Hari yang Masam


Hari ini merupakan hari yang masam. Semasam bagai nikah tak suka, bak kata orang tua bila aku kena menapak sejauh 1 kilometer ke Mahkamah Jalan Duta akibat jalan2 yang ditutup dan banyaknya kenderaan yang mencuri tempat parkir peguam demi menunjukkan sokongan pada Bapa Reformasi Malaysia (ada ke gelaran tu?). Oh ya... harap2 Tuan Haji Sulaiman cepat sembuh.

Juga semasam muka aku bila lepas berpeluh2 menapak, kena pula berdepan dengan peguamcara pihak lawan yang tak tahu membezakan Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan sampai Pendaftar pun naik masam mukanya.

Mungkin juga semasam skirt aku (yang dinafikan sekeras2nya) yang belahtinggikatdepandankalautaksilangkakibolehnampaksepender telah dipakai selama 2 hari berturut2 atas alasan malas nak menggosok sehingga menimbulkan keraguan di hati Puan Afzan Harrison (walaubagaimanapun keraguan tersebut adalah isu yang patut dibicarakan memandangkan pada masa yang materia, Puan Afzan sedang mabuk coklat).

Tapi ada juga yang masam2 manis.

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris atau PPSMI. Manis.

Tapi, hanya akan berkuatkuasa pada 2012. Masam.

Bak kata Puan Ainon yang memberi komen pada status Facebook aku, "
Semasa hendak melaksanakan PPSMI dulu, tak menyempat-nyempat, hendak memansuhkannya bukan main lama terpaksa menunggu...".

Bercerita sikit tentang bahasa.

Bahasa jiwa bangsa. Orang berbudi, kita berbahasa. Bahasa molek, orangnya cantik. Jadi kalau tak berbahasa Melayu, tak berjiwa Melayukah kamu? Kalau guna bahasa kasar, hodohkah kamu? Jawapan yang bersifat peribadi-Ya.

Soalan seterusnya-penting sangatkah jiwa Melayu? Jawapan yang bersifat peribadi- penting jugalah... kalau nak dilihat dari konteks ketamadunan seni dan budaya tempatan. Dari konteks pemikiran pula, macamana? Yang itu, korang pandai2lah jawab sendiri :p

Kemudian ada pula provisi di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa antara ciri2 Melayu ialah berbahasa Melayu dan beragama Islam. Maka berhujahlah seorang Professor itu suatu ketika dulu bahawa orang Melayu yang murtad, adalah bukan lagi Melayu.

Maka Tuan Professor, saya dengan rendah diri ingin bertanya, kalau ada kes di mana seorang Melayu itu tidak boleh berbahasa Melayu atau sengaja tidak berbahasa, maka bukan Melayukah dia?

Setahu aku, apabila terdapat kes2 buang bayi, etnik bayi itu masih dapat dikenalpasti melalui ujian2 di hospital, kan? Atau, nak paksa bayi tu bercakapkah?

Polemik penggunakan bahasa ibunda, bahasa bangsa atau apa2 sahajalah ini bukan hanya tercetus di kalangan orang2 beretnik Melayu, tetapi juga di kalangan etnik lain.

Bagi orang2 Cina, istilah 'banana' atau pisang selalu ditujukan kepada orang2 Cina yang tidak tahu berbahasa Cina tetapi hanya tahu berbahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Seorang rakan 'banana' aku pernah mengaku bahawa beliau hanya akan masuk restoran Cina yang menggaji pekerja Indonesia sebab senang nak 'order'. Hahaha.

Tapi, semua tu bukan isu sebenar bagi aku. Aku tak ada masa nak layan isu2 berkenaan puak, kaum, bangsa dan keturunan ni. Sikap perkauman adalah tidak 'cool'.

Sebenarnya, tidak ada salahnya belajar bahasa Inggeris. Apalagi dengan keadaan sekarang yang mana buku2 berbahasa Inggeris menguasai pasaran tempatan. Bukan sahaja buku pendidikan sains, malah buku2 agama pun lebih banyak yang dibahasaInggeriskan daripada yang diArabkan.

