Minggu yang Biasa

Minggu ni memang minggu yang biasa-biasa saja. Mungkin sedikit luar biasa, tapi alah bisa tegal biasa.

Bila kata seorang DSP, biasanya orang yang ditangkap dinafikan hak untuk berjumpa peguam sebab nak melancarkan siasatan. Kalau dibenarkan jumpa peguam, nanti semua orang nak jumpa peguam bila ditangkap dan itu akan menimbulkan kekecohan.

Bila seorang pakcik berumur 50-an direman selama 40 hari atas kesalahan 'memiliki barang curi' (yang dinafikan), dan bila dipertikaikan di Mahkamah kenapa polis masih gagal melengkapkan siasatan dan kenapa tiada laporan siasatan dari polis dan kenapa pakcik itu dipindah2kan dari satu negeri ke negeri yang lain tanpa dibicarakan, kata Majistret yang bertugas "kejadian macam ni memang biasa".

Bila rasuah 'setakat puluh-puluh ringgit' dikatakan "biasalah tu" oleh pegawai yang bertanggungjawab menerima aduan tatatertib polis di Bukit Aman.

Bila pegawai itu buat muka terkejut beruk sambil kata "heissh berat sangat tu" bila aku tanya adakah anggota polis yang dibuktikan atas kesalahan rasuah itu akan sekurang-kurangnya digantung kerja.

Habis apa yang ringan?

Yang pasti, kepala aku makin berat...


6 komen:

kulupSakah berkata...

mana entry sebelum ni?

Tanpa Nama berkata...

bila keputusan inkuiri hari tu???
baca statement dari polis tu, memang tak bleh blah sungguh.... sangat auta... :P

OrangGilak berkata...

kulup: terdelete la. ingat nak amend je. pffft
tanpa nama: keputusan blom tau lagi, sebabl masih berjalan lagi. esok pon ada (ahad 22.11.2009) pukul 930 pagi di bangunan suhakam.

Piporx berkata...

Kepala BeraT? meh aku tolong picit..Kepala berat ..hantuk kat dinding 3 kali lepas tu selam kepala dalam baldi selama 30 minit..mesti ringan.. kena angin sepoi tak reti bahasapun bleh lentok..ok tak tapi akutak penah buat.....suruh ko dulu..kalu ok aku ikut..kik.kik..

Kongkek N Go berkata...

jawabnya apalagi?
mulakan hasutan!!!

p/s: hadapi saja

Tanpa Nama berkata...

habis Fasilities yang ada adalah tahap negara maju dalam masa 3 tahun..lepas tu para peguam handalan tahap orang lain tak boleh lawan cakap cun pulak tu lagi kiut miut tak reti2 nak saman menyaman eii..enternot tahap siput sedut di bibir mulut..