata-mata untuk bertemu dengan Daw Suu dan berjaya memasuki rumah di mana Daw Suu ditahan. Apa punya undang-undang lah. Bukannya Daw Suu yang jemput dia pon. Nak buat macamana? Peminat dah ramai, layan je la~

Perbicaraan bagi kes tersebut masih sedang dijalankan. Sekiranya Daw Suu disabitkan bersalah, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Walaupun susuk ini jauh di mata, tapi perjuangan beliau sangat dekat dengan perjuangan rakyat di negara ini. Kita sama2 memperjuangkan keadilan dan menolak kerajaan yang menggunakan pelbagai cara kotor untuk terus kekal berkuasa, termasuklah dengan menggunakan/menggubal undang-undang yang kejam, menekan dan kadang2 tidak masuk akal.

Pada 19hb Jun ini, Daw Suu akan berusia genap 64 tahun.

Sebagai simbol perjuangan hak2 asasi dan kebebasan, mari kita ramai2 meraikan hari jadi Daw Suu!

Tahun ini, "majlis hari jadi" Daw Suu di Malaysia akan diserikan dengan ceramah (zzz...) acara berlilin (waahh) dan persembahan nyanyian daripada Black dan Meor (yey!) Jadi marilah mari mari kita datang beramai-ramai.

Di mana? Taman Jaya, dekat Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Bila? 19hb Jun, pukul 8mlm-10mlm.

Nak kena bawa apa? Bawa kawan2, ahli keluarga dan lilin (bimbang tak cukup). Oh ya, kalau rajin sila bawa payung dan/atau tikar sendiri (Taman Jaya ialah sebuah taman rekreasi, ada tasik dsb.).

Nak pakai baju apa? Apa2 pun boleh... tapi kalau warna merah lagi bagus :)

Jum!

Podah



Arakian tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Kg Telawi... adapun di kampung ini penduduknya hip2 belaka. Maka sebagai kampung yang hip, fesyen/seni moden sudah menjadi semacam budaya di situ. Di dalam kampung ini jua, terdapat sebuah galeri seni, yang dinamakan VWFA.

VWFA ni tersohor dek kerana matlamatnya yang cuba menonjolkan seni kontemporari, dan memberi ruang kepada artis2 muda untuk cuba2 bermain dengan arah tuju seni baru ini.

Kira2 2 minggu yang lalu, VWFA ini telah menjemput 4 orang artis muda yang kreatif untuk satu projek pameran yang dinamakan Rock Kaka. Kata si empunya VWFA ni, "the exhibition hopes to capture the free spirit of rock and explore how the values expressed through rock music, adapts to or challenges our Malaysian society. Artists will ask these questions through installation, video art and sound manipulation, creating works that aim to tease and provoke viewers into thinking about history, society and culture through rock music".


Ya...sengaja aku tebalkan perkataan 'tease', 'provoke' dan 'thinking' pada petikan di atas, kerana itulah intipati cerita aku pada kali ni. Salah seorang 4 orang artis muda itu, Fahmi Reza namanya...kerjanya adalah seorang pembikin filem dokumentari. Bagus hasil2 kerjanya. Tak caya? masuk sini.


Untuk pameran seni kali ini, Fahmi menyelitkan unsur2 humor dan teknik video yang 'terer'. Apa humornya? Humornya adalah adegan di mana Fahmi seolah2 memotong gambar kepala Pak Ajib daripada sebuah billboard di sebuah lebuhraya... dan kalo korang nak tgk kepala tu, korang kenalah datang WVFA dalam masa terdekat ni.


Mari kita tonton:-





Kelakar, kan?



Kepala yang konon2 dipotong. Gambar dari sini.

Tapi, nampaknya... ada orang tak tahan/takut dengan karya seni kontemporari yang ''teasing', provoking', dan buat orang 'thinking'. Cakap tak serupa bikin ke, beb? Pameran yang sepatutnya berlangsung sehingga hujung minggu ni, dipendekkan setakat hari ni ajer. Fahmi tipon aku pagi2 tadi, suara dia kedengaran sangatlah bengang. Katanya, karyanya diturunkan sebab nak jaga hati orang2 BN yang akan datang malam ni, bagi satu pelancaran buku yang ditulis oleh penyokong kuat orang2 BN ni.


Hah. VWFA... takut? VWFA yang nak sokong seni kontemporari dan 'bagi ruang' kat artis muda untuk cuba arah seni baru... risau? VWFA yang pernah benarkan penyajak bersajak sambil badan ditatukan... 'self-censored' karya seni sebab gurauan ditujukan kepada Pak Ajib?


Masa dia pegi ambil semula karyanya, Fahmi serah sekali secara tangan surat rungutan. Ye lah.. sepatutnya dia diberitahu lebih awal pasal penurunan ni dan dibawa berbincang. Ni tidak, 'self-censored 'walaupun tak ada undang2 secara langsung yang melarang video semacam itu.


VWFA bagi alasan, mereka dah cuba hubungi Fahmi sebelum ambil keputusan untuk turunkan karya. Tapi bila diperiksa, Fahmi kata takde satu pun 'missed call', sms atau email daripada VWFA ni sejak pameran bermula. Dan.. untuk cover line, VWFA ni telah turunkan sekali karya ketiga2 artis yang lain.


Fairuz Sulaiman dengan 'Analog Rigby'(dicuri dengan penuh kasih sayang dari title lagu The Beatles, Eleanor Rigby). Gambar dari sini



Saiful Razman dengan karya "Ada di mana-mana". Gambar dari sini



Vincent Leong... gambar dari sini

Kasihan pemuda2 kita yang kreatif dan berani ni. Apa ni beb. Tak Telawi-lah macam ni. Kebebasan Berekspresi yang di'BN'kan... podah.

Nota: Aku telah menghubungi beberapa artis selain Fahmi yang terlibat dalam pameran ini untuk mendapatkan pandangan mereka tentang apa yang berlaku. Berikut ialah kenyataan tak rasmi mereka:

Saiful Razman:
"Oleh kerana karya Fahmi telah di-shutdown, aksi shutdown oleh pihak galeri komersil buatkan karya Fahmi semakin relevan. Agenda politik dalam karya Fahmi telah dilawan oleh agenda politik pihak galeri.
Apa yang penting adalah 'what's next' dari Fahmi atau artis yang lain. Aku secara peribadi memang tak menyokong tindakan daripada pihak galeri tapi kalau tengok dari sudut yang lain, inilah dia perlawanan 'survival' antara dua pihak.
Maksud aku ni bukan pasal menang kalah. Ni semua pasal 'survival'...

Contohnya macam orang yang pegi demo ke apa ke. Bila kena tangkap, barulah panas ceritanya. That's the strategy.

Sama macam karya Fahmi, sangat subversif, tapi satu pihak yang lain pun akan melawan. Kitaran ini akan berterusan sampai kiamat hahaha...
Kalau tak, proses ni akan jadi 'comfort zone' untuk satu pihak".

Fairuz Sulaiman:
"Sedih sebab orang kerajaan kita ni cetek pemikiran, terlalu sensitif. Orang yang terlalu sensitif ni 'insecure'... tak boleh tegur sikit, mesti merajuk atau marah. Sedih, sedih. Tapi, saya faham yang kita di Malaysia ni ada budaya. Budaya ni melibatkan hormat-menghormati and all that. Tapi masalahnya, pemimpin kita sendiri, yang sepatutnya mewakili rakyat, sendiri tak patuhi adat budaya orang Malaysia, jadi buat apa kita nak ikut?

Artis/pemuzik/aktivis teater- senang kata orang seni lah, adalah 'reflection of the times'. Kalau seni dia lemah lembut, contohnya yang ada gambar sawah padi atau kampung sebagainya, bermakna hati dan minda orang itu adalah sedemikian. Tapi sekarang mana ada lagi gambar sawah padi? Di manakah gambar sawah padiiiii??????

Kesimpulannya, kejadian sebegini tidak akan hilang, malah akan semakin menjadi-jadi. Apa orang kata... 'backfired'? Sama lah macam isu Mat Rempit. Ia berlaku bersebab, bukan secara rawak saja. Tapi nak jalan mudah, turunkan je karya dari pameran, dan lupakan penyebab masalah.

Tapi, dari arah yang lain, bagus sebab ada tensi. Dan dengan tensi ni lah, orang seni boleh respon. Respon yang sama hebat dengan karya Fahmi tu.

Karya Fahmi tu pon dah kira potong stim sikit, sebab karyanya tak melanggar undang-undang. Tapi masih diturunkan? Sangat 'insecure' lah... aduii...

Aku nak pegi makan aiskrim lah. Hati dah pilu sangat ni...".


Demikianlah.

Selamat Tinggal, Tingkat 6

Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, yang bertempat di Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak adalah sebuah pusat bantuan guaman di bawah kelolaan Majlis Peguam cawangan KL. Ia menyediakan khidmat bantuan guaman percuma bagi orang awam yang berpendapatan bersih sebanyak RM700 ke bawah bagi yang belum berumahtangga, dan RM900 ke bawah bagi yang sudah berumahtangga.

