Berdialog dengan Jonson

Aku: Hai abg Jonson. Dah makan tengahari?
Jonson: Dah. Makan kat xxx Organik. Sedaaapp
Aku: xxx Organik? Makanan organik kan mahal?
Jonson: Ala takdelah mahal sangat. Boleh dapat RM15 sepinggan lahh
Aku: RM15 sepinggan? RM15 tu bajet untuk satu hari tahu!
Jonson: Halaa kalau kita asyik fikir miskin, sampai bila-bila pon akan miskin!
Aku: Herm... sudah tiba masanya saya cari bapa gula
Jonson: Bapa gula? Adakah itu jalan penyelesaian?
Aku: Bukan. Jalan penyelesaian ialah dengan melancarkan revolusi bersenjata, tembak semua kapitalis yang korup dan beri subsidi makanan untuk semua orang. Tapi sementara tu, biar saya cari bapa gula dulu.
Jonson: Bila adik nak dewasa ni?
Aku: :p

Berlari

Sabtu lepas aku ke majlis pelancaran filem dokumentari Berlari/Running arahan kawanku Mien Lor. Filem yang diterbitkan oleh SUARAM ni adalah berkisar tentang kehidupan pelarian (refugee) yang tinggal di negara kita.
SUARAM, sebagai sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak sivil dan politik, cuba membawa penonton menyelami permasalahan yang dihadapi oleh para pelarian ini.

Seringkali bagi orang kebanyakan, pelarian ni sama dengan pendatang asing yang datang bekerja di negara kita. Akan tetapi, ada beberapa perbezaan yang perlu kita tahu di antara pelarian dan pendatang asing ni. Seseorang pelarian ialah orang yang berada di luar negaranya sendiri kerana takut dihukum akibat bangsanya/agamanya/kewarganegaraannya/penglibatannya dengan kumpulan sosial tertentu/pandangan politiknya. Seorang pelarian tidak boleh dan tidak mampu dilindungi di negaranya sendiri/tidak boleh kembali ke negaranya kerana takut akan dihukum. Berbeza dengan pelarian, pendatang asing datang ke negara ni sebab nak cari kerja je atau sebab masalah ekonomi di negara sendiri.

Di negara kita, kebanyakan pelarian berasal dari Myanmar. Rakyat di negara Myanmar terdiri daripada banyak suku. Yang aku pernah jumpa secara langsung ialah suku Chin. Suku Chin ni ditindas di negara mereka kerana mereka beragama Kristian. Aku juga pernah jumpa dengan rakyat Myanmar yang tak mengaku mereka rakyat Myanmar, tetapi Burma. Bila dah sebut macam tu, jadi faham2 sajalah yang mereka di lari kerana pandangan politik yang berbeza.

Selain daripada itu, ada juga dari suku Rohingya. Suku Rohingya beragama Islam. Ramai yang terkeliru kerana beranggapan bahawa suku Rohingya ni bukan berasal dari Myanmar. Sebenarnya kaum Rohingya ni berasal dari negeri Arakan di Myanmar tetapi tidak diiktiraf langsung oleh kerajaan Myanmar sendiri. Hakikatnya, suku Rohingya ni kira macam 'stateless person' lah. Tidak berwarganegara. Paling kesian bila dah tiba di Malaysia, bila kena tangkap oleh pihak berkuasa. Kalau pendatang asing atau pelarian lain, pihak berkuasa boleh lah sesuka hati hantar pulang. Tapi suku Rohingya tak ada orang nak terima. Jadi akhirnya mereka akan terkandas di sini, buat kerja dgn gaji murah. Ada yang ditempatkan di kem Semenyih yang sesak dan tak terurus langsung dan pencabulan hak asasi banyak terjadi di situ (kalau nak tahu lebih lanjut sila google Semenyih RELA).

Beberapa ketika dahulu aku ada juga jumpa beberapa pelarian dari Acheh. Mereka ni tinggal dalam kem di hutan dan keluar bila nak pergi kerja je. Acheh (GAM-Gerakan Acheh Merdeka) dulu kan berperang dengan tentera Indonesia. Tapi dengan perkembangan politik Indonesia sekarang, aku tak tahulah. Dah lama tak terserempak dengan pelarian Acheh.