Akan tetapi, pada saat ini, perkara yang lebih menyinggung perasaan aku ialah apabila orang mengaitkan bahasa Inggeris itu dengan 'pandai', dan bahasa Melayu serta bahasa2 ibunda etnik2 lain dengan 'bodoh
'.

Kata saudara Apanama sedikit masa dulu, kalau PPSMI dimansuhkan, orang Melayu pada masa akan datang, akan jadi bodoh. Ye ke?

Mengikut pengalaman aku yang bersekolah di sekolah separuh swasta (konon2nya), budak2 Melayu yang 'speaking' bagai nak rak tu selalunya (bukan semua) ialah anak2 orang kaya yang duduk di kelas2 corot, dan kebanyakan (bukan semua) budak2 Melayu yang pandai2 datangnya dari program Yayasan Selangor atau Felda. Mereka ni berbahasa Melayu je aku tengok. 'Cool' je. Dan baik hati. Setakat nak bagi aku tiru jawapan 'Add Math' atau formula Kimia yang aku lupa nak hafal tu, bila2 masa je boleh. Ooops
.

Bahasa Inggeris adalah bahasa mantan penjajah atau lebih dikenali sebagai orang putih. Ia digunakan di tanahair kita sejak orang putih masuk ke sini berpuluh2 tahun dulu sehingga ia diakui sebagai bahasa rasmi kedua Malaysia. Manakala, bahasa ibunda ialah bahasa pertuturan pertama dan utama sejak lahir. Di negara kita, bahasa ibunda adalah bahasa etnik2 yang membina bangsa Malaysia. Salah satu bahasa ibunda utama iaitu bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara. Semua orang wajib tahu bahasa ini sebagai bahasa perantaraan di kalangan rakyat Malaysia.

Aku tak faham kenapa orang yang sama memperkenalkan 'dasar pandang ke timur', beria2 sangat nak mempertahankan bahasa Inggeris atas alasan supaya anak2 cucu kita jadi pandai. Padahal, penduduk dan org2 bijak pandai di negara2 timur yang maju seperti Jepun dan Korea dan bakal maju seperti China, tidaklah fasih berbahasa Inggeris pun.

Ini semua kerana globalisasi dan 'networking'lah.

Kata orang, kalau nak dapat kerja yang bagus di syarikat2 multinasional atau badan2 bertaraf antarabangsa, fasih dalam bahasa Inggeris menjadi kriteria yang utama. Ye lah, kalau ayam bercakap dengan itik, sampai bila pun kerja takkan selesai, betul tak?

Justeru, belajar bahasa Inggeris hingga fasih adalah sangat digalakkan bagi orang2 yang mahu pergi jauh dalam bidang masing2. Itu, aku tak nafikan.

Tapi.

Adakah wajar sains dan matematik di negara kita diajar dalam bahasa tersebut? Jawapan yang bersifat peribadi-Tidak. Ikut logiklah, kalau subjek bahasa Inggeris tu pon tak semua yang lulus, apatah lagi subjek2 lain yang diajar dalam bahasa tersebut
?

PPSMI bukan sahaja memberi kesan kepada adik2 dan anak2 kita, tapi juga kepada guru2 kita. Sepatutnya, kerajaan perlu berusaha menghasilkan guru2 yang lebih berkualiti, yang mampu mengajar subjek2 Sains dan Matematik dengan berkesan dalam apa jua bahasa sekalipun. Lepas tu, barulah implementasikannya terhadap anak2 murid. Ini tidak. Dibuatnya kedua2nya serentak. Bagai ketam yang mengajar anak2nya berjalan. Ditambah pula dengan wang2 rakyat yang diguna untuk menukar buku2 teks.
Rugi dan membazir.

