Oh Begitu Rupanya...(Isu Zaid/Azmin)

Ekoran daripada tindakan media arus perdana dan media baru yang memberikan laporan yang ditokok-tambah, berat sebelah dan separuh benar berkenaan dengan perselisihan yang didakwa berlaku di dalam PKR di antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim ketika isu Sabah dibangkitkan di dalam mesyuarat biro politik Selasa lepas, PKR ingin memberikan penjelasan tentang beberapa isu berbangkit walaupun mesyuarat-mesyuarat sebegini selalunya adalah sulit.


Walaupun benar bahawa terdapat perbezaan pendapat di dalam parti dalam beberapa isu termasuk penyusunan semula kepimpinan PKR di Sabah, perkara ini tidak perlu terlalu diperbesar-besarkan, memandangkan ia adalah perbezaan pendapat yang biasa berlaku di dalam mana-mana parti politik yang berwibawa dan ia bukanlah sesuatu yang terlalu serius sehingga media perlu memberikan penekanan melampau.


Hakikatnya, mesyuarat biro politik yang digembar-gemburkan sebagai hangat itu adalah satu mesyuarat yang biasa. Ketika itu, Azmin Ali dan Mustafa Kamil telah diminta untuk memberikan laporan berkenaan situasi di Sabah dan Sarawak yang mana kedua-dua mereka telah dilantik bagi mengetuai Majlis Perhubungan Negeri untuk membantu kepimpinan negeri menyusun semula kepimpinan dan untuk mewakili Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Ketika mesyuarat, PKR Sabah belum menyerahkan apa-apa memorandum untuk memprotes, Azmin tidak mengamuk (tantrum), dan tidak ada pergelutan kuasa di antara Zaid dan Azmin seperti yang dilaporkan. Pada tahap ini, cukuplah sekadar dinyatakan bahawa kepimpinan PKR Sabah sedang disusun semula dan proses ini masih berterusan dan sudah pasti ahli-ahli mesyuarat akan memberikan pendapat yang berbeza-beza.


Satu-satunya perkara berbangkit yang menarik ialah berkenaan dengan Gabriel Adit, ADUN Ngameh, Sarawak yang dikatakan akan keluar PKR dan merancang untuk menubuhkan parti lain.


Mesyuarat biro politik ialah mesyuarat mingguan yang biasa yang diadakan di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi untuk membincangkan tentang banyak agenda termasuklah perkara-perkara yang biasa seperti laporan situasi di Sabah dan Sarawak serta perkara-perkara penting yang memerlukan tindakan segera seperti Gabriel Adit.

Berkenaan dengan keputusan Zaid untuk bercuti daripada biro politik dan MPP, ini telah dijelaskan oleh Zaid sendiri bahawa beliau hanya mahu menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menderaf Struktur Polisi Bersama (Common Policy Framework) Pakatan Rakyat yang sangat penting yang akan membawa pakatan pembangkang ke tahap yang seterusnya bagi melawan BN, kerajaan pada hari ini.


Harus ditekankan di sini bahawa Zaid tidak meninggalkan PKR dan masih pemimpin PKR. Beliau merupakan aset yang berharga dan sangat komited dengan aktiviti-aktiviti parti, seperti yang boleh dilihat di dalam jadual beliau dalam jangkamasa terdekat ini.



Oleh:
Latheefa Koya
Ketua Penerangan PKR


*bagi yang masih 'blur' dan katak bawah tempurung, sila baca ini dan ini dan ini dan ini

4 komen:

rawkstar berkata...

aku la katak.

kulupSakah berkata...

the truth is out there..teneneneneng treng (muzik X-Files)

i want to believe..(X-Files da movie)

OrangGilak berkata...

rawkstar: hai katak
kulup:tolong la pecaya. hahahah!

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah dari Pak Karamu