Secara teknikalnya, pelarian adalah sebuah status yang diberi. Maknanya sebelum status tersebut diberi, seseorang itu akan dikenali sebagai pencari suaka politik (asylum seeker). Kalau di Malaysia, para pelarian ni akan diberi sebuah sijil status pelarian yang dikeluarkan oleh UNHCR (United Nation High Commissioner of Refugees). Kalau nak dapat sijil tu, para pencari suaka kena pegi temuduga dengan pegawai UNHCR dulu. Salah satu sebab adanya temuduga ni adalah untuk mengelakkan status itu disalahguna oleh pendatang asing yang bukan pelarian.

Adakah status tersebut laku/diiktiraf di Malaysia? Jawapan terus terang: Tidak. Kenapa? Sebab negara kita (yang baru-baru ni diberi gred B atau C? bagi isu hak-hak asasi oleh sebuah badan antarabangsa) tidak pernah mengiktiraf Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian. (Tapi bila persidangan UN, kita selalu buat2 bising, kan?). Jadi apa jadi dengan pelarian yang dapat status tu? Jawapan: Kena tindas laa.. apa lagi.

Aku selalu dengar cerita daripada pelarian bagaimana polis/RELA akan bawa mereka ke lokap, minta duit dan kemudian lepaskan mereka walaupun mereka ni pembawa sijil pelarian. Malah ada yang diugut berkali2 oleh pihak berkuasa yang menyalahguna kuasa ni sebab mereka tahu lokasi kem-kem pelarian di dalam hutan. Pada orang2 tak berapa cerdik di negara kita ni, pelarian ni sama je dengan pendatang tanpa izin. Mana boleh macam tu?

Cuba korang fikir sendiri la. Apa perasaan korang bila ditindas di negara sendiri. kerana bangsa atau agama korang. Atau sebab perang saudara macam di Sudan sana. Sebab takmo nyawa melayang, korang pon terpaksa lari dari negara kelahiran sendiri. Lepas tu kena kerja macam kuli di negara orang walaupun hakikatnya korang ni lepasan universiti? Aku pernah jumpa pelarian yang ada PhD tau! tapi sekarang kerja apa? sendiri fikirlah...

Untuk mengetahui dan mengenali pelarian2 di negara kita ni dengan lebih lanjut, aku cadangkan korang dapatkan je lah DVD Running/Berlari keluaran SUARAM tu. RM10 saja. Cerita banyak pon tak guna, pegi tonton sendiri. Tak tahu mana nak cari? Sila telefon SUARAM. Nak order dari aku pon boleh :)

Tukar Angin

Aku bakal pindah rumah baru bulan depan. Kat Jalan Maarof. Akan tinggal bersama 3 orang yang lain. Rasa excited terlebih sebab aku mau tukar angin.

Kenapa mau tukar angin? Entahlah. fikiran berkecamuk sekarang. Aku ikot nasihat Kak Lat. Dia kata kalau tensi keja, buat kerja lain. Kalau rasa rimas, pegi mandi. Kalau sedih, sibukkan diri. Kalau pening masuk rumah sendiri, pindah.

Jadi aku akan pindah.

Masalahnya sekarang, aku kena cari pengganti aku kat apartment tu. Itu persetujuan dulu2 masa baru pindah masuk. Sesapa nak kluar, kena cari pengganti.

Kan best kalau peraturan tu apply di dalam perhubungan juga? Sapa2 minta putus, sila carikan pengganti utk bf/gfnya. Hahahahah

Apakah ke'rasional'an cadangan Kak Lat tu? Ye lah.. kalau kita buat apa yang kita tak suka lepas tu tensi setiap hari tanpa ada jalan penyelesaian, setiap hari mesti kita jadi orang yang perengus dan kuat membebel dan hanya tau mengkritik ajer dan lepas tu mengadu kat orang lain sampai orang lain pon naik bosan.

Sama juga macam kerajaan lah, korang asyik membebel taknak itu tak suka itu benci itu, tapi bila pilihanraya, korang kasi yang itu gak menang, sapa suruh? Kalau tukar kerajaan, sekurang2nya korang dah tak jadi orang yang perengus dan kuat membebel dan hanya tau mengkritik aje dan lepas tu mengadu kat orang lain sampai orang lain pon naik bosan bagi tempoh yang agak lama.

Tak caya? cubalah!

P/s: sapa2 rasa nak merasa tinggal kat apartment Pantai Hillpark (perempuan sahaja) dan sebilik dengan roommate aku yang cool, sila hubungi aku pusparos@yahoo.com. Bilik dan rumah sudah lengkap dengan perabot, talian internet (wireless) dan ASTRO.

Mari Ketawa

Kalau nak hilangkan rasa sedih, cara yang paling mujarab ialah ketawa :)