Beberapa tahun dulu, aku tersenyum senget bila saudara Apanama kata yang semua orang kena fasih berbahasa Inggeris kerana semua buku2 ilmiah yang terkini di pasaran adalah di dalam bahasa itu. Kalau nak terjemahkan semua ke bahasa ibunda, tak sempat. Natijahnya nanti, kita hanya akan memperoleh ilmu2 yang ketinggalan beberapa tahun.

Pertama sekali, aku akui kebenaran fakta itu. Tapi permasalahan yang timbul itu, bukannya takde jalan penyelesaian. Gajilah penterjemah2. Banyakkanlah cendekiawan2 tempatan, bagilah dana supaya mereka boleh menulis dan menerbitkan buku dalam bahasa ibunda. Daripada membazir melabur dalam Perwaj... ooops.

Pada masa yang sama, perkasakanlah pembelajaran bahasa Inggeris di kalangan budak2 sekolah melalui kaedah pembelajaran yang lebih berkesan bagi subjek bahasa itu. Tak ada salahnya.

Keputusan pemansuhan sudah keluar. Tapi, aku masih sinikal. Isu PPSMI ini belum basi, kerana pemansuhan hanya akan dilaksanakan 3 tahun dari sekarang. Jadi setakat ni, ia hanya masam-masam.

Di portal2 berita maya, berduyun2 wartawan menemuramah saudara Apanama itu bagi mendapatkan reaksi balasnya terhadap keputusan kerajaan yang memansuhkan idea asalnya.

(Kenapa tak ada wartawan yang menemuramah saudara itu bagi isu kepulangan Chin Peng ya? Bukan dia ke yang tandatangan surat kebenaran tu?) Ooops.

Maafkan aku yang merapu. Aku juga sedang mabuk coklat.



Sila biasakan diri melihat aku berpakaian uniform lokap. Manalah tahu kaaaannn

Tulisan ini juga disiarkan di LoyarBurok.com

5 komen:

herni berkata...

bahasa 'rasmi' ke2 malaysia? aishhhhhhh.......tersinggung sungguh ni :(

amicus curiae berkata...

ehhhh takpasal2 aku kena sekali.Terima kasih Puspa sebab membawa aku keluar dari my bouts of "working" depression dengan membawa aku minum dan makan cokelat.You made my day.

teringat satu perkara.

masa berjumpa dgn mukhriz mahathir,soalan yang dilontar padanya ialah kenapa Proton dilindungi sampai menyebabkan harga kereta impot mahal.

dia kata, soalannya, adakah kita mahu "kereta kebangsaan" atau tidak.kalau kita nak "kereta kebangsaan",jadi langkah2 untuk memartabatkan kereta tu perlu diambil.


aneh, langkah yang berlainan untuk bahasa kebangsaan kan?

p/s: aku cuma cakap, eh kau banyak kan skirt terbelah tinggi ni? kau sendiri yang cakap "haha sebenarnya ini satu skirt yang sama, aku pakai banyak kali.Hari ni dah masuk 3 hari aku pakai tak berbasuh"

jadi sebenarnya,aku tak mabuk.

Tanpa Nama berkata...

tau tak kenapa 2012 baru nak hapuskan ppsmi. sbb 2012 baru nak pru13. lepas pru13 nanti akan keluar la 'kajian' menunjukkan pencapaian penguasaan bahasa inggeris meningkat.
sekian.

LeeSlimShady berkata...

Diorang sume kaki ada ke nak mansuhkan PPSMI 2012 pulak..kata petang tu je..penipu...alahai...kat jalan duta itu hari ku tunggu punyerr lama ...lepak dengan
YB Chah Lih Kang dan YB Tian Chua lagi...tiba - tiba Lawyer power kita Haji Sulayman Demam pulak...alahai...

Tak pe Geng 15hb ni kita himpun raamai - ramai

Nafastari berkata...

Aku sudah bosan dgn ahli politik yang bodoh... Sakit hati pun ada. Benda yang sangat ringkas dan mudah pun mereka tak dapat fikir dengan berkesan.