Melayu Cina dan Malaysia Indonesia

Oleh: Zulhabri Supian

Prejudis berlaku di mana-mana kerana penyakit ini menyerang tanpa mengira status, kelompok, kaum, bangsa, agama, dan Negara. Seperti wabak H1NI, penyakit jenis ini juga boleh dikawal dari merebak dan seterusnya merosakkan seluruh denyut nadi pemikiran dan otak.

Melalui pengalaman hidup sehingga saat ini, saya sudah melalui dua zaman di mana zaman awal adalah zaman benci membenci dan bersyak prasangka buruk dan sekarang sedang melaui zaman pertengahan di mana sifat keji yang didorong oleh prejudis itu perlahan-lahan hanyut sedikit demi sedikit.

Suatu proses dekonstruk yang mengambil masa, usaha berterusan dan kadang kala dipandang sinis rakan seprejudis.

Perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam Negara dan di tetangga serumpun, Indonesia pasti menganggu jiwa insan yang ingin kedamaian. Hampir setiap hari isu hubungan kaum terutama di antara kaum Melayu dan Cina dan kadang kala dengan kaum India diperkatakan dan diulas banyak baik di media arus perdana dan media alternatif.

Malangnya di satu sisi wacananya sangat perkauman yang pro kepada satu kaum dan di sisi lain juga tidak banyak bezanya kerana dilihat seolah-olah anti kepada satu kaum, cuma ia kelihatan lebih baik sedikit dari sudut olahan kritikan.

Apa punca masalah?

Jikalau diselidik secara terperinci, kita terpaksa mengakui bahawa punca permasalahan semua ini harus diletakkan kepada bekas penjajah dan parti pemerintah yang telah menerajui Negara selama 52 tahun. Namun persoalannya adakah dengan menyalahkan kedua-duanya kita boleh terus melupakan sengketa dan prejudis yang tertanam sekian lama?

Untuk bacaan lanjut, klik sini. Artikel yang bagus, perlulah dikongsi, kan? :)

p/s: Takziah kepada Black@Amin Iskandar yang telah kehilangan Mak Longnya malam tadi. Al-Fatihah.

0 komen: