Entahlah...

Beberapa hari ni aku rasa sangat letih. Setiap kali tiba di rumah, terus campakkan badan ke katil dan berharap aku akan lekas tidur, bangun dan segar semula. Tapi tak boleh, kerana otakku tak berhenti berfikir. Fikir yang bukan-bukan.

Inilah akibatnya bila kita dipaksa berfikir dan bukan dengan rela hati.

Selalunya, bila aku berfikir yang bukan-bukan, perkara yang aku fikirkan tu akan diterjemah pula dalam bentuk mimpi. Kadang-kadang sampai mengigau. Aku tak kisah kalau bermimpi, sebab kadang-kadang mimpi tu bagi aku banyak idea macamana nak selesaikan perkara yang aku fikirkan tu.

Tapi sekarang mimpi pun tak ada.

Habiskan tu macamana? Terpaksalah guna otak yang umurnya dah masuk 28 tahun baru-baru ni. Fikir macam orang tua... semalam masa cuci bilik air, aku perasan yang rambutku dah banyak gugur. Banyak gila.

Kebelakangan ni setiap hari pergi Mahkamah, kertas kerja di pejabat banyak yang tak siap. Temujanji dengan kawan-kawan banyak yang dibatal. sms dan emel pun balas yang pasal kerja je. itupon ambil masa 2-3 hari untuk reply. Kadang-kadang bila dapat pergi mesyuarat yang jauh sikit, aku anggap ia macam pergi bercuti. Tapi itupon singkat je. Bila sampai di rumah, kena berfikir lagi. Penat lagi. Hal-hal organisasi... lebih baik kita jangan ke situ.

Dalam keadaan macam ni... kamu masih nak aku pertimbangkan perkara itu?

Cerita di atas bukan alasan. Bukan escapism. Lebih baik kamu cari orang lain. Aku yakin yang kamu akan jumpa juga dengan seseorang yang sesuai. Sesuai dengan kamu dan aku. Yang ideologinya sama.

Dan orang lain itu, biarlah orang lain yang betul-betul punya masa untuk memimpin orang lain. Bukan yang kelam kabut macam aku. Tapi aku janji, untuk menyokong kamu dan orang lain itu dari belakang sepenuh hati kerana aku percaya dengan kepimpinan kamu. Dan aku rela dipimpin kamu.

Dan aku... hanya menunggu masa untuk dapat tidur yang secukupnya. Bilalah agaknya tu.


p/s1: Takziah kepada ahli keluarga mangsa kem 1Malaysia di Perak
p/s2: Mengenang kekejaman ISA- Hari ini genap 22 tahun Operasi Lalang

4 komen:

Alina berkata...

Nak buat macamana, bila kita di bawah. aku berjaya lari seminggu, tapi bila balik, habis kena pulun.

Nanti kita pergi bercuti ya, yang!

kupukupu_malaya@yahoo.com berkata...

Saya juga mengalami simptom keletihan... Orang pesan suruh banyakkan minum air mineral terutamanya setelah bangun dari tidur...

chi too berkata...

harapan says adalah agar kamu tidur lena bermimpikan pantai dan layang layang berwarna warni

OrangGilak berkata...

alina: wayang sabtu ni!
kupu-kupu: baik saya cuba, terima kasih
chitoo: bagan lalang!