Secara teknikal, semua peguam yang mendaftar dengan Majlis Peguam dan beramal di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada Pusat ini. Ini adalah kerana setiap tahun, para peguam menyumbang sebanyak RM100 seorang bagi pergerakan Pusat ini. Ini berbeza dengan Biro Bantuan Guaman yang mendapat bantuan kewangan penuh daripada kerajaan.

Setiap tahun, Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur mempunyai kira-kira 18,000 orang klien. Klien-klien bukan sahaja datang dari KL, tapi juga ada yang datang dari Selangor. Disebabkan jumlah klien yang terlalu ramai, kita sangat2 beruntung kerana peguam2 di KL dan Selangor tidak kedekut menyumbangkan kuderat dan tenaga serta wang untuk memastikan kes-kes yang didaftarkan di bawah Pusat ini mempunyai peguam dan dapat di'dispose' dengan cepat di Mahkamah.

Selain daripada mengambil klien dan fail2 dari Pusat ini, para peguam juga banyak membantu dengan menyumbangkan nombor telefon mereka supaya senang dihubungi bila2 masa apabila nasihat guaman segera diperlukan, dan juga sekiranya ada kes2 kecemasan yang melibatkan 'public interest' :D selain daripada itu, sekiranya mana2 peguam mahu menyumbang tapi mereka tidak sempat atau mampu memgambil fail, mereka boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membantu dalam pentadbiran dan memberi nasihat2 guaman percuma melalui bengkel2 kesedaran undang2 yang dikelolakan oleh Pusat ini.

Sejak aku mula menjadi 'budak chambering' sehinggalah beramal sebagai peguam 3 tahun yang lalu, Pusat Bantuan Guaman KL ni bertempat di tingkat 6, Wisma Kraftangan. Ia meninggalkan banyak kenangan kepada aku, kerana di sinilah cabaran sebagai peguam hak asasi bermula. Aku mula dengan kes2 setinggan dan peneroka bandar, lepas tu kes2 kebebasan berhimpun dan bersuara, semuanya aku belajar dari sini. Mula2 beramal dulu, aku lebih suka dan banyak menghabiskan masa di Pusat ini berbanding dengan firma guaman aku sendiri. Hahahah :p

Tapi sekarang... tingkat 6 akan dikosongkan :(

...

...Ke ruang yang lebih besar di tingkat 9! Yahuuuuuuuuuuuu


Tinggal kenangan- bilik mesyuarat


Tinggal kenangan-Bilik temuduga klien..


Tinggal kenangan- bilik gerakan dan bilik bergossip


Tinggal kenangan- Ruang kerja staf

Tingkat 9 adalah lebih besar dari tingkat 6. Ini adalah kerana kami menyewa keseluruhan ruang tingkat itu, berbanding dengan tingkat 6 yang dikongsi dengan 2 buah firma guaman.

Pagi tadi, kami, iaitu peguam2 sukarela Pusat Bantuan Guaman dan staf-staf telah memulakan operasi mengangkut barang dari tingkat 6 ke tingkat 9.


Ruang utama yang lebih besar


Sini ada bilik konferen. Boleh buat 'training' kat sini... tak payah pinjam KLBar punya dah. Yey


Bilik temuduga klien yang lebih selesa dan banyak. Jadi boleh temuduga lebih banyak klien serentak :)


Pemandangan dari tingkat 9 adalah mengadap Bukit Aman. Oh sangatlah ironik


Aksi je lebih... locker tu takde lah berat mana pun

Tingkat 9 akan beroperasi secara rasmi pada hari Jumaat, 12.6.2009.

Sekiranya korang mau tahu lebih lanjut tentang Pusat Bantuan Guaman KL, sila klik di sini.

Iklan




Esok, 7.6.2009 dari pukul 8pg hingga 7ptg, akan diadakan satu karnival untuk wanita2 muda di bawah umur 35 tahun, iaitu karnival Fiesta Femina anjuran kerajaan negeri Selangor, bertempat di Taman Bandaran Kelana Jaya. Lebih 40 'booth' akan dibuka, termasuklah 'booth' daripada Pusat Bantuan Guaman KL :-)

Kami akan berada di sana untuk memberi khidmat nasihat guaman secara percuma pada hari itu. Jadi, adik2, kakak2 sila datang beramai2! (lelaki pon boleh datang ...).

Selain daripada kami, banyak lagi acara seperti persembahan2 dan ceramah2 daripada tokoh2 wanita terkenal dan juga wakil2 rakyat kita seperti YB Nurul Izzah, YB Hannah Yeoh, Tricia Yeoh, dan hos 3R Celina.

Jum!!


5 peguam2 comel ini akan berada di sana untuk memberi khidmat nasihat guaman :-)