Why you cheat?

Semalam aku berChawan dengan Nik Waheeda selepas waktu kerja. Dah lama tak berbual dengan dia, tengok2 jam dah hampir pukul 10 malam. Kalau nak tahu isi kandungan umpatan kami, sila baca sini .

Apapun, umpatan kami tu hanya sebahagian daripada perbualan yang panjang. Apa lagi yang sebahagiannya? Mestilah tentang kerja~

Nik cerita tentang kes-kes penipuan yang dia tangani.

Bila bercakap tentang kes-kes penipuan (yang selalunya dikategorikan kepada 'fraud' dan 'cheating'), aku teringat tentang satu peristiwa yang berlaku ketika aku masih lagi bergelar 'budak chambering'.

Waktu tu, aku ikut seorang loyar yang lebih senior ke Mahkamah Jenayah, untuk tengok dia berhujah. Waktu tu, kliennya ialah seorang lelaki warga sebuah negara Afrika, yang dituduh melakukan kesalahan 'cheating' (penipuan) cek. Lelaki tersebut didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman. Walaubagaimanapun hukuman yang diberikan agak ringan. Barangkali kerana kesalahan itu adalah kesalahan pertama dan jumlah penipuannya pun tidak besar. Selepas jatuhkan hukuman, hakim tersebut mula membebel.

Hakim nan satu ni, memang dikenali ramai sebab sikapnya yang 'over-peramah' di dalam Mahkamah. Ada saja benda yang dia nak tanya, nak ungkit walaupun takde kena mengena dengan kes. Tapi pada kebanyakan masa, tingkahnya agak menghiburkan (sebab tu aku datang nak tengok perbicaraan tu, bukannya nak tengok loyar senior aku berhujah ha ha ha). Sebelum menangguhkan Mahkamah, sempat dia berborak:-

Hakim: Wah.. after you complete your sentence, you can go back to all your wives!

Pesalah: Er I only have one wife My Lord

Hakim: Haik? Then how come your king got 100 wives? Anyway, you can go back to your wife and celebrate with champang!

Pesalah: Er.. what is champang My Lord?

Hakim: champang is champagne lah! Don't you pronounce it as champang over there? I thought you have French influence? Ha ha ha!

Pesalah: I'm English educated My Lord. I went to British school.

Hakim: Oh whatever lah. After this you can celebrate with champagne!

Pesalah: I don't drink My Lord. I'm a Muslim.

Hakim: Then why you cheat?

2 komen:

Anak Bumi berkata...

coolnya hakim...

rawkstar berkata...

Hahahahhaha. Hakim tu tanya soalan rhetoric.